PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN BAGI PELAJAR DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA UITM (ZAWAF)
Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA kini dibuka mulai 26 September 2022 (Isnin).
Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa adalah dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup iaitu 31 Oktober 2022.
Permohonan Zakat Pelajar UiTM Sesi 1 2022 / 2023 Diploma & Ijazah Sarjana Muda (ZAWAF)
Dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian bagi sesi 1 2022/2023.
Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui aplikasi Portal Pelajar UiTM berdasarkan tarikh permohonan yang telah ditetapkan.
Butiran permohonan adalah seperti berikut :
- Tarikh Buka Permohonan : 26 September 2022 ( Isnin )
- Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2022 ( Isnin )
- Tarikh Temuduga : 17 Oktober 2022 – 16 Disember 2022
Baca Juga : Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022
Syarat-Syarat Permohonan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
- Beragama Islam
- Pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Pra-Diploma
- Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universiti
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap semester.
Dokumen Sokongan
Calon juga WAJIB kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
- Salinan kad matrik pelajar
- Pengesahan pendapatan / Slip Gaji
- Slip pengesahan akaun
- Surat perakuan doktor (jika perlu)
- Sijil kematian (jika perlu)
Tarikh Permohonan
Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA kini dibuka mulai 26 September 2022 (Isnin).
Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa adalah dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup iaitu 31 Oktober 2022.
Cara Memohon Zakat Pelajar UiTM
Mahasiswa yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian.
Untuk memohon, sila scan QR code dalam poster di atas atau terus ke pautan berikut:
Pelajar juga boleh terus Whatsapp pada talian berikut: Zakat & Wakaf UiTM
Maklumat Lanjut
BAHAGIAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF (ZAWAF) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Aras Bawah, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM, Shah Alam, Malaysia
Telefon : 03-5544 3115