Apa Itu AI, Contoh Teknologi dan Penggunaan di Malaysia

AI merupakan singkatan kepada Artificial Intelligence iaitu kemampuan mesin atau komputer untuk meniru tingkah laku serta pemikiran manusia.

AI juga dikenali sebagai kecerdasan buatan dalam Bahasa Melayu dan telah menjadi satu cabang sains yang mendapat perhatian di Malaysia sejak beberapa tahun ini.

Ia juga dilihat sangat penting dan merupakan antara keperluan masyarakat masa kini untuk terus bersaing dalam era digital.

Sebuah laporan daripada Harvard Business Review turut menyatakan bahawa teknologi AI kini banyak membantu perusahaan serta syarikat dalam membuat keputusan.

Persoalannya, apa itu AI dan apakah contoh teknologi yang boleh kita lihat pada masa kini?

Apa Itu AI dan Contoh Teknologi

Secara konsepnya, AI dibangunkan dengan melatih serta memasukkan input tertentu seperti data dan ribuan percubaan ke dalam mesin atau komputer.

Dengan maklumat yang dimiliki, mesin atau komputer tersebut dapat mempelajari kaedah untuk menyelesaikan masalah dengan mudah dan pantas.

Sebagai contoh, mesin deposit wang sebelum ini hanya mampu mengesan wang dalam jumlah tertentu.

Namun, dengan beberapa modifikasi dan penaiktarafan menerusi teknologi AI, ia juga mampu untuk mengenalpasti ketulenan wang serta yang telah dimasukkan oleh pengguna.

Antara contoh teknologi yang boleh dilihat dalam penggunaan AI adalah :

1. Pembantu Maya (Virtual Assistant)

Google Assistant dan Siri merupakan antara contoh AI yang boleh memberikan jawapan, cadangan serta menguruskan jadual dengan pantas.

Pembantu maya ini juga turut disertakan dalam telefon bimbit sebagai salah satu aplikasi utama bagi membantu pengguna menguruskan aktiviti harian mereka.

apa itu ai

2. Sistem Pengesanan Wajah

Teknologi ini membolehkan telefon pintar serta mesin pengimbas wajah untuk mengenalpasti muka.

3. Pemanduan Autonomi

Dengan kemajuan teknologi AI, kini kereta tanpa pemandu boleh dilihat di jalan raya. Ia boleh dipandu secara automatik dengan bantuan AI bagi mengesan jalan, mengelak halangan serta membuat keputusan ketika memandu.

4. Terjemahan Bahasa

AI dilatih dengan beribu-ribu data serta dokumen dalam pelbagai bahasa bagi menterjemah teks secara automatik.

Alat terjemahan seperti Google Translate dalam membantu menyediakan terjemahan dalam bentuk teks, imej mahupun suara.

5. Penghasilan Teks dan Visual  

Terdapat beberapa aplikasi AI yang popular pada masa kini bagi membantu orang menghasilkan teks serta visual dengan mudah.

Sebagai contoh ChatGPT dan Google Gemini telah membantu jutaan pengguna untuk hasilkan teks secara terperinci mengikut permintaan pengguna.

Luma AI dan PopAI pula berupaya menghasilkan imej serta video dengan mudah. Pengguna hanya perlu meletakkan penjelasan atau sediakan rujukan tertentu.

apa itu ai
Sumber : givemetools.com

Penggunaan AI di Malaysia

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah berkongsikan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan (AI) serta beberapa inisiatif bagi membantu pembangunan teknologi di Malaysia.  

Pelan Hala Tuju AI (AI-Rmap) ini bakal dijadikan dokumen rujukan bagi memacu teknologi khusus, sistem pintar canggih serta analitik tambahan dalam lima bidang keutamaan negara iaitu :

a. Pertanian & Perhutanan

b. Perubatan & Penjagaan Kesihatan

c. Bandar Pintar & Pengangkutan

d. Pendidikan

e. Perkhidmatan awam

Di Malaysia, antara kaedah pengaplikasian yang bakal diterapkan adalah penilaian automatik dalam bidang pendidikan bagi memudahkan keputusan pelajar dimuat naik oleh guru dan memudahkan rujukan pelajar.

Dalam bidang perubatan pula, AI berpotensi dalam membantu menguruskan rekod pesakit dan memudahkan pencarian data.

Sumber : sciencefriday.com

Sekarang, anda sudah kenali apa itu AI dan peranannya dalam aktiviti harian manusia.

Teknologi ini mempunyai potensi yang tinggi dan perlu diteroka sebaiknya agar ia mampu memberi manfaat kepada semua.

Dengan memanfaatkan AI, ia diharap dapat memberikan impak positif kepada perkembangan negara serta dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat untuk menjadi masyarakat berdaya saing.

Sumber : MOSTI, Astro Awani, Harian Metro, digitalservices.oum.edu.my

Baca Juga : Maksud STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik

Bantu kami share artikel ini: