Asmaul Husna – 99 Nama Allah Beserta Maknanya

asmaul husna
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dalam agama Islam, Asmaul Husna merujuk kepada 99 nama Allah S.W.T yang ditemui dalam Al-Quran. Nama-nama ini mempunya erti yang baik, mulia, agung dan bersesuaian dengan sifat-sifat yang dimiliki-Nya.

Sebagai umat Islam kita sangat digalakkan untuk mengetahui nama-nama Allah ini, kerana melalui cara ini, kita juga akan memahami yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang seterusnya mampu mendekatkan kita kepada agama.

Oleh itu, bagi anda yang ingin mempelajari tentang nama-nama Allah beserta maknannya. Pastikan anda terus membaca artikel ini, sehingga ke penghujung artikel. Diharapkan artikel ini dapat membantu kita menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

Apa itu Asmaul Husna?

Seperti yang dinyatakan di bahagian awal, Asmaul Husna merupakan 99 Nama Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Nama-nama ini merujuk kepada keagungan, kemulian dan sifat-sifat Allah.

Sebagai umat Islam, sangat penting untuk kita mengetahui dan memahami erti nama-nama Allah S.W.T ini. Perkara ini telah disebut dalam beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis seperti berikut:

Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” 

Surah Al Israa’: 110

Dari Abu Huraira R.A.:

Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” 

Sahih Bukhari

99 Nama Allah S.W.T Beserta Makna

Berikut merupakan 99 nama Allah S.W.T beserta bacaan rumi dan makna nama-nama tersebut. Diharapkan jadual ini dapat membantu anda memahami kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T:

ASMAUL HUSNABACAAN RUMIMAKSUD NAMA
اللهAllahAllah
الرحمنal-RaḥmanYang Maha PPengasih
الرحيمal-RaḥimYang Maha Penyayang
الملكal-MalikYang Maha Berkuasa
القدوسal-QuddusYang Maha Suci
السلامal-SalamYang Maha Sejahtera
المؤمنal-MukminYang Maha Mengamankan
المهيمنal-MuhaiminYang Maha Mengawal
العزيزal-AzizYang Maha Berkuasa dan Perkasa
الجبارal-JabbarYang Maha Perkasa
المتكبرal-MutakabbirYang Maha Memiliki Segala Kebesaran
الخالقal-KhaliqYang Maha Pencipta Sekalian Makhluk
البارئal-BarikYang Maha Pencipta Makhluk
المصورal-MuṣawwirYang Maha Menjadikan Rupa Bentuk
الغفارal-GhaffarYang Maha Mengampuni
القهارal-QahharYang Maha Gagah Perkasa
الوهابal-WahhabYang Maha Pemberi
الرزاقal-RazzaqYang Maha Memberi Rezeki
الفتاحal-FattaḥYang Maha Pembuka
العليمal-AlimYang Maha Mengetahui
القابضal-QabiḍYang Maha Pengekang
الباسطal-BasiṭYang Maha Melapangkan
الخافضal-KhafiḍYang Maha Merendahkan Darjat Seseorang
الرافعal-RafikYang Maha Meninggi­kan Darjat
المعزal-MuizYang Maha Memuliakan
المذلal-MuzilYang Maha Menghina Musuh-Nya
السميعal-SamikYang Maha Mendengar
البصيرal-BaṣirYang Maha Melihat
الحكمal-ḤakamYang Maha Menentukan Hu­kum­­an
العدلal-AdlYang Maha Adil
اللطيفal-LaṭifYang Maha Lemah Lembut dan Menge­tahui Segala Sesuatu Sehalus-halusnya
الخبيرal-KhabirYang Maha Sedia Mengetahui
الحليمal-ḤalimYang Maha Penyantun dan Pe­nya­bar
العظيمal-AẓimYang Maha Agung
الغفورal-GhafurYang Maha Sedia Mengampuni
الشكورal-SyakurYang Maha Meng­gandakan Balasan
العليal-AliYang Maha Tinggi (Luhur)
الكبيرal-KabirMaha Besar
الحفيظal-ḤafiẓYang Maha Memelihara
المقيتal-MuqitYang Maha Menyediakan Segala Keperluan Makhluk-Nya
الحسيبal-ḤasibYang Maha Menghitung Amalan Makhluk
الجليلal-JalilYang Maha Memiliki Sifat Ke­agung­an Yang Tiada Pada Makhluk
الكريمal-KarimYang Maha Mulia dan Sedia Mem­beri
الرقيبal-RaqibYang Maha Mengawasi
المجيبal-MujibYang Maha Memakbulkan
الواسعal-WasikYang Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya
الحكيمal-ḤakimYang Maha Bijaksana
الودودal-WadudYang Maha Mengasihi orang yang beriman kepada-Nya
المجيدal-MajidYang Maha Sempurna
الباعثal-BaisYang Membangkitkan Manusia
الشهيدal-SyahidYang Maha Me­nyak­sikan Segala Kebenaran
الحقal-ḤaqYang Maha Benar
الوكيلal-WakilYang Maha Pelindung
القويal-QawiYang Maha Berkuasa
المتينal-MatinYang Maha Teguh Kekuatan-Nya
الوليal-WaliYang Maha Memberikan Per­tolong­an
الحميدal-ḤamidYang Maha Layak Menerima Pujian
المحصيal-MuḥṣiYang Maha Mengira
المبدئal-MubdikYang Maha Memulakan Sesuatu
المعيدal-MuidYang Maha Mengem­balikan Ciptaan-Nya
المحييal-MuḥyiYang Maha Menghidupkan
المميتal-MumitYang Maha Mematikan
الحيal-ḤaiYang Maha Hidup
القيومal-QayyumYang Maha Berdiri Sendiri
الواجدal-WajidYang Maha Memperoleh Segala Sesuatu Yang Dikehendaki-Nya
الماجدal-MajidYang Maha Dimulia­kan
الواحدal-WaḥidYang Maha Esa
الأحد Al-AḥadYang Maha Tunggal
الصمدal-ṢamadYang Kekal dan Men­jadi Tempat Bergantung Sekalian Makhluk
القادرal-QadirYang Maha Berkuasa
المقتدرal-MuqtadirYang Maha Berkuasa Me­nentu­kan Sesuatu
المقدمal-MuqaddimYang Memulakan Wujudnya Sesuatu
المؤخرal-MuakhirYang Mentak­hir­kan Wujudnya Sesuatu
الأولal-AwwalYang Awal dan Tiada Permulaan
الآخرal-AkhirYang Akhir dan Tiada Kesudahan
الظاهرal-ẒahirYang Menzahirkan Kewujudan
الباطنal-BaṭinYang Menyembunyikan Kewujud­an
الواليal-WaliYang Maha Memiliki dan Meme­rintah Segala Sesuatu
المتعاليal-MutaaliYang Maha Tinggi dan Suci
البرal-BarYang Menjadi Sumber Kebaikan
التوابal-TawwabYang Sentiasa Menerima Taubat
المنتقمal-MuntaqimYang Membalas Dengan Seksa
العفوal-‘AfuYang Maha Pemaaf
الرؤوفal-RaufYang Maha Pemberi Kasih Sayang
مالك الملكMalik al-MulkPemilik Mutlak Segala Kekuasaan
ذو الجلال والإكرامZu al-Jalal wa al-IkramYang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan
المقسطal-MuqsiṭYang Maha Adil dan Saksama
الجامعal-JamikYang Maha Penghim­pun
الغنيal-GhaniYang Maha Kaya dan Tidak Me­mer­lukan Sesuatu Apa-apa pun
المغنيal-MughniYang Maha Mengayakan Ma­k­h­luk Sehingga Tidak Memerlukan Apa-apa
المانعal-ManikYang Maha Menegah dan Menolak
الضارal-ḌarYang Mendatangkan Kemudaratan
النافعal-NafikYang Memberikan Ke­bai­kan dan Kemanfaatan
النورal-NurCahaya Yang Menerangi
الهاديal-HadiYang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya
البديعal-BadikYang Maha Mencipta­kan Sesuatu yang sebelumnya tiada
الباقيal-BaqiYang Berkekalan
الوارثal-WarisYang Kekal Memu­sakai
الرشيدal-RasyidYang Memberi Pe­tun­juk Kepada Kebenaran
الصبورal-ṢaburYang Maha Penyabar
asmaul husna
Sumber: Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa

Dapatkan frame Khat 99 nama Allah S.W.T ini sebagai hiasan rumah anda dengan harga yang murah dan berpatutan.

Jom Hafalkan!

Untuk memudahkan penghafalan Asmaul Husna ini, anda juga boleh mendengarkan bacaan nama-nama Allah ini melalui video di bawah:

Baca juga: Surah Pendek Mudah Hafal Beserta Bacaan Rumi & Makna

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut