Air Selangor : Bayar Bil Online, Daftar e-Bil & Semak Gangguan Air

Untuk makluman, anda kini boleh memantau serta menyemak bil, pembayaran bil air melalui aplikasi Air Selangor.

Anda juga boleh membuat penukaran hak milik akaun air secara atas talian atau membuat semakan kawasan terjejas bekalan air tanpa perlu keluar ke kaunter.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan kemudahan online Air Selangor.

Portal Pelanggan Air Selangor

air selangor

Portal Pelanggan Air Selangor ialah portal khidmat layan diri pelanggan.

Pelanggan perlu mendaftar profil di Portal Pelanggan Air Selangor atau Aplikasi Telefon Bimbit Air Selangor melalui modul Pendaftaran.

Pelanggan yang telah mendaftar boleh mengakses senarai perkhidmatan berikut:

  1. Pengurusan Akaun
  2. Bil dan Bayaran
  3. Mengesan Penggunaan Bulanan
  4. Aduan dan Pertanyaan
  5. Maklumat Perkhidmatan

Walaubagaimanapun, pelanggan yang tidak berdaftar boleh mengakses senarai perkhidmatan berikut:

  1. Aduan atau Pertanyaan
  2. Pembayaran Bil
air selangor
air selangor
air selangor

Cara Semakan Bil Air Online Selangor

Anda boleh merujuk kepada panduan seperti dibawah :

  1. Muat turun aplikasi Bil Air Selangor secara percuma di Google Play Store atau Apps Store.
  2. Kemudian klik pada “Pendaftaran”. Isi maklumat dengan lengkap seperti Nama Penuh, Emel, Nombor Telefon Bimbit, Kata Laluan, dan sebagainya pada ruang yang telah disediakan.
  3. Setelah selesai, klik “Daftar” dan “Saya Setuju”.
  4. Anda akan dibawa ke halaman Daftar Masuk. Anda perlu isikan e-mel dan kata laluan dan klik “Daftar Masuk”.
  5. Pada halaman utama, klik pada butang “Tambah Akaun”.
  6. Pilih sama ada pemilik akaun air atau sebagai penghuni rumah. Kemudian, klik pada “Saya Setuju”.
  7. Masukkan Nombor Akaun Bil Air dan Nama Paparan Akaun.
  8. Nanti anda akan diminta untuk mendaftar e-Bil. Klik sahaja pada butang “Saya Setuju” dan “Teruskan untuk Pendaftaran”.
  9. Pilih sama ada anda bil dihantar ke WhatsApp atau e-mel. Buat pengesahan dengan TAC.
  10. Klik “Selesai”.
  11. Paparan utama anda akan memaparkan akaun yang telah didaftarkan tadi.

Kaedah Pembayaran Bil Air Online

Untuk membuat pembayaran online melalui Aplikasi Bil Air Selangor, anda ikut langkah seperti di bawah:

  1. Log masuk dalam Aplikasi Air Selangor anda.
  2. Klik pada akaun anda. Paparan Jumlah Perlu Dibayar yang terkini akan tertera di skrin.
  3. Klik pada butang “Bayar Bil”.
  4. Anda boleh tentukan sendiri berapa jumlah yang hendak dibayar.
  5. Setelah masukkan jumlah yang hendak dibayar, klik “Sahkan”.
  6. Pilih bank dan sahkan. Log masuk pada akaun bank anda dan teruskan langkah pembayaran.
  7. Setelah pembayaran berjaya dibuat, notis pembayaran akan terpapar di skrin anda.

Baca juga: Rumah Selangorku 2021: Cara Permohonan & Semakan Status Kelulusan

Cara Semak Sejarah Pembayaran

Berikut adalah langkah untuk anda buat semakan sejarah pembayaran bil air:

  1. Klik untuk “Daftar Masuk”.
  2. Klik pada “Akaun Anda”.
  3. Skrol ke bawah dan klik pada “Senarai Bil & Bayaran”.
  4. Senarai transaksi bayaran terkini anda akan berada di bahagian kanan.

Pertukaran Hak Milik Akaun Air Selangor

Sekiranya anda mahu membuat pertukaran hak milik bagi akaun air, anda tidak perlu lagi untuk hadir ke kauntar.

Buat sahaja pendaftaran dan hantar permohonan secara atas talian seperti langkah di bawah.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan
  • Pengesahan pemilikan premis (Salinan Perjanjian Jual Beli / Geran / Perjanjian Sewaan & lain-lain yang berkaitan)
  • Sertakan gambar bacaan meter
  • Bagi premis yang tiada meter air, sila lampirkan gambar tetiang meter yang lengkap

Permohonan online untuk pertukaran hak milik akaun air boleh dibuat melalui pautan berikut: https://www2.airselangor.com/apps/waterapps/

Cara Semak Kawasan Terjejas Bekalan Air

Status pemulihan kawasan yang terjejas, Pili Air Awam serta Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di pautan https://www.airselangor.com/water-disruption/ atau Aplikasi Air Selangor.

Anda boleh membuat semakan sama ada kawasan anda mengalami masalah gangguan air sekiranya kerja-kerja penyelenggaraan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan info melalui saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini: