Anugerah Melodi Terhangat 2025 – Artis Tercalon & Cara Mengundi
Setelah sembilan tahun menyepi, akhirnya Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) kembali lagi!
Anugerah Melodi Terhangat 2025 kini kembali dengan penuh gaya, membawa nafas baharu yang lebih relevan dan segar untuk peminat hiburan tanah air.
Tahun ini, AMT2025 bukan sekadar acara anugerah biasa tetapi satu fenomena yang mengangkat selebriti, personaliti internet dan momen viral ke pentas utama.
Ini seiring perubahan landskap hiburan Malaysia yang kini didominasi oleh platform digital dan media sosial.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Anugerah Melodi Terhangat 2025.
Anugerah Melodi Terhangat 2025
Anugerah Melodi Terhangat merupakan sebuah acara anugerah hiburan ikonik negara yang meraikan kejayaan selebriti dan personaliti yang berjaya mencipta impak luar biasa dalam industri hiburan.
Majlis penghargaan ini dianjurkan oleh program hiburan popular TV3, iaitu Melodi. Acara ini memberi pengiktirafan kepada artis tempatan yang mendapat perhatian luar biasa di media sosial, carta-carta lagu, dan juga persembahan pentas sepanjang tahun.
Ia bukan sekadar pengiktirafan dari industri, tetapi juga melibatkan undian peminat. Ini menjadikan ia platform untuk menghargai mereka yang mencipta momen viral, memiliki aura tersendiri dan kekal relevan dalam dunia hiburan yang sentiasa berubah.
Artis Tercalon
Tahun ini, senarai ‘Top 10’ pencalonan awal menampilkan nama-nama besar seperti Aina Abdul, Ernie Zakri, Neelofa, Yuna, Khairul Aming, Sarimah Ibrahim, Zahiril Adzim, Puteri Balqis, Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Mahir, Ayda Jebat, Hael Husaini, Dolla, Khai dan ramai lagi.
Setiap calon membawa keunikan tersendiri, sama ada dalam bidang muzik, lakonan, mahupun sebagai personaliti digital yang menggegar media sosial.
Berikut ialah artis -artis yang tersenarai dalam ‘Top 10’ pencalonan awal untuk beberapa kategori utama:
TOP 10 CALON SELEBRITI DRAMA SANGAT TERHANGAT
TOP 10 CALON TONTON ORIGINAL TERHANGAT
TOP 10 CALON SELEBRITI IKON TERHANGAT
TOP 10 CALON COUPLE GOALS TERHANGAT
TOP 10 CALON SELEBRITI MASKULIN TERHANGAT
TOP 10 CALON SELEBRITI FEMININ TERHANGAT
TOP 10 CALON SELEBRITI MUZIK PALING ONZ & TERHANGAT
TOP 10 CALON SELEBRITI TRENDING TERHANGAT
TOP 10 CALON SELEBRITI STAILO TERHANGAT
TOP 10 CALON SELEBRITI NEWCOMER TERHANGAT
12 Kategori Utama Dipertandingkan
Tahun ini, sebanyak 12 kategori utama akan dipertandingkan, iaitu:
- Selebriti Drama Sangat Terhangat
- Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat
- Selebriti Trending Terhangat
- Selebriti Ikon Terhangat (Dikuasai oleh Samsung Galaxy)
- Selebriti Couple Goals Terhangat
- Selebriti Maskulin Terhangat
- Selebriti Feminin Terhangat
- Selebriti Stailo Terhangat
- Selebriti Newcomer Terhangat
- Tonton Original Terhangat
- Anugerah Melodi Terhangat (Ultimate Award)
- Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar
Tarikh Undian Rasmi Dibuka
Undian rasmi untuk semua kategori Anugerah Melodi Terhangat 2025 telah dibuka bermula 5 Julai hingga 31 Julai 2025.
Inilah peluang para peminat untuk menentukan siapa yang layak membawa pulang trofi kemenangan. Undian boleh dilakukan setiap hari, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyokong artis kegemaran anda!
Cara Mengundi
Peminat boleh mengundi artis dan personaliti kegemaran mereka secara dalam talian melalui platform rasmi yang disediakan untuk memastikan proses undian telus dan mudah diakses.
Untuk mengundi, ikuti langkah berikut:
- Layari laman web rasmi Tonton di pautan berikut: www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat, atau atau imbas kod QR yang disediakan.
- Daftar atau log masuk ke akaun Tonton anda. Pelanggan yang melanggan TontonUP mendapat kelebihan undian eksklusif iaitu:
- 500 undian untuk langganan satu bulan
- 2,500 undian untuk langganan tiga bulan
- Pilih kategori yang ingin anda undi dan tandakan calon pilihan anda.
- Hantar undian anda. Anda boleh mengundi setiap hari sepanjang tempoh undian dibuka, meningkatkan peluang artis kegemaran anda menang.
Tempoh undian: 5 Julai – 31 Julai 2025
Cara Penilaian:
- Undian Peminat: Setiap kategori dinilai berdasarkan undian terbuka yang dijalankan secara rasmi di platform digital seperti laman web Tonton dan aplikasi berkaitan.
- Panel Profesional: Saringan awal dan pemilihan calon turut melibatkan panel profesional yang terdiri daripada wartawan hiburan dan penyiar muzik bagi memastikan kualiti dan kredibiliti pencalonan.
Tarikh & Waktu Siaran
Jangan lepaskan malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 yang akan disiarkan secara langsung pada 3 Ogos 2025, jam 9.00 malam di TV3 dan platform penstriman Tonton.
Hos utama, Ain Edruce dan Fikry Ibrahim, bakal menghidupkan suasana, manakala sesi Karpet Merah bersama Fiza Frizzy dan Imran Aqil akan bermula lebih awal, jam 8.00 malam secara langsung di TikTok Melodi Berapi.
- Tarikh: 3 Ogos 2025
- Jam: 9 Malam
- Platform: TV3 / Tonton
- Karpet Merah: TikTok Melodi Berapi
Anugerah Pilihan
Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar merupakan salah satu kategori istimewa yang diperkenalkan dalam Anugerah Melodi Terhangat 2025.
Kategori ini mendapat perhatian ramai kerana pemenangnya akan membawa pulang sebuah PROTON X50 baharu yang akan disampaikan secara langsung pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat, iaitu pada 3 Ogos 2025.
Pemenang Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar ditentukan sepenuhnya melalui undian atas talian oleh peminat di laman rasmi Tonton, dengan tempoh pengundian dibuka sehingga 31 Julai 2025.
Acara ini akan menutup tirai dengan Ultimate Award AMT 2025, iaitu penghormatan tertinggi buat selebriti yang meninggalkan impak positif paling besar sepanjang tahun.
Undian dibuka hingga 31 Julai 2025 di laman rasmi: https://www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat
Melodi Terhangat Superstar Tour
Sebagai pemanas suasana sebelum malam anugerah, Melodi Terhangat Superstar Tour akan menjelajah ke tiga lokasi utama: Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kuantan bermula 12 Julai 2025.
Tour ini bakal menampilkan persembahan artis-artis popular dan memberi peluang kepada peminat untuk merasai kehangatan AMT2025 secara lebih dekat dan eksklusif.
Maklumat Lanjut
Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut melalui laman rasmi Anugerah Melodi Terhangat 2025 di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat untuk segala pengumuman, senarai calon, cara undian, serta perkembangan terbaru acara ini.
Anda juga boleh mengikuti saluran media sosial rasmi TV3 Malaysia dan Melodi Berapi di TikTok untuk liputan langsung Karpet Merah, pengumuman pemenang, serta detik-detik eksklusif sepanjang kempen berlangsung
Jangan lupa untuk mengundi, tonton siaran langsung dan sertai kemeriahan Melodi Terhangat Superstar Tour di lokasi terpilih.