Maksud Bacaan Dalam Solat

Maksud bacaan dalam solat merupakan bacaan wajib yang perlu diketahui semua umat Islam yang memenuhi syarat wajib solat. Hal ini demikian kerana, jika anda tidak membaca bacaan ini, solat anda adalah dikira sebagai tidak sah.

Oleh itu, disini kami akan kongsikan kepada anda maksud bacaan-bacaan wajib yang terdapat di dalam solat dalam rumi beserta dengan terjemahannya sebagai panduan anda untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Untuk mengetahui lebih lagi, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Pengenalan

olat merupakan ibadah utama bagi umat Islam di seluruh dunia dan ia dikatakan sebagai tiang agama. Jika solat fardhu itu tidak dijalankan oleh seseorang individu, ibadah lain yang dilakukan juga tidak akan diterima.

Solat ini dari segi bahasa ia bermaksud doa, manakala, dari segi syarak, solat ialah amalan yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Solat fardhu yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam setiap hari ada lima jenis iaitu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Syarat wajib solat juga ada lima:

  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Sempurna pendengaran dan penglihatan (Jika mempunyai salah satu WAJIB baginya untuk melakukan ibadah solat ini)

Bagi individu yang telah memenuhi syarat solat ini anda wajib melaksanakan rukun Islam kedua ini. Jika anda meninggalkannya, hukumnya adalah berdosa besar.

Bagi anda yang telah memenuhi syarat wajib solat, anda perlu melaksanakannya dengan mengikuti rukun solat di bawah, jika anda meninggalkan salah satu perbuatan di bawah solat anda berkemungkinan besar adalah tidak sah:

Rukun solat

Lafaz Niat

Berikut merupakan lafaz niat bagi lima solat fardhu yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam yang memenuhi syarat wajib solat.

NIAT SOLAT SUBUH

اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

 Usolli Fardhal Subhi Rakataini Adaan Lillahi Ta’ala 

Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta’ala

NIAT SOLAT ZOHOR

اُصَلّى فَرْضَ الظُّهْرِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala 

Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

NIAT SOLAT ASAR

صَلّى فَرْضَ الْعَصْر ِاَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Usolli fardol Asri arba’a raka’atin ada’an lillahi taala

Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

NIAT SOLAT MAGHRIB

اُصَلّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala

Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

NIAT SOLAT ISYAK

اُصَلّى فَرْضَ الْعِشَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً ِللهِ تَعَالَى

Usolli Fardol Isya’e Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala

Makna: Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala.

bacaan dalam solat

Maksud Bacaan Dalam Solat

Setelah melafazkan niat solat, anda perlu membaca doa, surah dan zikir di bawah mengikut turutan rukun solat yang diberikan di bahagian sebelum ini. Berikut adalah bacaan-bacaannya:

TAKBIRATUL IHRAM

  • Lafaz takbir dalam solat adalah dibawah Rukun Qauli (Bacaan) di mana ia tidak boleh dibaca dalam hati, dan perlu didengari sekurang-kurangnya oleh telinga kita sendiri.

اللّٰهُ أَكْبَر

‎Allahu Akbar

Makna: Allah Maha Besar

DOA IFTITAH

  • Membaca doa iftitah bukanlah perkara yang ada di dalam rukun solat, namun begitu ia sangat digalakkan. Ia di baca pada rakaat pertama sahaja.
doa-iftitah-bacaan-dalam-solat

Bacaan Rumi:

Allaahu akbaru kabiirawwalhamdu lillaahi katsiiraa. Wa subhaanallaahi bukratawwa aashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatoros samaawaati wal ardha haniifam-muslimaa. Wamaa anaa minal musyrikiin. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

SURAH AL-FATIHAH

  • Seperti takbiratul ihram, surah Al-Fatihah juga berada dalam Rukun Qauli. Jadi pastikan anda membaca surah ini menggunakan mulut sewaktu anda beribadah.
al-fatihah-terjemahan

Bacaan Rumi:

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah hirabbil alamin.

Arrahmanirrahim.

Maliki yaumiddin.

Iyya kana’ budu iyya kanasta ‘in.

Ihdinas sirotol mustaqim.

Sirotollazina an’am ta’alaihim ghairil maghdu bi ‘alaihim waladhollin

RUKUK & IKTIDAL

  • Tasbih rukuk ini perlu di baca sebanyak tiga kali

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Subhaa na rabbiyal a’zimi wabihamdih

Makna: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifat-Nya yang terpuji.

  • Kemudian, bangun daripada rukuk sambil mengucapkan:

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh 

Makna: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya.Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian

Bacaan dalam solat

SUJUD & DUDUK ANTARA DUA SUJUD

  • Seperti tasbih rukuk, tasbih sujud juga perlu dilafazkan sebanyak tiga kali:

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhaa na rabbiyal a’laa wabihamdih

Makna: “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujian-Nya

  • Selepas, bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan) dan lafazkan ayat di bawah:

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

Rabbigfirli, warhamni, wajburni, warfagni, warzuqni, wahdini, wa a’fini, wa’fu anni

Makna: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku”​​.

bacaan-solat-sujud

DOA QUNUT

  • Doa qunut adalah bacaan sunat dalam solat yang sangat digalakkan seperti bacaan doa iftitah:
doa-qunut

Bacaan Rumi:

Allahummah dini fii man hadait,
wa ‘afini fiman ‘afait,
wa tawallani fi man tawallait,
wa barik li fi ma a’thait,
wa qini syarra ma qadhait,
fa innaka taqdhi wa la yuqdha ‘alaik,
wa innahu la yazillu man wa lait,
wa la ya’izzu man ‘adait,
tabarakta rabbana wa ta’alait,
fa lakal hamdu a’la ma qadhait,
wa astagfiruka wa atubu ilaik,
wa shallallahu ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi
wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallam.

TAHIYAT AWAL

  • Tahiyat awal atau Tasyahud awal juga merupakan bacaan yang tidak wajib dibaca tapi sangat digalakkan. Ia dibaca pada rakaat kedua selepas sujud kedua.
tahiyat-awal

Bacaan Rumi:
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad
.

TAHIYAT AKHIR

  • Bacaan tahiyat akhir atau tasyahud akhir juga merupakan Rukun Qauli yang perlu dilafazkan dan didengarkan sekurang-kurangnya pada telinga sendiri.
tahiyat-akhir

Bacaan Rumi:
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidum-majid.

SALAM

  • Selesai membaca tahiyat akhir, palingkan muka anda ke sebelah kanan dan ucapkan: “Assalamualaikum wa rahmatullah”.

Inilah senarai bacaan yang diamalkan dalam solat fardhu dan solat sunat. Diharapkan dengan panduan bacaan ini ia dapat membantu kita dalam menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Baca juga: Solat Subuh : Niat, Bacaan & Panduan Menjalankan Solat

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!