Baucar Buku MADANI 2024 – Semakan & Penebusan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kerajaan MADANI mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada murid sekolah rendah bermula pelajar Tahun 4, pelajar sekolah menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Terkini, Baucar Buku Pelajar IPT Fasa Kedua akan diagihkan oleh KPT melalui platform MySISWAPLACE mulai 30 Oktober 2024.

@ecentral.my

Dah tahu cara claim voucher buku RM100 2024 di DELIMa? Sini tutorial ringkas untuk adik-adik ikut. #baucarbuku #baucarbukurm100 #baucarbukurm50 #bantuanpersekolahan #bantuansekolah

♬ Cena Engraçada e Inusitada – HarmonicoHCO

“Kerajaan boleh teruskan dengan baucar RM100 itu dan untuk tahun ini, kita mulakan dari murid Tahun 4 dan ke atas bagi mengurangkan tekanan kepada kewangan kerajaan.

“Kita akan beri panduan jenis buku termasuk novel klasik seperti hikayat Hang Tuah, novel oleh sasterawan terkemuka dan sebagainya,” katanya ketika berucap merasmikan PBAKL 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang baucar buku yang diumumkan.

Pengenalan Baucar Buku Kerajaan MADANI 2024

Baucar Buku merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar, merancakkan industri buku tempatan, di samping membantu meringankan beban ibu bapa dan para pelajar dalam mendapatkan bahan bacaan yang sesuai.

Untuk rekod, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia telah memperkenalkan program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) pada tahun 2022 dan 2021 bernilai RM10.

Pada tahun 2017 pula, seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250.

Tarikh & Tempoh Penebusan Baucar Buku 2024

Jangan risau, anda mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk membuat penebusan dan penggunaan baucar buku menerusi aplikasi DELIMa dan Kota Buku Digital.

Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid/pelajar di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah dari 31 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024.

Kelayakan

Pemberian baucar ini akan melibatkan pelajar sekolah rendah bermula dari Tahun Empat hingga ke sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Jumlah Baucar

Jumlah baucar yang diumumkan oleh Kerajaan Madani adalah RM50 bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6, manakala bagi murid Sekolah Menengah, pelajar IPT dan IPGM masing-masing berjumlah RM100.

Cara Penebusan Baucar Buku KPM

PENEBUSAN BAGI MURID SEKOLAH

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
6. Proses selesai.

Inisiatif baucar buku untuk murid/pelajar di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang rancak berjalan.

Penebusan dan penggunaan baucar dibuat secara dalam talian menggunakan aplikasi DELIMa dan Kota Buku Digital. Kaedah ini memastikan tiada murid/pelajar di semua institusi pendidikan bawah KPM tercicir.

Anda boleh menebus baucar dan menggunakannya bermula pada 31 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024. Gunakan peluang ini sebaiknya.

CARA MENGAKSES PORTAL DELIMa

DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru. DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet. Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah. Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.

Untuk mengakses portal DELIMa bagi proses penebusan baucar, sila ikuti langkah berikut:

  1. Pastikan peranti mempunyai capaian internet
  2. Pergi ke https://d2.delima.edu.my
  3. Log masuk menggunakan ID yang diberikan oleh pihak sekolah.
baucar buku madani kpt

VIDEO TUTORIAL – CARA TEBUS BAUCAR BUKU MELALUI PORTAL DELIMA KPM

Berikut kami paparkan video tutorial tentang cara penebusan baucar buku yang dikongsikan oleh Mohd Faruze melalui Facebook beliau :

Kredit video asal : Facebook Mohd Faruze

Cara Penebusan Baucar Buku IPT

PENEBUSAN BAGI IPT

Pemberian baucar buku oleh Kerajaan MADANI bernilai RM100 kepada pelajar bagi Fasa Kedua akan bermula pada 30 Oktober 2024.

Menurut siaran media Kementerian Pendidikan Tinggi, inisiatif ini akan dilaksanakan bermula 30 Oktober hingga 31 Disember 2024 melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif hingga 31 Mac 2024.

Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat melalui portal MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula 30 Oktober 2024.

Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal MySISWAPLACE sahaja, dengan setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.

baucar buku madani

Syarat Kelayakan Baucar Buku IPT Fasa 2

Syarat kelayakan baucar buku Fasa 2 adalah seperti berikut:

  • Pelajar IPT (Universiti Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti) yang berdaftar di bawah KPT sahaja
  • Pelajar status aktif sehingga 31 Mac 2024
  • Peringkat Sijil hingga Ijazah Doktor Falsafah
  • Mod pengajian separuh dan sepenuh masa
  • Warganegara Malaysia sahaja
baucar buku madani

*NOTA: Portal ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.

Semakan & Penebusan Baucar Buku Fasa 2 Melalui MySISWAPLACE

Untuk membuat semakan kelayakan dan menebus baucar buku fasa 2 bagi pelajar IPT dan IPG, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:

  1. Semak kelayakan anda di pautan berikut: https://mysiswaplace.my
  2. Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan, No. Matrik, dan Jenis Institusi Pengajian Tinggi.
  3. Kod akan dijana sekiranya layak.
  4. Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
  5. Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.
baucar buku madani

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Sila rujuk cara membuat penebusan dalam video di bawah:

Sumber: Kedai Buku ITBM

    *NOTA: Portal ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai Baucar Buku RM100 ini, sila ikuti laman web rasmi / Facebook PBAKL , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut