Audi Dream Farm, Balik Pulau, Penang adalah antara tempat menarik yang anda boleh kunjungi bila berada di Pulau Pinang. Sejak pembukaannya pada tahun 2023, ladang ini telah berkembang menjadi destinasi eko-pelancongan.
Di sini, pengunjung boleh melihat dan memberi makan haiwan, menikmati kehijauan alam serta merasai suasana kehidupan haiwan di ladang.
Jom baca lebih lanjut mengenai Audi Dream Farm di bawah.
Audi Dream Farm, Penang
Audi Dream Farm adalah merupakan sebuah ladang haiwan yang menempatkan pelbagai jenis haiwan jinak seperti rusa, kambing, arnab dan sebagainya. Ia merupakan salah satu projek di bawah Audi Jaya Holdings.
Ladang ini menawarkan persekitaran yang mesra kanak-kanak dan menekankan interaksi yang menyeronokkan bersama haiwan-haiwan yang ada di sini. Sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga ataupun lawatan sekolah!
Audi Dream Farm bukan sahaja menawarkan pengalaman yang menyeronokkan bersama haiwan tetapi juga memberi pendidikan secara tidak langsung kepada pengunjung terutamanya pelajar tadika dan sekolah rendah mengenai kehidupan haiwan di ladang.
Lokasi & Waktu Operasi
Alamat: Audi dreamfarm 145, MK B, Sg.Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia.
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 AM-6 PM
Untuk pengalaman yang optimal, pengunjung disarankan untuk merancang lawatan mereka sekurang-kurangnya 3-4 jam untuk menikmati semua aktiviti yang ditawarkan.
Bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam program khas seperti bengkel pertanian atau sesi memasak menggunakan bahan-bahan segar dari ladang, pastikan anda tempah sesi lebih awal.
BACA JUGA: Food Hunting Di Penang: 20+ Pilihan Tempat Makan Terbaik!
Cara ke Audi Dream Farm
Untuk sampai ke Audi Dream Farm, anda boleh menaiki kereta dari George Town. Perjalanan biasanya mengambil masa sekitar 45 minit melalui Jalan Balik Pulau.
Selain itu, anda juga menaiki bas dari KOMTAR ke Balik Pulau dan berhenti di perhentian bas yang berhampiran dengan ladang. Kemudian, dari situ, anda boleh mengambil teksi tempatan atau perkhidmatan e-hailing untuk ke ladang.
Harga Tiket Masuk
Audi Dream Farm menawarkan beberapa pilihan pakej untuk memenuhi keperluan pengunjung yang berbeza.
Harga tiket masuk asas untuk warganegara adalah seperti berikut:
- Dewasa: RM15
- Kanak-kanak (3-11 tahun): RM5
- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM5
- Kanak-kanak di bawah 3 tahun/OKU: Percuma
Selain tiket masuk asas, Audi Dream Farm juga menawarkan pakej khas untuk keluarga dan kumpulan.
1. Tiket Masuk Individu dengan Pakej Memberi Makan Haiwan
- Dewasa: RM33/pax
- Kanak-kanak (3-11 tahun): RM30/pax
- Warga Emas (60+ tahun): RM30/pax
Pakej termasuk:
- Tiket masuk
- 1 bakul makanan haiwan
2. Family Farm Tour (4 orang)
- RM250 setiap keluarga (4 orang)
- Tambahan:
- Kanak-kanak (3-11 tahun): RM40/pax
- Dewasa: RM60/pax
- Warga Emas (60+ tahun): RM40/pax
Pakej termasuk:
- Tiket masuk
- Aktiviti (menjala ikan)
- 2 bakul makanan haiwan
- Makan tengah hari buatan sendiri (homemade)
- Perkhidmatan pemandu pelancong
3. Lawatan Tadika – 15 orang:
Harga perlu dibincangkan dengan PIC (Person In Charge). Hubungi: https://wa.me/60124999099
Pakej termasuk:
- Tiket masuk
- Aktiviti (menanam, menjala ikan)
- Memberi makan haiwan
- Makan tengah hari buatan sendiri (homemade)
- Perkhidmatan pemandu pelancong
BACA JUGA: Tiket Escape Penang: Harga Tiket & Cara Pembelian Tahun 2025
Cara Beli Tiket Masuk Audi Dream Farm
Tiket masuk boleh dibeli melalui laman web rasmi Audi Dream Farm di pautan berikut: https://audipenang.com/tickets/
Selain itu, anda juga boleh membeli tiket masuk di kaunter tiket jika anda hanya memerlukan tiket masuk biasa tanpa perkhidmatan tambahan.
Anda juga boleh membeli tiket masuk ke Audi Dream Farm ini melalui platform KLOOK. Taip Audi Dream Farm dalam kotak carian di bawah dan klik Search untuk dapatkan harga istimewa.
Klook.comApa yang Menarik di Audi Dream Farm?
Audi Dream Farm menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan pengalaman menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antaranya ialah:
1. Peluang Berinteraksi Mesra Dengan Haiwan
Pengunjung boleh berinteraksi bersama haiwan-haiwan yang ada di sini dengan selamat dan penuh keseronokkan.
Kanak-kanak boleh mendekati, membelai dan memberi makan kepada pelbagai jenis haiwan seperti rusa, kambing, arnab, unta, kuda dan banyak lagi.
2. Memberi Makan Haiwan
Pengunjung juga boleh membeli makanan haiwan yang dijual di sini untuk memberi haiwan makan. Satu bakal makanan haiwan berharga RM20 dan berisi pelbagai jenis sayuran serta makanan haiwan.
3. Aktiviti Menanam
Selain aktiviti bersama haiwan, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti menanam pokok bersama-sama staf yang mahir.
Setelah selesai, anda boleh membawa pulang tanaman anda dan dibekalkan dengan arahan penjagaan bagi menggalakkan anda untuk terus memelihara tumbuhan tersebut.
4. Lawatan Berpandu
Untuk lawatan berkumpulan (15 orang atau lebih), Audi Dream Farm menawarkan pakej eksklusif dengan lawatan berpandu yang mempamerkan kepelbagaian flora dan fauna ladang.
5. Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak
Audi Dream Farm menawarkan pakej istimewa untuk sambutan hari jadi kanak-kanak. Pakej ini termasuk tunggangan kuda poni percuma, makanan dan pelbagai faedah lain untuk menjadikan hari istimewa anak anda lebih bermakna.
6. Audi Cafe
Dah penat ronda sekeliling mestilah hauskan. Anda boleh menikmati minuman sejuk di kafe yang disediakan di sini. Ada beberapa pilihan miniman yang anda boleh pilih.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Audi Dream Farm di pautan berikut: https://audipenang.com/
- Instagram: audi_dream_farm
- Facebook: Audi Dream Farm