Bantuan Keusahawanan MAINS 2022 Untuk Golongan B40 & Miskin

bantuan keusahawanan negeri sembilan mains
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

BANTUAN KEUSAHAWANAN MAINS (MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN) 2022 UNTUK B40

Hebahan skim bantuan keusahawanan bertujuan membantu golongan fakir, miskin dan B40 yang ingin berdikari dan meningkatkan taraf ekonomi.

Untuk makluman, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini membuka permohonan untuk Skim bantuan keusahawanan bagi pemohon yang menepati syarat-syarat ditetapkan.

Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Sila rujuk info selanjutnya di bawah:

Syarat-syarat Permohonan Bantuan Keusahawanan MAINS 2022

Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan bantuan untuk bakal pemohon:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Negeri Sembilan.
  • Perniagaan merupakan sumber pendapatan utama.
  • Perniagaan dijalankan sepenuh masa.
  • Tertakluk pada pengiraan had kifayah.

Cara Memohon

Jika berminat, anda boleh membuat permohonan melalui kaedah berikut:

PERMOHONAN SECARA MANUAL

Borang permohonan (Borang Am Kebajikan) boleh didapati di kaunter-kaunter Pejabat MAINS Daerah dan Cawangan atau imbas kod QR seperti dalam poster untuk muat turun borang.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web MAINS atau scan kod QR yang terdapat dalam poster di atas.

www.mains.gov.my

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

[email protected]
06-765 1402 / 06-765 1405
06-762 0648

Orang Awam – Klik di sini untuk bertanyakan sebarang persoalan

Anda juga boleh mengikuti media sosial Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui saluran pautan rasmi yang berikut:

‘ZAKAT TERURUS, ASNAF TERBELA’

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut