Ayam Goreng: Jumlah Kalori & Cara Nikmati Secara Sihat

ayam goreng
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ayam goreng merupakan satu hidangan yang sangat popular tidak kira di mana anda berada. Setiap negara di dunia ini mempunyai versi mereka sendiri bagi hidangan in. Rasanya yang rangup menjadikan ia antara makanan pilihan ramai.

Namun, pernahkah anda terfikir berapa banyak kalori yang terkandung dalam seketul hidangan ini? Jika anda tidak tahu, artikel ini akan menerangkan kandungan kalori dalam hidangan ini, faktor yang mempengaruhi jumlah kalori, dan cara menikmatinya dengan lebih sihat.

Jumlah Kalori

Kandungan kalori bagi hidangan ini bergantung pada bahagian ayam, kaedah penyediaan, dan bahan tambahan seperti tepung atau minyak. Secara purata, berikut adalah anggaran kalori untuk ayam goreng:

  • Paha 100g (bersalut tepung) +/- 260-350 kalori
  • Dada 100g (bersalut tepung) :  +/- 250-300 kalori
  • Sayap 50g (bersalut tepung) : +/- 150-200 kalori
  • Ayam tanpa kulit 100g : 200-250 kalori

Kalori ini boleh meningkat jika ayam goreng yang dihasilkan disalut dengan adunan tepung yang tebal, digoreng dalam minyak yang banyak, atau dihidang dengan sos berkalori tinggi seperti sos cili atau mayonis.

ayam goreng

Sumber: HealthLine

Faktor yang Mempengaruhi Kalori Ayam Goreng

Beberapa faktor memainkan peranan dalam menentukan jumlah kalori dalam ayam goreng:

  1. Bahagian Ayam
    • Bahagian dengan kulit, seperti paha atau sayap, mengandungi lebih banyak lemak dan kalori berbanding bahagian tanpa kulit seperti dada.
  2. Salutan Tepung
    • Ayam yang disalut dengan adunan tepung (contohnya, tepung gandum atau tepung jagung) menyerap lebih banyak minyak semasa menggoreng dan mampu meningkatkan kalori.
  3. Kaedah Menggoreng
    • Menggoreng dalam minyak penuh (deep frying) menghasilkan kalori lebih tinggi berbanding menggoreng cetek (shallow frying) atau menggunakan air fryer.
  4. Sos dan Pelengkap
    • Sos berkrim, sos keju, atau makanan sampingan seperti kentang goreng dan coleslaw boleh menambah ratusan kalori.

Baca juga: Roti Canai : Jumlah Kalori & Cara Menikmati Secara Sihat

Cara Nikmati Ayam Goreng Secara Lebih Sihat

Walaupun ayam goreng tinggi kalori, anda masih boleh menikmatinya dengan cara yang lebih sihat, dengan melakukan perkara berikut:

  1. Buang Kulit Ayam
    • Kulit ayam mengandungi banyak lemak. Membuang kulit ayam boleh mengurangkan kalori sebanyak 50-100 kalori seketul.
  2. Gunakan Air Fryer
    • Menggoreng dengan air fryer mengurangkan penggunaan minyak, menghasilkan ayam goreng yang lebih rendah kalori.
  3. Kurangkan Salutan Tepung
    • Gunakan salutan nipis atau gantikan tepung gandum dengan tepung oat atau tepung badam untuk pilihan yang lebih sihat.
    • Anda juga boleh membuat ayam goreng tanpa menggunakan tepung dengan menggantikannya dengan kunyit dan garam sahaja. 
  4. Tukar Makanan Sampingan
    • Gantikan kentang goreng dengan salad segar atau sayuran kukus untuk hidangan yang lebih seimbang.
  5. Hadkan Penggunaan Sos:
    • Pilih sos rendah kalori seperti sos cili buatan sendiri atau yogurt Greek berbanding mayonis.
ayam goreng

Risiko Makan Secara Belebihan

  • Peningkatan Berat Badan dan Obesiti
    • Ayam goreng ini tinggi kalori, lemak, dan karbohidrat ringkas kerana dibuat dengan tepung gandum halus, minyak, atau ghee. Jika anda makan secara berlebihan ia boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan risiko obesiti.
  • Masalah Jantung dan Kolesterol
    • Lemak tepu dan lemak trans dalam hidangan (terutamanya dari minyak goreng yang digunakan berulang kali) boleh meningkatkan kadar kolesterol LDL yang menyumbang kepada penyakit jantung.
  • Kencing Manis
    • Pengambilan makanan tinggi lemak dan kalori secara berterusan boleh menyebabkan rintangan insulin, meningkatkan risiko diabetes
  • Masalah Pencernaan
    • Kandungannya yang tinggi lemak boleh membebankan sistem pencernaan, menyebabkan rasa kembung atau tidak selesa.
  • Kerosakan Hati
    • Pengambilan lemak berlebihan boleh menyumbang kepada penyakit hati berlemak (fatty liver disease)
  • Hipertensi (Darah Tinggi)
    • Kandungan garam yang tinggi dalam ayam goreng boleh meningkatkan tekanan darah, menambah risiko hipertensi dan strok.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut