Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 & Pesara

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2025)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.

Sementara itu bagi terus memelihara kesejahteraan penjawat awam, kerajaan mengumumkan beberapa peruntukan termasuk menyediakan lebih RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam.

Perdana Menteri, berkata ia membabitkan kuarters termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

“Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan PerumahanMuda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun,” katanya.

Kerajaan akan meluaskan dan memudahkan Skim Ex-Gratia bencana kerja bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam di negara ini.

Anwar berkata bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun ini kepada anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaanyang hilang upaya kekal semasa dalam operasi.

Selain itu, katanya bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000 turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun ini.

“Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 ketimbang RM500 mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada,” katanya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan_Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 yang diumumkan melalui pembentangan Belanjawan 2025.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2025)

  • Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • Bantuan ini turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250.
  • Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025.
bantuan khas kewangan 2025 penjawat awam pesara

Sementara itu, pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia.

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2025

Bonus akan Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan dibayar pada Februari 2025.

Menurut jadual rasmi, tarikh gaji pada bulan Februari 2025 adalah pada 25 Februari 2025. Lazimnya, bayaran ini akan disekalikan dengan gaji pada bulan tersebut.

bantuan khas kewangan 2025 penjawat awam pesara

Kenaikan Gaji SSPA & Pencen

Selain Bantuan Khas ini, Penjawat awam bakal menikmati Pelarasan Gaji menerusi pelaksanaan SSPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenaikan gaji dan pencen yang bakal dinikmati oleh penjawat awam dan pesara, sila rujuk artikel berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut