Apakah perbezaan asam keping dan asam jawa dalam masakan? Bagaimanakah pula proses pengolahan buah asam gelegur menjadi produk asam keping?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat asam keping dan cara pembuatannya di rumah.
Baca juga:
Apa itu asam keping?
Asam keping atau juga dikenali sebagai asam gelugar sangat sinonim dalam penggunaan masakan masyarakat Melayu. Buah ini berasal dari pokok asam gelugur yang mempunyai silara berbentuk seperti kon.
Pokok ini biasanya banyak tumbuh meliar di hutan tanah pamah hingga berbukit serta perkarangan rumah.
Bukan sahaja buahnya mempunyai manfaat, bahagian daun dan pucuknya juga boleh digunakan dala perubatan.
Daunnya lazim digunakan sebagai satu daripada ramuan untuk bertangas, barut perut, lulur badan dan pelapik tungku.
Dalam perubatan tradisional Orang Asli, air rebusan daun diminum untuk merawat lelah dan melegakan batuk kering atau dijadikan mandian untuk meredakan demam dan demam kuning.
Selain itu, air rebusan atau rendaman asam keping dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi oleh masyarakat Orang Asli dan Melayu.
Pucuknya yang mempunyai rasa masam-masam lemak popular dijadikan ulaman. Amalan pemakanan ini dapat mengawal paras glukosa dalam darah.
Selain manfaatnya dalam bidang perubatan, asam ini juga sering digunakan dalam masakan seperti masak lemak cili padi, kari, asam pedas dan laksa. Rasanya yang masam sangat sesuai dijadikan pengganti asam jawa dalam masakan.
Fakta kandungan nutrisi
Setiap 100 gram asam keping mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
- Air: 28.3 g
- Tenaga: 255 kcal
- Protein: 2.52 g
- Jumlah lemak: 0.57 g
- Karbohidrat: 66.2 g
- Serat: 4.6 g
- Gula: 44.9 g
- Kalsium: 67 mg
- Zat besi: 2.52 mg
- Magnesium: 83 mg
- Fosforus: 102 mg
- Kalium: 565 mg
- Zink: 0.09 mg
- Kuprum: 0.078 mg
- Selenium: 1.2 µg
- Vitamin C: 0.6 mg
- Thiamin: 0.27 mg
- Riboflavin: 0.125 mg
- Vitamin E: 0.09 mg
Cara membuat asam keping sendiri
Dengar kata asam keping semakin mahal hari ini? Apa kata kalau anda cuba buat asam ini sendiri di rumah. Kami kongsikan kaedah yang paling ringkas dan mudah untuk anda cuba.
- Pilih buah asam gelugur yang besar dan matang (warna hijau). Jangan pilih buah yang sudah masak atau yang berwarna kuning. Ianya kerana ia akan menghasilkan warna asam keping yang lebih gelap.
- Kemudian, buah tersebut dan keringkan seketika.
- Hiris nipis buah asam gelugur untuk memudahkan ia cepat kering apabila dijemur nanti.
- Apabila siap dipotong, jemur buah tersebut di bawah cahaya matahari terik selama 3-4 hari atau apabila ia benar-benar cukup kering.
- Masukkan asam keping tersebut dalam bekas tertutup dan simpankannya dalam peti ais untuk tahan lebih lama dan kekal cantik warnanya. Elak dari terkena air atau permukaan yang basah.
Khasiat dan manfaat
Terdapat banyak khasiat asam kepada kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiatnya:
1. Meningkatkan kesihatan jantung
Seperti kebanyakkan buah-buahan yang berwarna gelap, asam kaya dengan polifenol dan flavonoid.
Nutrien ini memberikan kesan positif terhadap tahap kolesterol seseorang yang mana ia boleh membantu dalam pemecahan dan pengambilan kolesterol LDL dalam darah dan meningkatkan kolesterol HDL.
Keseimbangan kedua-dua jenis kolesterol ini boleh menjana kesihatan kardiovaskular secara keseluruhannya.
2. Kesan anti-kanser
Antioksidan adalah bahan yang boleh menghalang kerosakan sel. Ia mengatasi kesan radikal bebas yang terlibat dalam perubahan selular sehingga menyebabkan kanser.
Dalam satu kajian, ekstrak asam boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh kanser sel buah pinggang.
3. Kesan anti-radang
Kesan anti-radang yang terkandung dalam asam boleh digunakan sebagai analgesik topikal untuk merawat luka. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kesakitan di sekeliling luka.
4. Meningkatkan kesihatan hati
Dalam ubat-ubatan tradisional, asam dianggap sebagai ubat yang boleh meningkatkan kesihatan hati.
Kesan segera pengambilan asam berupaya melegakan senak dan loya serta kesan positif kepada kesihatan hati.
Asam mengandungi antioksidan yang dipanggil procyanidins, dan pakar percaya ia melindungi hati dan melawan penyakit hati berlemak.
5. Menangani masalah penghadaman
Oleh kerana kandungan seratnya yang tinggi, asam bertindak sebagai ubat julap semula jadi.
Dipercayai bahawa ia mampu untuk meningkatkan kecekapan sistem pencernaan. Serat misalnya boleh memudahkan pergerakan najis melalui saluran usus.
Ia mempunyai keupayaan untuk merangsang aktiviti hempedu melarutkan makanan dengan lebih cepat dengan jus gastrik.
Beza asam jawa dan asam keping
Asam jawa umumnya digunakan untuk menggantikan asam keping. Apabila membuat sambal tumis untuk nasi lemak, biasanya penggunaan asam jawa lebih sesuai.
Walaupun kedua-duanya adalah agen masam tetapi rasanya agak berbeza sedikit. Rasa asam keping lebih tajam manakala asam jawa mempunyai raa yang lebih manis.
Bahkan, bezanya lagi kedua-duanya asam ini juga berasal dari pokok yang berbeza. Anda juga hanya boleh dapatkan asam jawa dalma bentuk pes manakal asam keping dalam bentuk hirisan nipis.
Bagi yang ingin sesuatu yang ringkas dan segara, asam keping boleh terus digunakan dalam masakan. Sedangkan untu menggunakan asam jawa, anda perlu mencairkannya terlebih dahulu.
Cara memilih asam keping yang segar
Asam keping yang berkualiti dan segar biasanya lebih ringan, lembut, dan berwarna agak cerah sedikit.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat asam keping dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Asam Keping / Asam Gelugur / Tamarind Slice. New Malaysian Kitchen
- The Medicinal Properties of Tropical Fruit ‘Asam Keping’. Asia Research News