Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW ialah inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi membantu pelajar yang layak meneruskan pengajian tanpa beban kewangan. Bantuan ini disalurkan melalui Akaun Amanah BAKTIDESA (AAB) khusus untuk menyokong anak-anak warga desa. Muat turun borang permohonan sekarang di sini: https://ebantuan.rurallink.gov.my
Artikel ini menghimpunkan panduan lengkap tentang cara mohon, syarat kelayakan serta dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan permohonan.
Apa itu Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW
Bantuan kewangan yang diberikan di bawah program Bantuan Pendidikan BAKTIDESA adalah dalam bentuk ‘on-off’ adalah sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf sepertiΒ Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
- Kategori 1: Β SBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil) – RM500
- Kategori 2: Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama – RM1,000.00
Syarat-syarat Kelayakan
Bagi memastikan program Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini mencapai objektifnya, hanya individu-individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk bantuan pendidikan ini:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan belum berkahwin;
- Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah;
- Kategori Miskin
- Isi Rumah – RM2,199
- Per Kapita – RM567
- Kategori Miskin Tegar
- Isi Rumah – RM1,142
- Per Kapita – RM290
- Kategori Miskin
- Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa;
- Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan
- Permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.


Cara Memohon
Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan ingin memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini memohon bantuan ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web : https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/
- Muat turun borang permohonan
- Lengkapkan segala butiran yang disenaraikan
- Hantar borang permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan yang disenaraikan di bawah di alamat berikut:
URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA (AAB), KKDW
Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,
Aras 24, No. 47 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.
Borang Permohonan




Senarai Dokumen Sokongan
Setiap permohonan bagi Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini mestilah disertakan dengan semua Salinan dokumen di bawah hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional [Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas]) ATAU Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Sidang/MPKK/ Pengerusi JKKR/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Temenggong/ Kapitan/ Pemanca (Mukim kawasan tempat tinggal)/ Pengerusi Persatuan Penduduk/ Pengerusi JKKK/ Ahli Parlimen/ ADUN/ Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon;.
- Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/MRSM/ Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
- Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
- Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan; dan
- Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.
Alamat Penghantaran Borang Permohonan
Borang permohonan dan segala dokumen sokongan boleh dihantar melalui post atau perkhidmatan kurier kepada pihak urus setia di alamat berikut:
URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA KKDW,
Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,
Aras 24, No 47,Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh datang ke alamat yang tertera di atas atau hubungi pihak urus seta di nombor di bawah:
No. tel : 03-8891 2226/2237/2224/2215
No. fax: 03-8888 2336
E-mel: [email protected]
Soalan Lazim Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW
Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW ialah inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi membantu pelajar yang layak meneruskan pengajian tanpa beban kewangan. Bantuan ini disalurkan melalui Akaun Amanah BAKTIDESA (AAB) khusus untuk menyokong anak-anak warga desa.
Ia merupakan bantuan kewangan secara βone-offβ sebagai persediaan memasuki institusi pendidikan yang diiktiraf seperti SBP, MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institusi Latihan Kemahiran dan IPTA.
Kadar bantuan adalah seperti berikut:
Kategori 1 β RM500
– SBP
– MRSM
– Sekolah Harian/Agama Berasrama
– Pusat Matrikulasi
– Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan bertaraf Sijil)
Kategori 2 β RM1,000
– Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
– Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama
Syarat kelayakan adalah:
Warganegara Malaysia dan belum berkahwin
Pendapatan keluarga mengikut PGK 2019:
Kategori Miskin
Isi Rumah: RM2,199
Per Kapita: RM567
Kategori Miskin Tegar
Isi Rumah: RM1,142
Per Kapita: RM290
Telah menerima tawaran kemasukan sepenuh masa ke SBP, MRSM, Sekolah Asrama Harian, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran (iktiraf JPK) atau IPTA
Kursus mendapat pengiktirafan MQA, JPK atau badan berkaitan
Permohonan dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran diterima
Pemohon perlu:
Layari laman web:
π https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/
Muat turun borang permohonan
Lengkapkan semua maklumat
Hantar borang bersama dokumen sokongan ke alamat urus setia
Muat turun borang permohonan sekarang di sini:
π https://ebantuan.rurallink.gov.my
Permohonan mesti disertakan salinan dokumen yang telah disahkan oleh pegawai yang dibenarkan seperti Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, MPKK, ADUN, Ahli Parlimen, Pesuruhjaya Sumpah dan lain-lain yang berkaitan.
Dokumen diperlukan:
– Salinan Kad Pengenalan pemohon
– Salinan Surat Tawaran Masuk
– Salinan Pengesahan Pendaftaran
-Salinan Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan ibu bapa/penjaga
– Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank aktif
(Akaun Tabung Haji dan ASB tidak diterima)
Borang dan dokumen lengkap boleh dihantar melalui pos atau kurier ke:
URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA (AAB), KKDW
Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Aras 24, No. 47 Persiaran Perdana Presint 4
62100 PUTRAJAYA
Pemohon boleh menghubungi:
π 03-8891 2226 / 2237 / 2224 / 2215
π 03-8888 2336
π§ [email protected]
Baca juga:




