Kira-kira 3,000 guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tadika) di Selangor masih belum memohon bantuan RM150 yang ditawarkan kerajaan negeri bagi meringankan beban golongan itu yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, permohonan fasa kedua bermula 15 Ogos 2021 akan dibuka bagi memastikan peruntukan bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.
Apakah Bantuan Khas Guru Tadika RM150?
Pada 9 Jun, Ketua Menteri Selangor telah mengumumkan bantuan sekali bayar RM150 kepada guru tadika manakala RM450 kepada 1,018 pengusaha melibatkan peruntukan RM1.99 juta di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.
Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban golongan pendidik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Dari sasaran 10,197 guru yang bakal menerima manfaat ini, sebanyak 7,177 telah mengemukakan permohonan bantuan fasa pertama.
Permohonan fasa kedua bermula 15 Ogos 2021 akan dibuka bagi memastikan peruntukan bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya.
Baca juga: Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan (DIS)
Cara Permohonan
Inisiatif yang menyasarkan 10,197 guru ini boleh dimohon menerusi Persatuan Tadika Berdaftar dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan ialah sekali bayar RM150 (one-off) kepada guru tadika di Selangor.
Tarikh Permohonan
Permohonan fasa kedua bagi bantuan ini akan dibuka mulai 15 Ogos hingga 6 September.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.amirudinshari.com/kitaselangor2
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban para pendidik yang sangat berjasa besar dalam pembangunan insan negeri.