PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2022
UPMKB mempelawa calon- calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kelayakan memohon biasiswa ini, program pengajian yang ditawarkan, kadar biasiswa serta cara membuat permohonan.
Apakah Biasiswa Tok Nan?
Penajaan biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian.
Baca juga: e-Lembaga Peperiksaan Malaysia (eLP): Mohon Salinan Sijil SPM Hilang
Syarat Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022
- Anak Jati Sarawak (Sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali anak kelahiran Sarawak)
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia
- Mempunyai keputusan yang cemerlang iaitu minimum PNGK 3.50 ke atas
- Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam dan luar Negara layak memohon
- Pelajar yang telah mendapat tajaan contohnya JPA, MARA dan sebagainya tidak layak memohon.
- Pelajara yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan dalam penajian Pensijilan atau Diploma tidak latak untuk meohon. Sekiranya pernah menerima pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.
Program Pengajian Yang Ditawarkan
Perhatian untuk pelajar Anak Jati Sarawak yang mengambil jurusan berikut sahaja :
• Diploma Pembangunan Manusia dan
• Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.
Tarikh Permohonan
Permohonan penajaan biasiswa yang akan dibuka seperti ketetapan berikut :
• Diploma – 22 Februari 2022 sehingga 01 Mac 2022
• Bacelor – 28 Mac sehingga 16 April 2022
Baca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022
Cara Permohonan
Bagi pelajar yang berminat bolehlah memohon segera. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pihak kami menghubungi Puan. Rabaiyah binti Zaini di talian 086-855474 atau emel [email protected]
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut: