Biodata Bella Hanna, Pengacara Hlive & Isteri Redza Rosli

Bagi yang setia menonton drama Luruhnya Bunga Cinta pasti anda tidak asing lagi dengan nama pelakon wanita jelita, Bella Hanna.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Bella Hanna.

Baca juga:

Latar Belakang

Kredit Instagram @mariofav
NamaFarhana Nabila binti Rosman
Nama PanggilanBella Hanna, Bella Luna, Bella Mariofav
Tarikh Lahir29 September 1996
Tempat LahirKuala Lumpur
PendidikanBerkelulusan dalam jurusan Perhubungan Awam daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
Akaun Media SosialInstagram @mariofav
TikTok @mariofav

Kehidupan Peribadi Bella Hanna

Kredit Instagram @mariofav
Kredit Instagram @mariofav

Bella Hana telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon lelaki kacak, Redza Rosli pada 21 Jun 2024 yang lalu.

Pasangan ini dilihat sedondon memakai persalinan serba putih pada majlis akad nikah yang diadakan di Forest Valley, Cheras, Selangor.

Dalam majlis tersebut, Redza menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada Bella.

Bella Hanna dan Redza sebelum ini pernah sama-sama bergandingan dalam drama Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.

@mariofav

InsyaAllah, my forever 🤲🏻✨ @redzarosli_ #myoyen

♬ Cinta Tanpa Syarat – Afgan

Kerjaya & Profesional

Ramai yang mengenali Bella Hana sebagai seorang pelakon dan pengacara Hlive. Namun tahukah anda, beliau juga adalah seorang pegawai perhubungan awam (PRO) di sebuah syarikat swasta.

Selain itu, Bella juga berjinak-jinak dalam kerjaya sampingan sebagai seorang model dan iklan komersial.

Bapanya yang memahami akan minatnya itu telah menjadi individu penting yang menghantarnya ke syarikat pengiklanan untuk TVC (iklan TV komersial).

Pengalaman beliau sebagai model iklan bukan setakat di negara ini sahaja, bahkan wajahnya pernah muncul di televisyen hingga ke negara Indonesia dan Thailand.

Sungguhnya sejak kecil sudah menunjukkan minat untuk beraksi di hadapan kamera, beliau pada awalnya hanya suka-suka terjun di bidanglakonan.

Tetapi setelah mencuba, minat dan cintanya pada dunia lakonan mula bercambah.

Antara drama televisyen tempatan yang pernah beliau terlibat sama berlakon adalah seperti Luruhnya Bunga Cinta, Luruhnya Bunga Cinta 2, Oh Seragam Cinta dan beberapa yang lain.

Fakta Menarik Mengenai Bella Hanna

  • Sejak kecil lagi sudah berminat untuk beraksi di hadapan kamera.
  • Beliau pernah menjadi model kepada iklan jenama-jenama besar seperti F&N, L’oreal dan Enchanteur.
  • Bekas pemenang EH! Influencer Search 2020 dalam kategori kecantikkan.
  • Pernah telibat dalam beberapa usaha amal di UiTM sebagai sukarelawan seperti program “Suspended Meal” yang memberikan makanan percuma kepada mahasiswa yang memerlukan.

Tahniah Bella Hanna! Semoga anda terus maju jaya dalam karier dan sentiasa diberikan kebahagiaan dalam melayari alam perkahwinan bersama suami tercinta.

Sumber:

  1. Instagram @mariofav
  2. Redza Rosli Kini Milik Bella Hanna. Sinar Harian
Bantu kami share artikel ini: