PENDAFTARAN / CARA TUKAR KE AKAUN SIMPANAN SHARIAH KWSP
Anda pernah dengar mengenai Simpanan Shariah KWSP?
Bagaimana reaksi masyarakat terhadapnya sejak diwujudkan pada tahun 2016?
Betul ke ramai orang lagi suka sistem patuh syariah, atau masih ramai lagi yang belum bertukar dari akaun konvensional kepada akaun syariah?
Apa pula hukumnya jika masih kekalkan akaun konvensional KWSP?
Ayuh, ketahui lebih lanjut tentang Akaun Shariah KWSP melalui artikel ini.
Apakah Akaun Simpanan Shariah KWSP?
Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.
Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.
Konsep Pelaburan Patuh Syariah adalah seperti berikut:
- Selain daripada pelaburan beretika yang bebas daripada pelaburan dalam sektor yang menghasil dan mempromosi antara lain alkohol, perjudian, hiburan dewasa dan senjata ketenteraan, semua aset pelaburan juga akan melalui proses saringan syariah berdasarkan kriteria dan garis panduan syariah yang ditetapkan oleh JKPS bagi menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah), gharar (ketidakpastian dalam kontrak), maysir (perjudian) dan lain-lain elemen terlarang seperti barangan dan perkhidmatan tidak halal.
- Untuk memastikan pematuhan syariah menyeluruh ke atas pelaburan Simpanan Shariah, JKPS telah menetapkan polisi syariah berkaitan pematuhan dan pengawasan pelaburan patuh syariah yang dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Oleh kerana jumlah aset pelaburan syariah KWSP (portfolio syariah) adalah lebih besar daripada jumlah simpanan ahli Simpanan Shariah, Simpanan Konvensional akan turut sama melabur di dalam portfolio syariah.
- Pendapatan yang terhasil daripada portfolio syariah dialokasikan kepada Simpanan Shariah mengikut bahagiannya di dalam portfolio tersebut.
Mengapa Perlu Tukar Akaun Syariah?
Bagi yang beragama Islam,
- Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
- Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
- Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
Bagi ahli yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bertukar kepada akaun shariah ini.
Ia sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional, di mana:
- Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
- Alokasi aset strategik yang sama.
- Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
- Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.
Kadar Dividen Akaun Simpanan Syariah vs Akaun Konvensional
Kadar dividen akaun simpanan shariah dan akaun konvensional adalah kompetitif.
Malah, lebih mudah lagi kerana akaun simpanan shariah tidak perlu dilakukan penyucian dividen KWSP.
Perbezaan Akaun Konvensional VS Akaun Shariah
Berikut adalah perbezaan antara Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional KWSP:
Simpanan Shariah | Simpanan Konvensional | |
---|---|---|
Keahlian | Semua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah. | Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah |
Akad (Kontrak Shariah) | Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah | Tidak berkenaan |
Kadar dividen | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah | Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5% |
Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) | Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah | Tidak berkenaan |
Pertukaran akaun | Ahli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa | Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah |
Penyucian Dividen
Kadar Penyucian Dividen adalah 66% daripada Dividen Simpanan Konvensional 2023 bagi ahli yang beragama Islam.
Kami kongsikan juga maklumat penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam mengikut tahun ahli membuat pemilihan bertukar ke Simpanan Shariah.
Tukarlah Kepada Simpanan Shariah hari ini!
Jom lihat bagaimana pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP bermula berserta contoh penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam.
Bertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.
Tahun | Simpanan Konvensional (Tahunan) | Simpanan Shariah (Tahunan) |
---|---|---|
2022 | 5.35 | 4.75 |
2021 | 6.10 | 5.65 |
2020 | 5.20 | 4.90 |
2019 | 5.45 | 5.00 |
2018 | 6.15 | 5.90 |
2017 | 6.90 | 6.40 |
2016 | 5.70 | – |
2015 | 6.40 | – |
Sila rujuk (link ke Sejarah Kadar Dividen)
Cara Tukar Akaun Konvensional Ke Akaun Shariah
Ahli perlu mendaftar i-Akaun Ahli terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan pendaftaran Simpanan Shariah dilakukan secara dalam talian.
Caranya:
LANGKAH 1
Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
LANGKAH 2
Pilih tab Simpanan Shariah
LANGKAH 3
Ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah.
Anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.
Rujuk:
- Akad Simpanan Shariah
- E-Akad Simpanan Shariah
- E-Notis Pembatalan Simpanan Shariah
- Notis Pembatalan Simpanan Shariah
NOTA:
Ahli TIDAK BOLEH memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa.
Dapatkan maklumat lanjut di https://bit.ly/3h0LOZj
Untuk maklumat lanjut tentang Akaun Shariah KWSP, sila rujuk pautan berikut:
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah