Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini menawarkan Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran buat anak-anak asnaf dan Fisabilillah MAIN yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi atau peringkat Sijil Kemahiran.
Anak Negeri Sembilan yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon.
Teruskan membaca untuk ketahui maklumat lanjut mengenai tawaran bantuan ini serta cara memohon.
Syarat Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS
Anak-Anak Asnaf MAINS
- Ibu/bapa adalah asnaf fakir atau miskin yang berdaftar dengan MAINS
- Calon berumur 18 tahun dan ke atas
- Calon menerima tawaran pengajian tinggi / sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta ; atau
- Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam / swasta.
Fisabilillah
- Beragama Islam
- Lahir dan menetap di Negeri sembilan atau bermastautin / menetap di Negeri Sembilan tidak kurang daripada 1 tahun.
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Menerima tawaran pengajian tinggi / sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam / swasta atau
- Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan / swasta.
Cara Mohon
Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan dengan mengisi borang permohonan di bawah :
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENGAJIAN TINGGI / SIJIL KEMAHIRAN MAINS
Dokumen Yang Diperlukan
Calon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen seperti yang disenaraikan berikut :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / penjaga
- Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan tanggungjawab pemohon
- Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan tanggungan pemohon
- Salinan Sijil Nikah / Surat Cerai / Sijil Kematian jika berkaitan
- Salinan Bil Air/ Bil Elektrik tempat tinggal pemohon yang terkini.
- Salinan surat pengesahan belajar TERKINI dari IPTA / IPTS berkaitan.
- Salinan Buku Akaun / Penyata Akaun Bank (milik pemohon yang aktif).
- Salinan slip gaji terkini / pengesahan pendapatan (pemohon / Ibubapa)
- Semua salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid / Pengerusi Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.
Borang yang telah lengkap diisi perlulah dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke kaunter pejabat MAINS Daerah.