iBAKIPT: Bantuan Awal Kemasukan IPT Kerajaan Negeri Kedah RM300

iBAKIPT: BANTUAN / SUMBANGAN RM300 DARI KERAJAAN NEGERI KEDAH UNTUK KEMASUKAN PELAJAR KE IPT

Rakyat negeri kedah boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan One-Off Kemasukan Ke IPT ini.

Bantuan One-Off Kemasukan Ke IPT Kerajaan Negeri Kedah 2021 (iBAKIPT)

Sistem Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) dibangunkan untuk memudahkan pengguna membuat permohonan secara online untuk memohon bantuan awal kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi.

Ia diuruskan oleh Seksyen Pembiayaan Negeri Kedah.

ibakipt

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:

  1. Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir atau menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  2. Pemohon telah diterima masuk ke IPT Dalam Negara atau Luar Negara Sepenuh Masa dan telah membuat Pengesahan Pengajian dengan pihak IPT.
  3. Menyambung pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2021 sahaja.
  4. Permohonan hendaklah dibuat bagi kemasukan kali pertama sahaja bagi setiap tahap pengajian.
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat DUN / Penyelaras DUN Kawasan selewat-lewatnya 1 Disember 2021.

Dokumen Sokongan

Dokumen Sokongan yang wajib disediakan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga (Salah seorang sahaja)
  • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan / Pengesahan Pengajian IPT

Baca juga: Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Cara Memohon iBAKIPT 2021

Pengguna boleh mengakses iBAKIPT dimana sahaja dan menjimatkan masa tanpa perlu hadir ke pejabat mengisi atau menghantar borang permohonan.

Berikut adalah modul-modul utama yang ada di
dalam sistem iBAKIPT:-

  1. Log masuk sistem permohonan iBAKIPT
  2. Daftar akaun Pengguna Baru
  3. Isi Maklumat pemohon
  4. Terlupa kata laluan
  5. Kemaskini permohonan

Jumlah Kadar Bantuan iBAKIPT 2021

Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM300.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan : 1 Disember 2021

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web rasmi sebagaimana pautan berikut;
https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt/

Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut, klik Soalan Lazim di bawah:

*Sumber: https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!