Drama Berbahagi Suami adalah adaptasi daripada sinetron Indonesia. Drama ini memaparkan perjalanan emosi dan konflik dalam kehidupan Dhani, Bella, dan Aishah.
Setiap episod membawa penonton menyelami cabaran yang dihadapi oleh watak-watak utama dalam menghadapi isu poligami, kepercayaan, dan pengorbanan.
Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit info mengenai Drama Berbahagi Suami yang sedang trending ketika ini.
Baca juga
- Dhia Kasyrani – Drama TV3, Adaptasi Novel “Adanya Dhia”
- Drama Andai Tiada Dia : Sinopsis, Senarai Pelakon & Sedutan Ep 1-36
- Ipar Adalah Maut : Sinopsis, Senarai Pelakon & Pengajaran
Sinopsis Drama Berbahagi Suami
Kisahnya bermula apabila Dhani memperkenalkan Aishah sebagai isteri keduanya, menyebabkan keretakan dalam rumah tangganya dengan Bella. Perkahwinan Dhani dan Aishah didorong oleh rasa terhutang budi selepas Aishah menyelamatkannya dalam satu kemalangan.
Namun, kehadiran Aishah membawa rahsia masa lalu yang mengaitkannya dengan Bella, menambah ketegangan dalam hubungan mereka.
Senarai Pelakon & Lagu Tema
Berbahagi Suami diarahkan oleh Uchee Fukada, dibawah terbitan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd dengan bilangan 65 episod.
Drama ini diterajui oleh barisan pelakon popular tanah air seperti berikut:
Watak | Pelakon |
---|---|
Dhani | Amar Baharin |
Bella | Elizad Sharifuddin |
Aishah | Sharifah Husna |
Lydia | Ezu Hashim |
Syafiq | Nazrief Nazri |
Sabrina | Amy Mastura |
Arissa | Yusra Akma |
Haris | Zarif Ghazzi |
Sofea | Dina Allysha |
Kak Bee | Amylea Azizan |
Irwan | Faizul Syaharin |
Hayati | Kuza Muzani |
Aaron | Wan Raja |
Zira | Ayunie Rizal |
Fitri | Royce Iqram |
Zurin | Elly Arifin |
Farid | Rian Shain |
Shahril | Riz Amin |
Sherry | Qaralyana |
Joshua | Syafiq Dharma |
LAGU TEMA
- Tajuk: Berbagi Hati
- Penyanyi: Wany Hasrita & Khai Bahar
- Komposer & Lirik: Amylea
LIRIK LAGU
Aku berasa ingin,
Ingin dicintai kamu
Pernahku merasa kasih
kini ku temu cinta lagi
Aku terlalu resah
Tak pernah merasa ini
Ternyata tulus cintamu
Ku tak bisa berjauhan
Maafkan aku sayang
Tak mampu berbagi cintaku
Walau aku mencegah
Masih berat ku inginkan kamu
Maafkan aku sayang
dia pernah berada di hati
Dan masih lagi saat ini
Tertanya aku
Bisakah kau bahagia?
Masih ada tanda tanya
Ke mana ku bawa cinta kita
Tarikh Tayangan
Drama Berbahagi Suami akan mula disiarkan pada 2 Disember 2024, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6:00 petang di Astro Prima (saluran 105).
Siri drama terbaharu Astro ‘Berbahagi Suami’ ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Promo & Sedutan Episod Berbahagi Suami
PROMO
EPISOD 1 – https://www.instagram.com/p/DDDppnLTavW/?hl=en
EPISOD 2 – https://www.instagram.com/p/DDGHzl2zr40/?hl=en
Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama dan rancangan kegemaran anda, ikuti laman sosial Astro Malaysia menerusi pautan berikut :
- Instagram : https://www.instagram.com/astromalaysia
- Facebook : https://www.facebook.com/astroresaller/
- Youtube : https://www.youtube.com/@astromalaysia