Ramai orang nak tahu cara langgan Astro Njoi sebab ia adalah lebih murah dan menjimatkan berbanding pakej Astro yang biasa.
Lagi satu, langganan Njoi ini hanya mengenakan sekali caj sahaja iaitu untuk pemasangan dan dekoder.
Ini bermaksud, kita cuma perlu bayar ketika mula melanggan.
Tiada caj bulanan dikenakan dan kita pun tidak terikat dengan apa-apa kontrak selepas itu.
Kita juga boleh tambah channel yang kita nak tengok secara prabayar.
Menarik juga kan?
Jadi, jom ketahui lebih lanjut tentangnya.
Baca juga: Cara Melanggan Netflix Malaysia
Apakah Astro Njoi?
Dilancarkan sejak tahun 2011, Njoi adalah perkhidmatan TV satelit percuma yang pertama di Malaysia.
Melalui TV satelit percuma ini, para pelanggan akan memiliki akses kepada lebih 48 saluran TV dan radio tanpa sebarang kontrak atau komitmen bulanan.
Berikut adalah saluran yang ditawarkan melalui Njoi:
Harga Astro Njoi Terkini 2020 / 2021
Menurut iklan terkini di laman web rasmi Astro, harga Njoi ialah RM399 termasuk pealatan dan pemasangan serta RM20 baucar prabayar.
Dalam tempoh promosi ini, anda juga berpeluang mendapatkan RM30 kredit percuma.
Baca juga: Pendaftaran SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2020
Cara Melanggan
Untuk melanggan atau membuat pembelian, sila ikuti langkah berikut:
- Layari laman web rasmi di pautan ini: di astro.com.my/njoi
- Anda boleh memilih sama ada untuk berkunjung ke dealer terdekat anda atau mendaftar secara online.
- Untuk melihat senarai dealer terdekat, sila klik ‘Lokasi’ pada bahagian atas pilihan menu.
- Pilih negeri anda menetap dan cari dealer yang berdekatan anda.
- Pergi ke sana atau telefon nombor yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut secara terus daripada mereka.
- Anda juga boleh membuat pesanan online dengan menekan butang ‘Pembelian’.
- Sila login dan daftar sebagai pengguna Astro terlebih dahulu.
- Kemudian isikan maklumat yang perlu dilengkapkan dalam borang berkenaan.
- Anda kemudiannya akan dihubungi oleh pihak Astro untuk menetapkan temujanji pemasangan Njoi di rumah anda.
Baca juga: Cara Daftar SSM Online Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Astro di talian +603 9543 3838 atau Whatsapp pada nombor tersebut.
Anda juga boleh menghubungi pihak Astro melalui media sosial Facebook atau Twitter.