Akaun 3 KWSP – Semakan Baki / Pengeluaran Akaun Fleksibel

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PELAKSANAAN AKAUN 3 KWSP & SOALAN LAZIM BERKAITAN PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL (FAQ)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 12 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli. 

@ecentral.my

3 jenis akaun KWSP 2024 korang wajib tahu. Kalau keluarkan 100% duit Akaun 3, boleh lah beli iPhone 15 sebijik 🤭 #kwsp #kwspakaun3 #akaun3kwsp #akaunfleksibel #pengeluarankwsp #kwsp2024 #kwspinfo #infokwsp #akaunkwsp

♬ original sound – eCentral – eCentral

Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut: –
•  Akaun Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
•  Akaun Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
•  Akaun Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Berikut merupakan penerangan lanjut mengenai Akaun 3 KWSP.

akaun 3 kwsp

Apakah Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)?

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

faq akaun 3
faq akaun 3

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula akaun KWSP melibatkan perubahan daripada dua (2) akaun kepada tiga (3) akaun seperti berikut:

  • Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan
  • Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan di kedua-dua akaun tersebut;
  • Memperkenalkan satu akaun baharu iaitu Akaun ke-3 iaitu “Akaun Fleksibel”;
  • Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun 1 Persaraan (75%), Akaun 2 Sejahtera (15%) dan Akaun 3 Fleksibel (10%).
pengeluaran kwsp akaun 3
pengeluaran kwsp akaun 3
pengeluaran kwsp akaun 3

Tujuan Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun ini dibuat bertujuan untuk: 

  • Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
  • Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
  • Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
  • Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

Berapa Kali Boleh Keluarkan Akaun 3 KWSP?

Untuk makluman, ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Ini bermaksud, anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran seperti berikut:

  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3); dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan Pengeluaran Akaun Fleksibel, sila layari: https://www.kwsp.gov.my/…/pengeluaran-akaun-fleksibel

Syarat-syarat Pengeluaran Akaun 3

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 3

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

Bagi ahli yang berada di luar Malaysia dan tidak mempunyai capaian kepada KWSP i-Akaun, anda boleh memuat turun borang di sini.

Permohonan secara hassle-free tanpa menggunakan borang di pejabat KWSP berhampiran anda.​

Bagi mengetahui cara melakukan Pengeluaran Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel), sila rujuk infografik dan langkah-langkah di bawah:

  1. Login I-Akaun melalui laman web rasmi https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Klik “Pengeluaran”.
  3. Klik pada “Keluarkan simpanan anda”
  4. Pilih jenis pengeluaran anda.
  5. Klik “Akaun Fleksibel”
  6. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas.
    “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
  7. Klik “Keluarkan Sekarang”.
akaun 3 kwsp fleksibel
akaun 3 kwsp fleksibel
akaun 3 kwsp fleksibel

Rujuk panduan video :

Kaedah Bayaran

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berjalan lancar:

•  Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
•  Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Peringatan:
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Tempoh Bayaran Dikreditkan Ke Akaun Bank

Bayaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan pengeluaran diluluskan.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

akaun 3 kwsp
Sumber: Soalan Lazim Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan (Terkini 2024)

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara atau merujuk kepada laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau melalui KWSP i-Akaun.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut