Yayasan Sarawak – Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku

Tawaran Laptop Percuma dan Baucar Buku Yayasan Sarawak Sesi 2024/2025 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan laptop percuma dan baucar buku melalui Biasiswa Yayasan Sarawak 2024/2025 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara-cara untuk memohon.

Insentif Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak

Terdapat dua insentif yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan iaitu :

  • LAPTOP PERCUMA
  • BAUCAR BUKU

Baca juga : Program Asasi IPTA : Senarai Program & Syarat Kemasukan 2024

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, tarikh permohonan laptop percuma dan baucar buku oleh Yayasan Sarawak ini adalah bermula pada 1 Julai hingga 14 Ogos 2024.

Cara Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak 2024

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. SYARAT PERMOHONAN LAPTOP PERCUMA
    • Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak
    • Diploma Tahun Pertama & Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS seluruh Malaysia
    • Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah
  2. CARA PERMOHONAN
    • Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my
    • Daftar dan login menggunakan Sarawak ID
    • Isikan butiran anda pada borang permohonan
    • Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ia ditandatangani oleh pihak institusi anda
    • Hantar Surat Pengesahan anda
    • Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda
    • Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon)
    • Sekiranya permohonan anda diluluskan, sila muat turun aplikasi My-Yayasan Customer App dan kemaskini alamat anda.
    • Laptop percuma akan dihantar ke alamat anda dalam tempoh 8-10 minggu selepas kelulusan.
  1. SYARAT PERMOHONAN BAUCAR BUKU
    • Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak
    • Peringkat Asasi hingga PhD di IPTA & IPTS seluruh Malaysia layak memohon
    • Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah
  2. CARA PERMOHONAN
    • Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my
    • Daftar dan login menggunakan Sarawak ID
    • Isikan butiran anda pada borang permohonan
    • Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ia ditandatangani oleh pihak institusi anda
    • Hantar Surat Pengesahan anda
    • Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda
    • Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon)
    • Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan mendapat akses RM500 kredit percuma dalam wonderbuuk.com
    • Anda boleh membuat pembelian buku dan e-buku menggunakan baucar buku ini.
laptop percuma dan baucar buku yayasan sarawak

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web https://myys.yayasansarawak.org.my/ atau Facebook rasmi https://www.facebook.com/sarawak.foundation

Bantu kami share artikel ini: