Tawaran Bantuan Zakat Koperasi TNB 2022

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi TNB kini menawarkan bantuan zakat buat golongan yang memerlukan.

Pengagihan zakat yang dilaksanakan berlandaskan hukum syarak ini bertujuan untuk meringankan beban kumpulan asnaf yang memerlukan.

Pemohon beragama Islam yang berkelayakan boleh lakukan permohonan mulai 25 November 2022.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Bantuan Zakat Koperasi TNB secara lebih lanjut.

Baca Juga : Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (Koperasi TNB)

Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Koperasi TNB

Bantuan zakat ini terbuka kepada pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Beragama Islam dan warganegara Malaysia
  2. Tergolong dalam salah satu golongan yang berhak menerima zakat :
  • Fakir
  • Miskin
  • Fisabilillah

Pemohon perlu pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap sebelum dihantar.

Bantuan Zakat Koperasi TNB

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga diminta untuk kemukakan dokumen seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan kad pengenalan permohonan
  • Salinan kad pengenalan atau surat daftar kelahiran (bagi kanak-kanak) yang kelas dan terang.
  • Salinan surat cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenan)
  • Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dan berkaitan.
  • Salinan penyata bank terkini/ nombor akaun bank
  • Salinan bil elektrik kediaman
  • Pengesahan dokumen oleh Pegawai Jabatan Agama Islam, Pengerusi Masjid/Surau
  • Laporan doktor mengenai penyakit yang dihidapi, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, tempat dan anggaran kos rawatan.
  • Laporan doktor yang merawat pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan penyata gaji dan penyata KWSP terkini (bagi pemohon yang bekerja/pernah bekerja)
  • Bukti bergambar berkaitan pemohon.

Cara Memohon

Pemohon boleh kemukakan permohonan dengan memuat turun dan mengisi borang di bawah :

BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT KOPERASI TNB

Borang mestilah diisi menggunakan huruf besar dan ditulis dengan jelas.

Setiap pendaftaran hendaklah dibuat atas nama pemohon (bagi yang berumur 18 tahun ke atas) atau ketua keluarga waris pemohon bagi pemohon yang masih berada di bawah tanggungan (bawah umur 18 tahun).

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang telah disahkan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam, Pengerusi Masjid/Surau sahaja yang akan dipertimbangkan.

Pemohon perlu hantarkan borang permohonan berserta dokumen yang telah diakui sah ke alamat berikut :

Koperasi Tenaga Nasional Berhad

96, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

U/P : Encik Ahmad Syaqirin bin Shaharin

(Unit Pematuhan & Syariah)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran Bantuan Zakat Koperasi TNB, sila layari laman sesawang www.koptnb.com atau hubungi talian 03-2282 4660.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut