Checklist Barang Ke Rumah Pengasuh: Pastikan Semua Ada!

barang ke rumah pengasuh
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Meninggalkan anak di rumah pengasuh bukanlah perkara yang mudah untuk semua ibubapa. Walaubagaimanapun, dalam situasi tertentu perkara tersebut tidak dapat dielakkan terutamanya apabila ibubapa perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup. 

 Barang Ke Rumah Pengasuh

Keadaaan di rumah pengasuh sudah pasti tidak akan sama seperti berada di rumah sendiri. Oleh itu, sebagai ibu bapa anda perlu membuat persiapan barang yang perlu dibawa ke rumah pengasuh dengan teliti.

Hal ini adalah bagi memastikan anak anda sentiasa berada dalam keadaan yang selesa sepanjang berada di sana kelak terutamanya sekiranya anda masih lagi bayi atau berusia 2 tahun ke bawah. 

Anda boleh rujuk checklist barang ke rumah pengasuh pertama kali yang dikongsikan di bawah untuk membantu anda membuat persiapan. Tunggu apalagi, jom semak!

Checklist Barang Ke Rumah Pengasuh

Sebelum itu, anda perlu memastikan pengasuh yang anda pilih adalah pengasuh yang berkemahiran untuk menguruskan bayi serta berdaftar. Selain itu, pastikan anda membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak anda ke rumah pengasuh tersebut. 

Ketika membuat tinjauan, inilah masa yang paling sesuai untuk anda bertanya mengenai arang keperluan yang perlu dibawa sekiranya ingin menghantar anak anda ke situ.

Setiap pengasuh mempunyai cara dan juga kemudahan yang berbeza. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui barang yang diperlukan agar anda boleh sediakannya semasa menghantar anak anda. 

Berikut ialah antara barang ke rumah pengasuh yang biasanya diperlukan terutamanya buat yang pertama kali;-

1. Kerusi Makan Bayi (Feeding chair)

Sekiranya bayi anda berumur 6 bulan dan ke bawah, pastikan anda membawa kerusi makan bayi. Hal ini kerana, kebiasaannya bayi masih belum lagi mampu duduk dengan stabil ketika makan. Dengan adanya kerusi makan, ia membantu memudahkan pengasuh untuk memberi makan. 

Feeding chair: https://shopee.com.my/rylbabyshop_/8262854403

2. Tilam dan Bantal 

Sediakan juga tilam dan bantal untuk anak anda. Jadi, tak perlulah berkongsi dengan bayi lain sekiranya anda. Anda boleh pilih set tilam dan bantal bayi yang comel-comel jual dekat Shopee. Harganya pun sangat berpatutan. 

Set tilam dan bantal: https://shopee.com.my/farra_effarikha/7377045262

3. Buaian (Baby Swing)

Sekiranya perlu, bawa juga buaian untuk bayi anda tidur lebih lena lebih-lebih lagi apabila di rumah pengasuh tersebut tidak mempunyai buaian.

Sebaiknya, beli buaian yang automatik jadi taklah lenguh tangan pengasuh tersebut mengayun anak anda. Anda boleh cuba buaian automatik keluaran MAMAKIDDIES seperti di bawah ini. 

Buaian MAMAKIDDIES: https://shopee.com.my/mamakiddies/6634296050

4. Set Botol Susu

Jangan lupa sediakan botol susu untuk dibawa ke rumah pengasuh. Ini adalah salah satu item yang paling utama. Untuk memudahkan lagi, anda boleh beli set botol susu yang siap dengan berus botol dan puting tambahan. 

Set susu botol: https://shopee.com.my/henrytan/19548475

5. Susu Bayi

Selain set botol susu, pastikan juga anda menyiapkan susu yang biasanya anak anda minum. Ini adalah untuk memastikan kesihatan anak anda terjamin dan mengelakkan reaksi alergi.

Susu Enfagrow: https://shopee.com.my/enfagrow_official_store/5197410

6. Sabun Mandi Bayi

Sesetengah bayi mempunyai reaksi alergi terhadap bahan tertentu yang ada di dalam sabun mandi. Oleh itu, sebaiknya, bekalkan anak anda sabun mandi yang memang sesuai digunakannya. Salah satu jenama sabun mandi bayi yang popular ialah Johnson’s Baby 

Sabun mandi Johnson’s Baby: https://shopee.com.my/johnsonandjohnson.os/1078312248

7. Pakaian

Pastikan juga anda menyiapkan pakaian yang terdiri daripada baju dan seluar. Sebaiknya sediakan baju dan seluar lebih. Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan baju dan seluar bayi yang comel dan berkualiti melalui Shopee. Harganya murah pula tu. 

Set baju dan seluar: https://shopee.com.my/loveandbrave/7963040719

8. Bedung Instant

Sekiranya anak anda masih menggunakan bedung, jangan lupa siapkan juga beberapa helai bedung. Untuk memudahkan lagi kerja pengasuh, anda boleh bekalkan bedung segera yang ada dijual di Shopee seperti di bawah. Bedung ini sangat mudah digunakan dan menjimatkan masa. 

Bedung Instant: https://shopee.com.my/xiewenmin/837491953

9. Pampers

Anda boleh letakkan terus satu paket pampers di rumah pengasuh untuk mengelakkan anda lupa meletakkannya di dalam beg anak anda setiap hari. 

Pampers: https://shopee.com.my/21secret/18253215548

10. Cawan Richell

Sekiranya bayi anda dah boleh minum air biasanya, anda boleh sediakan cawan Richell ini untuk mengelakkan air tertumpah dan memudahkan anak anda minum. 

Cawan Richell: https://shopee.com.my/momsprecious/7624040491

11. Minyak Telon

Pastikan juga anda menyediakan ubat-ubatan khusus untuk anak anda sekiranya ada. Anda juga boleh bekalkan minyak telon bagi membantu melegakan kembung perut dan untuk memberi keselesaan pada anak anda.

Minyak telon: https://shopee.com.my/mamaschoicemalaysia/21762362372

Kesimpulan

Pastikan anda kerap berhubung dengan pengasuh anak untuk mengetahui sekiranya terdapat kekurangan barang kelengkapan yang diperlukan oleh anak anda. Jangan sesekali berkira untuk ‘melabur’  demi keselesaan anak anda. 

Untuk barang-barang peribadi, pastikan anda meletakkan nama anak anda untuk mengelakkan tertukar.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut