Drama Aku Bukan Ustazah: Sinopsis, Pelakon & Sedutan Ep 1-13

Drama Aku Bukan Ustazah menjadi bualan hangat para netizen di media sosial ketika ini.

Lakonan mantap daripada gandingan baru dalam industri drama tempatan seperti Erysha Emyra dan MK K-Clique pasti akan memberikan kelainan dalam drama bersiri slot Akasia ini.

Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit info mengenai Drama Aku Bukan Ustazah yang sedang trending ketika ini.  

Baca juga:

Sinopsis Drama Aku Bukan Ustazah

Drama Aku Bukan Ustazah adalah adaptasi dari novel Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud.

Drama ini mengangkat berkenaan kisah perjalanan seorang gadis berniqab iaitu Aminah (Erysha Emyra) yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia.

Kerana seorang Adam (MK K-Clique), maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad keluar mencari jalan hidupnya sendiri.

Dari situ bermulalah episod kehidupannya bersama rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir tersesat dalam lembah kesilapan yang dilakukannya sendiri.

Dia menukar dirinya dari “Aminah” sebagai “Miya”. Dalam perjalanan inilah dia akan menemukan cinta sejati dan menghadapi konflik hubungan serta ujian agama.

Ujian silih berganti ketika dia berusaha membimbing rakan-rakanya keluar dari kegelapan.

Dalam masa yang sama Adam dan Omar (Zahiril Adzim) adalah dua orang pemuda yang mempunyai cara hidup berbeza tetapi cuba merebut cinta Aminah.

Adam merupakan seorang pemilik kelab malam yang hidupnya penuh noda dosa. Manakal Omar seorang doktor perubatan dari lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya.

Antara dua pemuda ini, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu.

Adakah Aminah dapat membantu rakan-rakannya keluar dari kegelapan? Dan mampukah Adam mencintai Aminah walaupun dia jauh dari agama?

Apakah kesudahan cinta sang niqabis ini? Kalau anda ingin tahu lanjut, jangan lupa tonton drama ini hingga episod terakhir.

Senarai Pelakon & Lagu Tema

Aku Bukan Ustazah diarahkan oleh Idora Abdul Rahman, di bawah terbitan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd dengan bilangan sehingga 28 episod.

Drama ini diterajui oleh barisan pelakon popular tanah air seperti berikut:

WatakPelakon
AdamMK K-Clique
Aminah/MiyaErysha Emyra
OmarZahiril Adzim
MK K-CliqueFarish Iqbal
SamShaza Bae 
ZazaQistina Khaled 
SallyHaneesya Hanee
AnasDanial Dashuki
Ustaz AslamFikhree Bakar 
Ustaz AzharAhmad Syafiq
Ustaz AhmadRazak Ahmad
Tuan HamidAzhar Sulaiman
Ustazah FatimahFadilah Mansor
HaziqahSyad Mutalib

Lagu Tema:

  • Tajuk: Hening Rindu
  • Penyanyi: Marsha Milan
  • Komposer & Lirik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Drama Aku Bukan Ustazah mula bersiaran di slot Akasia TV3 bermula 3 Mei 2024 pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam.

Sedutan Episod 1-13

Berikut adalah beberapa sedutan terkini Drama Aku Bukan Ustazah:

EPISOD 1 – https://youtu.be/X2Fvt0UsqME

EPISOD 2 – https://youtu.be/clHJm-OjI6I

EPISOD 3 – https://youtu.be/mGb7FWGWDZE

EPISOD 4 – https://youtu.be/wVMJ4obp4FI

EPISOD 5 – https://youtu.be/-Mdggp-fZYU

EPISOD 6 – https://youtu.be/Krhx7_l5VIw

EPISOD 7 – https://youtu.be/VZgbtBABwos

EPISOD 8 – https://youtu.be/kZfG4Quc9As

EPISOD 9 – https://youtu.be/jQWrqKbvUr8

EPISOD 10 – https://youtu.be/FxLzIK_O6sg

EPISOD 11 – https://youtu.be/nspcWKmqvL8

EPISOD 12 – https://youtu.be/3hAK8Yj8frU

EPISOD 13 – https://youtu.be/GsbaTwoQ-Vk

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama kegemaran anda, ikuti laman sosial TV3 menerusi pautan berikut :

Bantu kami share artikel ini: