Jadual & Tarikh Bayaran MyKasih 2025

bayaran mykasih 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jadual & Tarikh Bayaran MyKasih 2025

Kerajaan MADANI telah mengumumkan jadual pembayaran MyKasih 2025 yang akan dilaksanakan secara berperingkat. 

Penerima yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih akan menerima bantuan bermula Januari 2025, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang tidak berdaftar dalam eKasih akan mula menerima bantuan pada April 2025. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Bayaran MyKasih 2025. 

BACA JUGA: Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username S Pay Global

MyKasih 2025

Program MyKasih 2025, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah bantuan kewangan bulanan yang disalurkan melalui MyKad. 

Bantuan ini diberikan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit yang mengambil bahagian. Program ini terbuka kepada golongan berpendapatan rendah di bawah kategori B40 dan M40, serta warga emas dan ibu/bapa tunggal yang layak.

Pembayaran MyKasih 2025 bermula pada 15 Januari 2025 untuk penerima yang berdaftar dalam eKasih. 

Jadual & Tarikh Bayaran MyKasih 2025

Terdapat dua kategori penerima bantun, iaitu:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Berstatus/Berdaftar Miskin dan Miskin (eKasih)Bermula Januari 2025 (Bantuan diagihkan Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR 2025 (BUKAN eKasih)Bermula April 2025(Bantuan diagihkan Selama 9 Bulan)

Berikut ialah jadual dan jumlah bayaran MyKasih/SARA 2025:

Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Kategori Penerima STR 2025Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasihPenerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih
Isi Rumah (Tiada had umur)RM2100RM100/bulan (Januari-Mac)RM200/bulan (April- Disember)RM900RM100/bulan (April-Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan RM1650RM100/bulan (Januari-Mac)RM150/bulan (April- Disember)RM450RM100/bulan (April-Disember)
Bujang (21-59 tahun)RM600RM50.bulan (Januari-Disember)

Bayaran MyKasih 2025 pertama dijadualkan pada 15 Januari 2025 untuk penerima yang berdaftar dalam eKasih Penerima STR bukan eKasih akan mula menerima bantuan pada April 2025. 

Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai runcit yang berdaftar. 

Aplikasi MyKasih

Untuk memudahkan penerima menyemak baki dan mengurus bantuan MyKasih mereka, kerajaan telah memperkenalkan app MyKasih yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. 

Antara fungsi utamanya adalah: 

  • Pengguna boleh menyemak baki bantuan yang masih ada dengan mudah.
  • Memberikan maklumat transaksi pembelian.
  • Memaparkan tarikh tamat tempoh bantuan
  • Pengguna boleh mencari kedai-kedai berdekatan yang menerima pembayaran MyKasih. 

Cara Mendaftar Aplikasi MyKasih

Berikut ialah cara mudah muat turun dan daftar aplikasi MyKasih:

1. Muat Turun Aplikasi

Muat turun aplikasi MyKasih melalui Google Play Store atau Apple App Store. Klik sini: https://mykasih.com.my/mykasih-app/mykasih-app.html  

2. Pendaftaran Akaun

Setelah muat turun, anda boleh daftar aplikasi ini menggunakan nombor MyKad dan maklumat peribadi yang sah.

3. Pengaktifan Akaun

Seterusnya, ikuti arahan dalam aplikasi untuk mengesahkan pendaftaran. Selesai.

Semakan Baki MyKasih Melalui Aplikasi

Cara menggunakan app MyKasih untuk semakan baki adalah seperti berikut:

  1. Pastikan anda sudah memuat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store
  2. Kemudian, daftar masuk menggunakan nombor MyKad anda.
  3. Selepas log masuk, anda akan dapat melihat baki semasa dan sejarah transaksi. 

Selain menggunakan aplikasi, anda juga boleh menyemak baki melalui portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus atau dengan memeriksa resit pembelian anda yang terakhir.

Kelebihan Aplikasi MyKasih 

Aplikasi MyKasih bukan sahaja memudahkan pengguna dalam mengurus bantuan kewangan mereka, tetapi juga menawarkan pelbagai kelebihan seperti berikut:

  • Kemudahan Semakan Baki: Pengguna boleh menyemak baki bantuan mereka secara masa nyata, memastikan mereka sentiasa mengetahui jumlah yang tersedia.
  • Notifikasi Pembayaran: Aplikasi ini akan memberi notifikasi apabila pembayaran baharu dikreditkan ke akaun pengguna.
  • Pengurusan Transaksi: Rekod transaksi disimpan dalam aplikasi, memudahkan pengguna memantau perbelanjaan mereka.
  • Akses Mudah: Dengan aplikasi ini, pengguna tidak perlu lagi beratur panjang atau mengunjungi pejabat untuk mendapatkan maklumat bantuan.
  • Pangkalan Data yang Selamat: Data pengguna dilindungi dengan teknologi keselamatan terkini, memberikan ketenangan minda kepada semua pengguna.

Cara Menggunakan Bantuan MyKasih

Sistem MyKasih menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai yang memudahkan penerima membeli keperluan asas. 

Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan bantuan MyKasih anda:

  1. Kunjungi mana-mana kedai runcit atau pasar raya yang mengambil bahagian dalam program MyKasih
  2. Pilih barangan keperluan asas dari 13 kategori yang diluluskan
  3. Semasa pembayaran, gunakan MyKad anda untuk membuat transaksi
  4. Pastikan anda menyemak baki selepas setiap pembelian

Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah diluluskan. Ini termasuk beras, minyak masak, tepung, gula, dan lain-lain keperluan dapur serta produk penjagaan diri.

BACA JUGA: MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2025

Senarai Kedai & Barang yang Boleh Dibeli 

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk

membeli barangan keperluan asas. 

MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:

https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan 
  • Barangan persekolahan 

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. 

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai MyKasih 2025, anda boleh layari:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut