Ayat Aktif: Jenis & Contoh Ayat

Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, salah satu ayat yang perlu dikuasai murid adalah Ayat Aktif.

Berikut merupakan maklumat mengenai ayat ini dan jenis serta contoh-contoh ayat.

Maksud Ayat Aktif

Ayat ini ialah ayat yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek.

Ayatnya mestilah mengandungi kata kerja yang berawalan MeN-(me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).

Contoh ayat ini adalah seperti berikut:

  • Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah.
  • Kamu mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar.
  • Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.
  • Ayah membelah kayu api itu.
  • Mereka sedang menganyam tikar mengkuang.

Jenis Ayat Aktif

Ayat ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

  • Transitif
  • Tak Transitif

i) Ayat Aktif Transitif

Ayat ini ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.

Contoh ayat:

  • Emak menanak nasi di dapur – Kata kerja dalam ayat ini ialah menanak yang kemudian diikuti oleh nasi yang merupakan objek.
  • Ahli pengakap telah mendirikan khemah itu – Kata kerja dalam ayat ini ialah mendirikan dan kemudian diikuti dengan khemah yang merupakan objek.

ii) Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat ini ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

Conroh ayat:

  • Anak kecil itu pandai menyanyi – Kata kerja menyanyi tidak disertai objek disebelahnya.
  • Ibunya sedang mandi– Kata kerja mandi tidak disertai dengan objek sebagai penyambut selepasnya.
  • Motosikal itu terjunam ke dalam gaung – Kata kerja terjunam hanya disertai dengan keterangan iaitu ke dalam gaung.

Untuk mendapatkan buku mengenai pembelajaran ini, sila klik Di Sini.

Bantu kami share artikel ini: