PENGUATKUASAAN AKTA KERJA PINDAAN 2022 TELAH DILAKSANAKAN MULAI 1 JANUARI 2023
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan telahpun mula dilaksanakan pada 1 Jan 2023.
Pindaan terbaru kepada Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 telah membawa perubahan signifikan kepada landskap pekerjaan di negara kita.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri untuk memanjangkan tempoh penangguhan, namun terdapat juga keperluan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.
BACA JUGA: Akta 342 – Pindaan Terbaru & Kepentingan
Pindaan itu antaranya meliputi pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan.
Bagi yang kurang faham, rujuk ringkasan dan penerangan berkaitan Akta Kerja (Pindaan 2022).
Apakah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)?
Jika sebelum ini sebagaimana yang diketahui Akta Kerja 1955 adalah terpakai kepada pekerja yang bergaji bawah RM2000 berdasarkan Jadual 1 Akta Kerja 1955.
Namun terkini, Perintah Kerja (Pindaan Jadual Pertama) 2022 bertarikh 12.8.2022 telah meminda Jadual 1 dengan memasukkan pekerja yang bergaji melebihi RM4000 sebulan.
Jadi, apakah perubahan / pindaan yang perlu kita tahu tentang Akta Kerja ini?
Jom kami kongsikannya untuk anda.
BACA JUGA: Gaji Minimum RM1700 Mulai 1 Feb 2025 – Akta & Pekerja Terlibat
Apa Yang Perlu Anda Tahu?
Pindaan Akta Kerja telah terbuka kepada semua pekerja tanpa mengira tangga gaji. Hal ini bermakna semua pekerja boleh membuat tuntutan atau aduan di JTK tanpa mengira tangga gaji.
Gaping gaji RM2000 telah dinaikkan kepada RM4000 bagi meningkatkan kebajikan pekerja golongan B40 dengan pindaan Jadual Pertama Akta Pekerja, yang digazet dan bakal berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023.
Namun begitu, hanya 5 elemen yang termaktub dalam tangga gaji RM4000.00 ke bawah iaitu:
- Bayaran Kerja Lebih Masa
- Kerja pada Hari Rehat
- Kerja pada Cuti Am
- Elaun Syif
- Faedah Penamatan Kerja
NOTA: Ini bermaksud, sesiapa yang bergaji di antara RM1500 (gaji minimum) sampailah RM4,000, anda semua akan dapat OT bila jam bekerja lebih dari jam bekerja normal.
Pindaan ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.
Manakala bagi Sabah dan Sarawak, Ordinan Buruh (Sabah) Bab 67 dan Ordinan Buruh (Sarawak) Bab 76 masih lagi terpakai sehingga dipinda kelak.
Intipati Pindaan Akta Kerja 1955
Berikut ialah beberapa lagi intipati pindaan Akta Kerja 1955 dan perubahan yang perlu anda tahu sebagai majikan dan pekerja iaitu:
1. Pengurangkan Waktu Bekerja: Waktu kerja seminggu 48 jam dikurangkan kepada 45 jam.
2. Peningkatan Cuti Bersalin: Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan Elaun Bersalin 98 hari.
3. Larangan Penamatan Wanita Hamil: Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat berdasarkan 3 perkara iaitu:
- Pelanggaran syarat Kontrak Kerja
- Misconduct / Salah Laku ( Mesti mengikuti Prosedur yang betul spt. Show Cause Letter Warning Letter, D.I)
- Syarikat tutup seperti bankrupt.
4. Cukit Sakit dan Cuti Hospitalisasi Diasingkan: Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi adalah gabungan sebanyak 60 hari. Walaubagaimanapun, melalui Pindaan Akta Kerja 1955, Cuti Sakit (MC biasa) diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi. Kelayakan Cuti Sakit berbayar 14/18/22 hari + Cuti Hospitalisasi 60 hari.
5. Cuti Paterniti sebanyak 7 hari: Maksimum sebanyak 5 kelahiran shj. (Sekiranya pekerja lelaki tersebut mempunyai 2/3 isteri, pekerja tersebut, hanya layak mendapat Cuti Peterniti berbayar maksimum 5 anak sahaja. Pekerja lelaki tersebut mestilah sudah berkahwin secara SAH dan hendaklah bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Cuti Paterniti ini termasuk Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am (PH).
6. Pengiraan Gaji Bulanan: Pengiraan Gaji bagi Tidak Lengkap Bulan adalah berdasarkan Calendar of Month. Bukan 26.
7. Notis Kesedaran Gangguan Seksual: Mewajibkan pihak majikan menampal notis bagi meningkatkan kesedaran berhubung Gangguan Seksual. Sebagai cth jenis gangguan seksual atau langkah2 yang perlu diambil sekiranya mendapat gangguan seksual di tempat kerja.
8. Perakuan Penginapan: Perakuan Penginapan dikenakan terhadap golongan Ekspatriat.
9. Pembayaran Upah Melalui Institusi Kewangan: Pembayaran upah adalah melalui cek atau akaun bank. Ini adalah bagi memastikan untuk keselamatan dan kecekapan proses pembayaran.
10. Tempoh Perantisan: Tempoh perantisan bagi pekerja sekarang minimum 6 bulan dan maksimum 24 bulan. Ia bertujuan utnuk memberikan lebih banyak peluang untuk pembelajaran kepada pekerja.
11. Aturan Kerja Fleksibel: Majikan perlu memberi jawapan munasabah dalam masa 60 hari jika pekerja memohon waktu kerja fleksibel. Ini memberi pekerja lebih banyak fleksibiliti dalam menguruskan kehidupan peribadi mereka.
12. Gaji RM4000 dan Ke Bawah Termasuk dalam Akta Kerja: Pekerja yang menerima gaji RM4000 dan ke bawah akan termasuk dalam perlindungan Akta Kerja.
13. Penaikkan Penalti Am: Penalti am dalam kesalahan yang melibatkan Akta Pekerja 1955 telah dinaikkan, dengan had maksimum denda yang meningkat dari RM10,000 kepada RM50,000.
14. Kewajipan Mendapatkan Kebenaran Awal: Majikan perlu mendapat kebenaran awal daripada Ketua Pengarah JTKSM sebelum menggajikan pekerja asing.
15. Larangan Diskriminasi dalam Pekerjaan: Diperkenalkan untuk melindungi hak pekerja.
16. Larangan Buruh Paksa: Diperkenalkan untuk melindungi hak pekerja.
Pihak HR dan Syarikat kena update dan faham dengan kesemua pindaan ini untuk mengelakkan pelanggaran undang-undang.
Kami lampirkan juga lampiran penuh Akta Kerja 1955 ini yang boleh dimuat turun dalam fail PDF (skroll ke bawah)
Manfaat Pindaan Akta Kerja 1955
Pindaan Akta Kerja 1955 yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 membawa beberapa manfaat penting kepada pekerja dan ekonomi Malaysia secara amnya. Antara manfaatnya ialah:
1. Peningkatan Perlindungan Pekerja
- Perluasan liputan akta kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji.
- Larangan diskriminasi dalam pekerjaan dan buruh paksa.
- Larangan penamatan kerja wanita hamil, kecuali dalam keadaan tertentu.
2. Penambahbaikan Kebajikan Pekerja
- Peningkatan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari.
- Pemberian cuti paterniti selama 7 hari.
- Pengurangan waktu kerja kepada 45 jam seminggu.
- Pengasingan cuti sakit dan cuti hospitalisasi.
3. Pematuhan Standard Antarabangsa
- Memastikan undang-undang buruh negara selari dengan standard antarabangsa.
4. Perlindungan Tambahan
- Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah mendapat perlindungan tambahan seperti bayaran kerja lebih masa dan elaun syif.
5. Peluang Pembelajaran
- Tempoh perantisan minimum 6 bulan dan maksimum 24 bulan, memberi peluang lebih besar untuk pembelajaran dan kemajuan pekerja.
Soalan Lazim
Muat Turun Pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)
Sila muat turun Lampiran penuh Akta Kerja 2022 melalui fail PDF di bawah:
SUMBER : Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)