BANTUAN TUNAI RAHMAH (STR 2025)
STR 2025 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR, BTR dan BKM.
Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Februari depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan bulan Ramadan dan pembukaan persekolahan sesi 2025.
Pengenalan Bantuan Tunai Rahmah 2025
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Syarat Kelayakan
Pemohon layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Bayaran STR 2025
Menurut Belanjawan 2025 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2025:
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
- Warga Emas Bujang
- RM600
- Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
- RM600
Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah 2025)
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : 22 January 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah 2025
Semakan status pembayaran dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Semakan status permohonan STR 2025 melalui Portal Rasmi STR boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langka berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Baca juga: Daya Kerjaya 2.0: Insentif RM1500 Setiap Individu
Cara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah (STR 2025)
Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka.
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruang tersedia.
- Tekan butang HANTAR selepas selesai membuat semakan.
Muat Turun Borang Manual
- Borang Permohonan_STR 2025
- Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan_STR 2025
- Borang Serahan Dokumen Sokongan_STR 2025
- Borang Pembatalan Permohonan_STR 2025
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan tunai STR, sila hubungi pegawai yang bertugas seperti berikut:
- Hotline
- Hotline STR LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565/ 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- Laman web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Alamat Kementerian Kewangan: Sekretariat STR, Pejabat Belanjawab Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 W.P. Putrajaya