Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia: Jenis Bantuan, Permohonan

bantuan yayasan keluarga malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) merupakan sebuah organisasi kebajikan tidak berasaskan keuntungan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Kesembilan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang memberi bantuan kepada kanak-kanak yang terkesan dengan pandemik COVID-19 .

Misi utamanya adalah membantu anak-anak yatim / yatim piatu akibat pandemik COVID-19 khususnya golongan berpendapatan rendah atau B40 menerima bantuan kewangan atau bukan kewangan.

YKM juga diwujudkan sebagai platform sebagai tempat sokongan moral untuk memulihkan dan menstabilkan emosi anak-anak yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pada tahun 2024, pihak YKM telah mula menyalurkan Bantuan Kasih YKM, iaitu bantuan tahunan kepada 515 penerima yang layak dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.1 juta setahun.

YKM juga turut menyalurkan Bantuan Persekolahan dan Bantuan Menara Gading kepada 585 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM175,500.

Latarbelakang Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia

yayasan keluar malaysia

Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) telah ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kesembilan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 23 Oktober 2021 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 sebagai sebuah organisasi kebajikan tidak berasaskan keuntungan.

YKM ditubuhkan bagi menjaga kebajikan anak-anak yang kehilangan ibu, bapa, ibu bapa atau penjaga akibat Pandemik COVID-19 seawal usia satu hari sehingga 18 tahun atau tamat ijazah sarjana pertama.

YKM juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti khusus dalam aspek kebajikan dan pendidikan yang seterusnya akan memberi manfaat kepada penerima-penerima di bawah tanggungan YKM.

Jenis bantuan

Terdapat beberapa jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh Yayasan Keluarga Malaysia, antaranya:

Bantuan Kasih YKM

  • Bantuan tahunan ini akan disalurkan secara berfasa kepada penerima yang layak mengikut kategori berikut:
PerkaraKadar
Kategori A: Sejak lahir sehingga 15 tahunRM2,000
Kategori B: 16 tahun sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda PertamaRM2,500

Bantuan Persekolahan

  • Bantuan pendidikan sebanyak RM300 secara one-off kepada anak-anak yang masih bersekolah.

Bantuan Menara Gading

  • Bantuan pendidikan sebanyak RM300 secara one-off kepada anak-anak yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

Artikel berkaitan: Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) KPM – Tarikh & Semakan

Permohonan Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia

Pihak Yayasan Keluarga Malaysia tidak membuka permohonan untuk Bantuan YKM secara umum.

Pihak YKM mempunyai mekanisma tersendiri untuk mengenalpasti individu yang layak diberikan bantuan.

Namun, sekiranya anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM), sila rujuk bahagian Makklumat Lanjut di bawah.

Maklumat lanjut

Untuk perkembangan dan pengumuman terkini mengenai Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM), sila layari laman web rasmi dan iuti laman media sosial di bawah:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) seperti di bawah:

  • Alamat: Aras 36, Menara Aras Raya, No 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
  • No Telefon: 03-2202 7493
  • Alamat Emel: [email protected]
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut