Kenali Pengasas Bulan Bintang: Jenama Baju Melayu Popular

pengasas bulan bintang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tidak ramai yang tahu bahawa pengasas jenama baju Melayu popular “Bulan Bintang” merupakan seorang individu yang masih muda.

Setiap kali menjelang musim perayaan Hari Raya, pastikan iklan dan lagu dari jenama Bulan Bintang akan dimainkan.

Siapakah pengasas kepada jenama ini? Azzim Zahid Azmi (Meri)

Sejarah jenama Bulan Bintang

Azzim Zahid merupakan pengasas Bulan Bintang dan memulakan jenama Bulan Bintang dengan fokus pada pakaian tradisional Melayu, terutama baju Melayu, yang diberi sentuhan moden dan minimalis.

Jenama ini semakin dikenali kerana strategi pemasaran yang kreatif dan penggunaan teknologi, seperti pertunjukan dron pada pelancaran koleksi mereka.

Bulan Bintang juga sering menjadi pilihan ramai menjelang musim perayaan kerana reka bentuknya yang eksklusif dan elegan.

Jenama Bulan Bintang dibina oleh Azzim Zahid Azmi pada tahun 2016, dengan bekalan ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada menjual baju T semasa zaman persekolahan.

Pada peringkat awal, jenama Bulan Bintang memfokuskan produk kepada pakaian kurta dan menjadikan Luqman Podolski sebagai model kurta pada tahun 2016.

Kini, mereka mampu membayar selebriti terkenal seperti Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya untuk menjadi wajah jenama mereka, walaupun Sharnaaz kemudiannya menarik diri.

Tahun 2023 menjadi pencapaian terbaik bagi Bulan Bintang apabila pertunjukan fesyen yang dianjurkan tersenarai dalam The Malaysia Book of Records.

Dengan bajet sebanyak RM2 juta, pertunjukan fesyen ‘Takes The Sky’ yang diadakan pada Februari 2023 berjaya memecahkan rekod dengan penggunaan 350 unit dron, jumlah tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Artikel berkaitan: Hari Raya Aidilfitri 2025 – Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM

Biodata ringkas pengasas Bulan Bintang

Pengasas Bulan Bintang adalah Azzim Zahid Azmi yang juga lebih dikenali dengan nama panggilannnya Meri.

Meri dilahirkan pada 29 Januari 1997 di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Beliau merupakan anak bongsu kepada pasangan Datuk Azim, seorang pesara kerajaan, dan Datin, seorang pesara pengetua sekolah.

Bagi yang tidak tahu, beliau juga merupakan adik bongsu kepada pengasas jenama air Hausboom, Azri Zahir atau lebih dikenali sebagai John Lemon.

Meri menerima pendidikan awal di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur, dan telah memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan meraih A dalam kesemua subjek.

Berikut adalah akaun media sosial peribadi pengasas jenama Bulan Bintang ini:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut