Follow eCentral di WhatsApp Channel
Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik
Sila rujuk maklumat lanjut dan cara permohonan di bawah:
Apakah Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik ?
Insentif berjumlah RM1000 ditawarkan bagi kemasukan ke Universiti, IPTS, Politeknik, Matrikulasi dan Asasi Sains untuk anak-anak veteran ATM.
Syarat Kelayakan
Syarat Umum
- Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.
- Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian
Syarat Khusus
- Dihadkan kepada semua IPTA di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTS terpilih sahaja.
- Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
- Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke IPTA/ IPTS terpilih.
- Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada diperingkat Diploma atau Ijazah Pertama.
- Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke IPTA/ IPTS terpilih.
- Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
- Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
- Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.
(Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran)
Baca juga:
- Senarai Bantuan Rakyat Selangor Dalam Belanjawan Selangor 2022
- BKC Fasa 3 : Semakan Bayaran & Kategori Penerima (Disember 2021)
Cara Permohonan Bantuan Kemasukan Universiti Awam / IPTS / Politeknik
Borang permohonan boleh didapati di
https://www.jhev.gov.my/…/category/9-bahagian-kebajikan
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, layari laman web https://www.jhev.gov.my/ atau muat turun dokumen berikut:
- Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 – BORANG KEBAJIKAN JHEV.BK.2019 LATEST AS AT 2.9.2020 1 4.pdf
- Senarai IPTS Terpilih – SENARAI_IPTS_TERPILIH_27112020.pdf
- Syarat dan Kelayakan Memohon Bantuan – Syarat- syarat Kelayakan Bantuan IPTS.pdf
Follow eCentral di WhatsApp Channel