Kerajaan Selangor akan mula mengagihkan bantuan RM1,000 menerusi insiatif Selangor Bangkit kepada lebih 9,000 keluarga terjejas akibat banjir, seawal hari ini, 26 Disember 2021.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pemberian secara berperingkat itu akan dimulakan dengan kategori pertama iaitu mangsa yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) awam di bawah kendalian kerajaan negeri dan Persekutuan.
Beliau berkata ia disusuli kategori kedua iaitu mereka yang berpindah di PPS kendalian pihak swasta dan persendirian.
“Mereka yang tinggal di PPS awam dan swasta, nama mereka telah didaftarkan, nombor kad pengenalan sudah ada. Ini semua tidak memerlukan pendaftaran semula,” katanya pada sidang media khas berhubung perkembangan banjir di Selangor.
Menurut Amirudin, bagi kategori ketiga iaitu mereka yang tidak berpindah pula, kerajaan negeri akan mewujudkan pusat sehenti dan menggerakkan Pertubuhan Sukarelawan Selangor (SERVE) untuk pergi rumah ke rumah bagi mendapatkan nama mangsa bermula 3 Januari depan.
“Kita ada 9,000 lebih keluarga dan saya jangkakan dengan (keluarga yang tidak berpindah ke PPS), akan berlaku pertambahan mencecah 15,000 hingga 20,000 keluarga terkesan dengan banjir,” katanya.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti ahli keluarga yang meninggal dunia disebabkan banjir untuk mengagihkan bantuan RM10,000 menerusi inisiatif sama.
Berikut dikongsikan lebih lanjut dan infografik tentang Bantuan Selangor Bangkit (BSB) untuk makluman bersama.
Pengumuman Khas Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Untuk Mangsa Banjir RM1000 & RM10,000
Jenis Mangsa Banjir
- Berada di PPS
- Berada di PPS Swasta
- Tidak berpindah ke PPS
Lokasi Pendaftaran dan Jenis Pendaftaran
i) Pusat Pemindahan Sementara yang masih beroperasi
Dilaksanakan berperingkat mulai Rabu (29/12)
menggunapakai senarai nama yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pengurus PPS
Tidak perlu sediakan dokumen tambahan
ii) Pusat Sehenti (OSC) yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah
khusus untuk mangsa yang telah berpindah keluar dari PPS ke rumah masing-masing
iii) Rumah ke Rumah
bermula secara berperingkat mulai 3 Januari 2022
Lokaliti kawasan akan ditentukan oleh Pejabat Daerah & Tanah
dibantu oleh Pejabat Parlimen, Pusat Khidmat DUN & Penyelaras DUN, Ahli Majlis, Ketua Kampung.
Pasukan sukarelawan seperti Team Selangor & SERVE
iv) Dalam Talian (Online)
Hotline dan laman web rasmi akan diumumkan
Bermula pertengahan Januari 2022
Dokumen yang diperlukan (Untuk Mereka Yang Tidak Berpindah Ke PPS Sahaja)
- Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di kaunter PDRM di OSC)
- Pengesahan oleh SALAH SATU dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU Ahli Majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.
- TIDAK PERLU Gambar & Laporan Polis
Jenis Bantuan Selangor Bangkit
i) RM 10 RIBU
- Setiap keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia di Selangor
- Setiap keluarga sukarelawan / ahli NGO yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir.
- Setiap keluarga petugas agensi Kerajaan Negeri yang meninggal dunia semasa membantu mangsa banjir
ii) RM 1 RIBU
- Kepada setiap keluarga mangsa banjir di Selangor
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info dan borang permohonan bantuan, anda boleh dapatkan di MPKK atau Pejabat Parlimen di tempat anda.
Sumber: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari
Baca juga: