Bacaan Dalam Solat & Makna Bahasa Melayu
Salah satu aspek yang penting dalam kehidupan seorang Muslim adalah pelaksanaan solat. Ia merupakan ibadah yang mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam agama Islam.
Solat bukan sekadar rutin ritual, tetapi juga merupakan “cara komunikasi” secara langsung antara hamba dan Tuhannya.
Dalam setiap rukun solat, terdapat bacaan-bacaan khusus dalam bahasa Arab yang mempunyai makna mendalam.
Untuk memudahkan anda mempelajari memahami maknanya, berikut dikongsikan bacaan dalam solat beserta makna Bahasa Melayunya.
BACA JUGA: Solat Fajar – Niat & Panduan Menunaikannya
Rukun Solat
Terdapat 13 rukun solat yang perlu dilakukan untuk memastikan solat kita sah, iaitu:
1. Berdiri tegak bagi yang mampu. Bagi yang tidak mampu disebabkan oleh keuzuran tertentu, anda boleh melakukan solat secara duduk, berbaring, terlentang, atau dengan menggunakan isyarat.
2. Berniat untuk melakukan solat.
3. Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz “Allahu Akhbar”
4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri.
5. Rukuk dengan tama’ninah. Rukuk adalah perbuatan meletakkan kedua tapak tangan ke lutut sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya.
6. Iktidal adalah perbuatan bangkit daripada rukuk untuk kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja.
7. Sujud dua kali dengan tama’ninah. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki.
8. Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.
9. Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah.
10. Membaca tasyahud/tahiyat akhir.
11. Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir.
12. Memberi salam yang pertama.
13. Tertib iaitu mengerjakan semua rukun solat mengikut turutan.
Bacaan Dalam Solat & Maknanya
Bacaan Takbiratul Ihram
Takbiratul Ihram adalah takbir pembuka yang menandakan permulaan solat. Dengan mengucapkan “Allahu Akbar,” seorang Muslim melepaskan diri dari urusan dunia dan memasuki kehadiran Ilahi yang Maha Besar
الله أكبر
Maksud: “Allah Maha Besar”
Bacaan Doa Iftitah
Doa Iftitah merupakan bacaan yang sunat dibaca sebelum membaca Al-Fatihah.
Maksud: Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Bacaan Surah Al Fatihah
Surah Al-Fatihah adalah surah yang wajib dibaca dalam setiap rakaat solat.
- بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ – Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ – Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam
- الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ – Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
- مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ – Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).
- إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ – Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
- اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ – Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
- صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ – Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.”
Bacaan Rukuk
Maksud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Bacaan Iktidal
Maksud: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Bacaan Sujud
Maksud: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
Maksud: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Bacaan Tahiyat Awal
Maksud: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir
Maksud: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Bacaan Doa Qunut (Solat Subuh)
اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ ,وَ عَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ ,وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ ,وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ ،فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ,وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ ,فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Maksud:
Ya Allah berikanlah kami hidayah sebagaimana mereka yang sudah Engkau beri hidayah.
Dan berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau sudah beri kesihatan.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan.
Dan berilah keberkatan bagiku pada segala apa yang Engkau sudah kurniakan.
Dan lindungi aku dari segala kejahatan yang Engkau sudah pastikan.
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukanya yang kena hukum.
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Dan tidak mulia orang yang mana Engkau memusuhinya.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya.
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Cara Mendapatkan Khusyuk Ketika Solat
Penutup
Dengan memahami makna bacaan dalam solat, ia akan membantu meningkatkan kekhusyukan dan keinsafan dalam setiap gerakan solat yang dilakukan.
Akhir kata, semoga panduan bacaan dalam solat ini dapat membantu anda mengerjakan ibadah solat dengan baik.