PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF PELANCONGAN JOHOR 2022, KINI DI BUKA
Ayuh, ketahui lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara untuk memohon!
Permohonan Bantuan Insentif ‘one-off’ Pelancongan Johor bagi tahun 2022 kini di buka kepada:
a) Pemandu pelancong yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor;
Syarat-syarat permohonan:
- Pemohon mestilah berdaftar dengan MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftar
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen yang ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar
- Warganegara Malaysia yang menetap di Johor
- Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
- Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugas berserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat / agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021
- WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan
- Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022
Baca juga: Cara Kemaskini MySejahtera Sekiranya Positif Atau Kontak Rapat
b) Pengusaha Hotel Bajet yang telah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBha) Negeri Johor;
Syarat-syarat Permohonan:
- Pengusaha hotel mestilah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor dan dilesenkan oleh PBT
- Pemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di negeri Johor
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen
- Pemohon mesti mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang 2021
- Pemohon mestilah mengemukakakn 5 pakej pelancongan Johor 2022 di Aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI)
- WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.
- Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022
c) Syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di Negeri Johor dan berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor;
d) Pengusaha Homestay yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor dan Persatuan Homestay Negeri Johor.
Baca juga: MyTax : Semakan Status Tunggakan Cukai LHDN & Sekatan Perjalanan
Cara Permohonan Bantuan Pelancongan Johor 2022
Semua permohonan hendaklah mengisi borang permohonan dengan lengkap dan memenuhi semua syarat-syarat permohonan.
Borang permohonan boleh di muat turun menerusi pautan sebagaimana berikut :
https://drive.google.com/drive/folders/ BANTUAN INSENTIF PELANCONGAN JOHOR 2022
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup bagi setiap kategori permohonan adalah pada hari Selasa, 8 Mac 2022 dan sebarang permohonan selepas tarikh tutup, tidak akan di layan.
Borang permohonan yang telah lengkap dengan syarat-syarat sebagaimana di tetapkan, hendaklah di hantar kepada Pengerusi Persatuan bagi setiap kategori.
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, bolehlah hubungi Tourism Johor pada waktu pejabat sahaja di talian
07-2249960.
Sekian, terima kasih.