Anugerah Perkhidmatan Cemerlang: Kelayakan & Insentif

Untuk menghargai prestasi kerja penjawat awam di Malaysia, kerajaan mewujudkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) khusus kepada penjawat awam yang layak.

Penganugerahan anugerah ini selaras dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap
pegawai perkhidmatan awam yang cemerlang.

Mengenai APC

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC merupakan anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Ini bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan para pegawai berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada pegawai yang lain untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Dasar Pemberian APC

Bilangan keseluruhan penerima APC bagi setiap agensi hendaklah:

  • Tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian.
  • Had maksimum penerima PPC tidak boleh melebihi 3/8 daripada jumlah keseluruhan penerima APC.

Kelayakan Penerima APC

Kelayakan untuk penerima APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian layak untuk menerima anugerah tersebut.

Asas Pertimbangan

Asas petimbangan bagi pemberian APC adalah seperti berikut:

  • Memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas.
  • Bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian.

Pemberian Insentif

Bagi penjawat awam yang layak menerima APC, mereka akan menerima insentif seperti:

  • Sijil Perkhidmatan Cemerlang.
  • Wang Tunai atau Sijil/Skim Simpanan bernilai RM1,000.00 (Contoh: Sijil Simpanan Premium atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional).

Carta Alir Pemberian APC

Carta alir pemberian APC adalah seperti berikut:

Sumber: https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/UP/Pengiktirafan/12/

Baca juga: GCPC: Permohonan Guru Cemerlang Pensyarah Cemerlang 2024

Bantu kami share artikel ini: