Anugerah Juara Lagu 39 [LIVE] Highlights & Pemenang AJL 2025

Anugerah Juara Lagu 2025 [LIVE] - Senarai Finalis & Keputusan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

AJL 39 – Anugerah Juara Lagu 2025 [LIVE] Senarai Finalis & Keputusan

Debaran Anugerah Juara Lagu kian terasa, kali ini 10 finalis bakal bertempur di atas satu pentas yang berprestij untuk merebut satu gelaran yang sama!

Siapakah yang bakal bergelar juara untuk tahun ini?

Dengan tema “Nada Rasa”, AJL 39 akan membawa pengalaman muzik yang menggugah emosi dan menyentuh jiwa para penonton.

Tonton AJL 39 secara langsung (live streaming) di TV3 pada 16 Februari 2025 (hari Ahad) atau melalui Tonton.

Pengenalan

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986.

Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 10 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu 39 kali ini.

Anugerah Juara Lagu 39 akan menobatkan Juara Lagu, Naib Juara, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

ajl 39

Acara berprestij ini, yang dianjurkan oleh Primeworks Studios, dengan tema “Nada Rasa”.

Anugerah Juara Lagu bukanlah sekadar pertandingan biasa. Ia merupakan platform yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik, dan penyanyi dalam industri muzik tempatan.

AJL 39: Anugerah Juara Lagu 2025 [LIVE] Senarai Finalis & Keputusan

Buat julung kalinya, AJL 39 akan dihoskan oleh gandingan baharu, Naz Rahman dan Sissy Imann.

Kedua-dua pengacara ini dijangka akan membawa nafas segar dan tenaga yang berbeza ke atas pentas, menjanjikan sebuah persembahan yang lebih menarik dan menghiburkan.

Sementara itu, segmen Karpet Merah akan dikendalikan oleh Fikry Ibrahim dan Malia Baby.

Senarai Lagu & Finalis AJL 39 (2025)

Berikut adalah 10 lagu yang telah membuat persembahan ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-39:

1. Sengaja” – Amir Masdi
Komposer: Bunga Cantik, Hang Nadim
Penulis lirik: Bunga Cantik, Hang Nadim

    2. “Puas Sudah” – Aina Abdul
    Komposer: Aina Abdul
    Penulis lirik: Aina Abdul

    3. “Saksama” – Akim & The Majistret
    Komposer: Akim & The Majistret
    Penulis lirik: Bunga Cantik

    4. “Pujaanku” – Kugiran Masdo ft. Aisyah Aziz
    Komposer: Ali Sariah
    Penulis lirik: Ali Sariah & Heidimoru

    5. “Terus Bersinar” – Hafiz Suip
    Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman
    Penulis lirik: Mas Dewangga & Jova Devito

    6. “Hening Rindu” – Marsha Milan
    Komposer: Ikhwan Fatanna, Wan Saleh
    Penulis lirik: Ikhwan Fatanna

    7. “Diam” – Hael Husaini
    Komposer: Hael Husaini, Iqie Hugh
    Penulis lirik: Hael Husaini, Iqie Hugh

    8. “Aura” – Ernie Zakri
    Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat
    Penulis lirik: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat

    9. “Bukan Lagi Kita” – Nadeera Zaini
    Komposer: Hael Husaini, Iqie Hugh
    Penulis lirik: Hael Husaini, Iqie Hugh

    10. “Risiko” – Benzoloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique
    Komposer: Apipapol
    Penulis lirik: Benzoloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique

      Saksikan siaran langsung di TV3 atau strim live HD di Tonton www.tonton.com.my melalui aplikasi Tonton.

      Tarikh Anugerah Juara Lagu (AJL 2025)

      10 lagu bakal dipertandingkan di pentas paling berprestij AJL39! Siapakah yang akan bergelar Juara tahun ini?

      Nantikan kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-39 pada:

      • Tarikh siaran :
        • Ahad, 16 Februari 2025
        • 9.00 malam di TV3

      Dapatkan tiket AJL39 di www.wowtix.com.my

      LIVE Streaming AJL 39 [ Highlights Siaran Langsung Anugerah Juara Lagu 2025]

      10 lagu telah diumumkan layak berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang bakal berlangsung pada Ahad, 16 Februari 2025

      Acara Karpet Merah dan liputan “backstage” secara strim langsung eksklusif di Tonton juga akan diadakan.

      [Persembahan FULL] Cindai / Asmaradana / Tak Ada Logika / Angkat – Wani / Shiha / Ara / Noki | #AJL39 | Tonton

      [Persembahan FULL] Hanya Kamu – Dato’ M. Nasir | #AJL39 | Tonton

      [Persembahan FULL] Medley – UKs & Sham Visa | #AJL39 | Tonton

      Persembahan istimewa daripada UKs dan Sham Visa di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) dengan medley lagu-lagu malar segar kumpulan UKs dan Visa – Pahit Akan Manis Akhirnya, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Untukmu Selamanya dan Dalam Gerimis.

      Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagi ke 39 melalui platform-platform di bawah:

      Tahniah diucapkan kepada 10 finalis yang berjaya mara ke pentas AJL 39

      Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Anugerah Juara Lagu 39, sila ikuti laman Instagram Muzik Muzik.

      Keputusan Pemenang 1986 – 2024

      Berikut adalah pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak ia diperkenalkan, iaitu mulai tahun 1986 hingga tahun lalu, 2024/2025.

        TAHUNAJLLAGUPENYANYI
        19861Sekadar Di PinggiranFRANCISSCA PETER
        19872Menaruh HarapanZAITON SAMEON
        19883Kau Kunci Cintaku Di Dalam HatimuRAMLAH RAM
        19894IsabellaSEARCH
        19905Janji ManismuAISHAH
        19916Takdir Dan WaktuMEGA
        19927Pada Syurga Di WajahmuDATO’ NASH
        19938Teratai Layu Di Tasik MaduFAUZIAH LATIFF
        19949Tanya Sama Itu Hud HudDATUK M. NASIR
        199510Cinta Beralih ArahAISHAH
        199611Jerat PercintaanDATO’ SRI SITI NURHALIZA
        199712Ghazal Untuk RabiahDATUK M. NASIR & DATO’ JAMAL ABDILLAH
        199813CindaiDATO’ SRI SITI NURHALIZA
        199914AndalusiaDATUK M. NASIR
        200015BalqisDATO’ SRI SITI NURHALIZA
        200116Mimpi LailaYASIN
        200217KeliruNURUL & AJAI
        200318Bunga-Bunga CintaMISHA OMAR
        200419Relaku PujukSPIDER
        200520GemilangJACLYN VICTOR
        200621Terlalu IstimewaADIBAH NOOR
        200722Itu KamuESTRANGED
        200823Lagu UntukmuMEET UNCLE HUSSAIN
        200924PergiAIZAT AMDAN
        201025Tolong Ingatkan AkuANA RAFFALI
        201126Awan NanoHAFIZ SUIP
        201227Terukir Di BintangAIZAT AMDAN | PENYANYI ASAL: YUNA
        201328Bahagiamu DeritakuHAFIZ SUIP
        201429Apa KhabarJOE FLIZZOW FT. SONAONE
        201530PotretAKIM & THE MAJISTRET
        201631Lelaki TeragungDAYANG NURFAIZAH
        201732JampiHAEL HUSAINI
        201833HaramDAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI
        201934SumpahNAIM DANIEL
        202035GilaKAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B
        202136Pelukan AngkasaSOG & SHILA AMZAH
        202237Terus HidupAINA ABDUL
        202338HasratAMIR JAHARI
        202439Hening RinduMARSHA MILAN

        Follow eCentral di WhatsApp Channel
        Ikut