Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) – Tarikh Bayaran / Semakan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI : Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) sebanyak RM 150 kini diperluaskan kepada semua pelajar Tingkatan 6 mulai sesi persekolahan 25/26.

Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) untuk sesi persekolahan 2025 sebanyak RM 800 juta akan mula diedarkan selepas pertengahan bulan ini atau selewatnya-lewatnya awal Januari / Februari 2025.

Pihak sekolah kini dalam proses akhir memuktamadkan kaedah pembayaran melalui borang pengesahan pilihan kaedah terima BAP 2025 yang perlu diisi oleh waris ibu bapa.

Untuk makluman, ada 3 kaedah pembayaran untuk tahun 2024 ini iaitu pengkreditan ke akaun murid sendiri , pengkreditan ke akaun ibu atau bapa murid atau secara serahan tunai.

Selain itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda perincian lanjut berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan 2025.

Baca juga:

Pengenalan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Kadar Bantuan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 sebanyak RM150 setiap seorang bakal memberi manfaat kepada 100,000 orang pelajar dengan kos keseluruhan berjumlah RM15 juta.

Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 bermula pada Sesi Akademik 2025/2026 adalah cerminan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persiapan persekolahan.

Ia juga dilihat sebagai usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasakan pendidikan Tingkatan 6.

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran

Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    1. Tunai; atau
    2. Disalurkan terus ke akaun bank murid

Tarikh Penyaluran BAP 2025

Tempoh agihan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 ialah 30 hari dari tarikh surat makluman penyaluran peruntukan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.

Manakala tempoh agihan bagi murid Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 ialah 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.

Sementara itu, Pihak Kementerian Pendidikan akan mengagihkan BAP kepada pelajar Tingkatan 6 sedia ada pada Februari 2025 dan untuk pelajar baharu Tingkatan 6 pula akan disalurkan pada Julai 2025.

*Maklumat terperinci berkenaan dengan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan oleh sekolah masing-masing.

Borang Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2025)

Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Umumnya, pihak sekolah hanya akan mengedarkan borang pengesahan seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Rujuk juga : Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut