Permohonan Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC) 2021

Malaysian Rubber Council (MRC) atau Majlis Getah Malaysia diperbadankan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat yang diberi jaminan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. MRC ditugaskan untuk melakukan promosi pasaran produk getah dan getah Malaysia yang berkualiti di pasaran dunia.

Sebagai salah satu usaha komuniti kepada rakyat Malaysia, pihak MRC telah bermurah hati mewujudkan Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC) untuk pengajian prasiswazah bagi calon lepasan SPM yang layak.

Apakah Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC)?

Malaysian Rubber Council

Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC) adalah skim bantuan pelajaran untuk lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah.

Bagi penerima Anugerah Biasiswa Malaysian Rubber Council (MRC), mereka akan menerima bantuan-bantuan berikut:

  • Yurang pengajian
  • Elaun perbelanjaan
  • Peluang internship
  • Peluang diambil bekerja dengan syarikat industri selepas tamat pengajian

Syarat kelayakan

Bagi individu yang ingin memohon, mereka perlulah memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan di bawah bagi membolehkan permohonan mereka dipertimbangkan oleh pihak MRC:

  • Mesti warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) / institusi pengajian tinggi swasta tempatan (IPTS)
  • Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setaraf, serta program sarjana (jika ada)
  • Sudah memperoleh tawaran atau sedang mengikuti program pengajian peringkat sarjana (Tahun 1 atau 2) di IPTA / IPTS
  • Tidak menerima biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain
  • Mampu memberikan dua penjamin yang boleh dipercayai

Jurusan keutamaan

Semua individu yang memenuhi syarat dan kriteria di atas layak memohon namun calon-calon daripada jurusan pengajian di bawah akan diberikan keutamaan untuk anugerah ini:

  • Kejuruteraan Kimia / Mekanikal / Elektrik & Elektronik / Industri / Bahan / Tenaga
  • Sains & Teknologi Polimer
  • Pembelajaran Alam Sekitar
  • Ekonomi / Pemasaran / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Analisis Statistik
  • IT / Sains Komputer / Kejuruteraan Sistem Komputer

Cara permohonan

Bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan akademik dan melanjutkan pengajian siswazah dalam salah sattu jurusan atau bidang yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan dengan cara berikut:

Tarikh tutup permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 September 2021.

Untuk penjelasan lebih lanjut atau sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Nur Lina di talian 03-2782 2100 atau e-mel ke [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!