Arah Mata Angin: Maksud & Cara Penentuan

arah mata angin
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Arah mata angin merupakan perkara penting bagi memandu seseorang untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Sebagai contoh di dalam peta, arah yang tepat adalah penting bagi seseorang yang menggunakan peta untuk sampai ke tempat yang dituju.

Maksud Arah

Arah ialah kedudukan sesuatu tempat atau objek dari tempat yang lain dan ianya dapat ditentukan berpandukan:

  • Arah matahari terbit dan terbenam
  • Kedudukan bintang-bintang pada waktu malam
  • Arah mata angin
  • Kompas magnetik

Mengenai Arah Mata Angin

Terdapat lapan arah mata angin, iaitu empat merupakan utama dan empat perantaraan.

Empat arah mata angin utama ialah:

  • Utara (U)
  • Selatan (S)
  • Timur (T)
  • Barat (B)

Di antara keempat-empat arah mata angin utama, terdapat empat arah mata angin perantaraan, iaitu:

  • Timur laut di antara utara dengan timur
  • Tenggara di antara timur dengan selatan
  • Barat daya di antara selatan dengan barat
  • Barat laut di antara barat dengan utara

Arah Angin Peta Malaysia

Untuk mengetahui kedudukan peta Malaysia berdasarkan arah angin, sila rujuk kepada peta di bawah:

Cara Penentuan

Terdapat beberapa cara penentuan arah angin yang boleh ditentukan menerusi cara berikut:

i) Matahari

  1. Berdiri di kawasan lapang dengan mendepakan tangan anda.
  2. Tangan kanan anda perlu menghala ke arah matahari terbit, iaitu timur.
  3. Tangan kiri anda pula menghala ke arah matahari terbenam, iaitu barat.
  4. Oleh itu arah di hadapan anda ialah utara, manakala belakang anda ialah selatan.

ii) Kompas

  1. Pilih satu tempat sebagai titik rujukan. Pada tempat tersebut, halakan pandangan anda ke Kompas yang telah diorientasikan Letakkan kompas di pemukaan yang rata. arah objek yang hendak ditentukan arahnya.
  2. Letakkan kompas di pemukaan yang rata. arah objek yang hendak ditentukan arahnya. Baca arah objek tersebut seperti yang tercatat pada permukaan kompas Berdasarkan rajah, arah pokok dari stesen pemerhati ialah timur. Kemudian, orientasikan kompas dengan memusingkan kompas secara perlahan-lahan sehingga jarumnya nienghala ke arah utara.
  3. Halakan pandangan mata ke arah objek yang hendak ditentukan arahnya.
  4. Baca arah objek tersebut seperti yang tercatat pada permukaan kompas Berdasarkan rajah, arah pokok dari stesen pemerhati ialah timur.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai arah angin ini boleh dilihat melalui video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=I_jRWSMVxuQ.

Baca juga: Koleksi Peta Malaysia Yang Boleh Dimuat Turun

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut