BelanjawanKu KWSP: Panduan Perbelanjaan & Kos Sara Hidup

belanjawanku kwsp
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Panduan Belanjawanku oleh KWSP adalah panduan belanjawan untuk Individu dan Keluarga di Malaysia untuk menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan minimum untuk pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan untuk isi rumah yang berbeza.

Panduan Belanjawanku ini telah dirasmikan pada 13 Jun 2023 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.

Turut diumumkan bersama-sama dengan pelancaran ini adalah Aplikasi Mobil Belanjawanku bagi memudahkan pengguna mengakses panduan urusan kewangan mereka melalui telefon mudah alih.

Projek Belanjawanku merupakan sebahagian daripada program celik kewangan KWSP, manakala penyelidikan terperinci dilakukan oleh pasukan penyelidik di SWRC. 

belanjawanku

Apa itu Belanjawanku?

Panduan Belanjawanku oleh KWSP memperincikan perbelanjaan minimum mengikut kategori isi rumah (bujang, keluarga atau warga emas) dan menyediakan cadangan mengenai peruntukan perbelanjaan, perbelanjaan pilihan dan simpanan persendirian.

Panduan ini diperkenalkan pada 2019 untuk penduduk Lembah Klang dan kini telah diperluaskan untuk meliputi 11 lagi bandar utama di seluruh negara.

Panduan Belanjawanku telah diguna pakai oleh pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dalam memberikan bimbingan dan nasihat kewangan kepada ahli, seterusnya membentuk asas kesejahteraan kewangan yang kukuh dan kualiti hidup yang lebih baik dalam jangka panjang.

Fokus Belanjawanku KWSP

Tahap celik kewangan yang rendah dan peningkatan kos sara hidup merupakan antara penyebab utama rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang rendah, hutang yang tinggi dan kebankrapan di kalangan belia.

Di sinilah panduan Belanjawanku oleh KWSP memainkan peranan sebagai panduan untuk perancangan kewangan dan pengurusan hutang individu, di samping mengesyorkan jumlah simpanan untuk kegunaan masa depan dan dalam situasi yang belum pernah berlaku.

Contohnya, berdasarkan panduan Belanjawanku 2022/2023 yang diterbitkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya, kos hidup untuk golongan bujang di Lembah Klang meningkat sebanyak RM60 kepada RM1,930 berbanding RM1,870 dalam Belanjawanku 2019.

Bagi pasangan suami isteri dengan dua anak pula, anggaran kos yang diperlukan untuk hidup di Lembah Klang adalah sekitar RM6,890 sebulan berbanding RM6,620 pada 2019.

Perbelanjaan secara umum bagi setiap bandar utama setiap negeri juga turut dipaparkan dalam panduan ini seperti dalam lampiran di bawah:

belanjawanku kwsp
belanjawanku kwsp

Pengiraan ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bagi rakyat Malaysia agar lebih teliti dalam menguruskan perbelanjaan harian dan bulanan.

belanjawanku kwsp

Muat Turun

Anda boleh memuat turun secara percuma panduan Belanjawan Ku bagi tahun 2022/2023 melalui halaman KWSP.

Muat Turun Panduan Belanjawanku

Muat Turun Aplikasi

Aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh pasukan KWSP ini telah dimuat naik di semua gedung aplikasi pada Ogos 2022.

Aplikasi ini mengandungi ciri interaktif untuk pengguna memantau perbelanjaan mereka secara dalam talian.

Pengguna aplikasi boleh memilih untuk menggunakan panduan Belanjawanku atau kaedah Rule of Thumb1 untuk memantau perbelanjaan bulanan mereka.

Sehingga Mei 2023, aplikasi Belanjawanku telah merekodkan jumlah muat turun sebanyak 12,000.

Untuk muat turun, sila klik pautan di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut