Air mani perempuan pun boleh keluar ketika ejakulasi? Mungkin ramai tidak tahu yang wanita boleh mencapai ejakulasi sehingga keluar air mani ketika melakukan hubungan seks.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda permasalahan kesihatan mengenai air mani perempuan yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Pengenalan
Air mani berasal daripada perkataan ( أمْنَى – يُمْنِيْ) dalam bahasa Arab yang bermaksud terpancut.
Ia dinamakan sebagai mani kerana keadaan keluarnya yang secara terpancut, berwarna putih dan pekat.
Cecair ini akan keluar bila mana seseorang itu berasa “lazat” yang diringi oleh kepuasan syahwat selepasnya.
Ia boleh keluar secara terpancut jika dalam kuantiti banyak, atau setitik sahaja, atau dalam keadaan tertentu akan keluar seperti warna darah jika selepas melakukan jimak.
Air mani perempuan cenderung seakan-akan kekuningan. Dari segi bau, cecair ini mempunyai bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah atau berbau hanyir seperti bau putih telur jika ia kering.
Apa itu air mani perempuan?
Air mani perempuan adalah sejenis cecair yang akan keluar semasa melakukan hubungan seks atau onani.
Wanita akan berejakulasi melalui saluran uretra apabila teransang semasa melakukan hubungan seks atau onani.
Saluran uretra adalah saluran yang sama di mana air kencing akan keluar daripada tubuh badan manusia.
Menurut pakar, sebanyak 10% hingga 50% wanita melalui proses ejakulasi semasa melakukan hubungan seks.
Tambahan lagi, dari beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini dengan melibatkan 233 orang wanita mendapati bahawa, 14% daripada mereka pernah mengeluarkan air mani setiap kali orgasm.
Situasi ini adalah perkara yang normal berlaku namun pastinya kebanyakkan wanita tidak sedar bahawa mereka turut mengalami ejakulasi.
Bagaimana air mani perempuan boleh terhasil?
Menurut pakar, air mani yang keluar semasa ejakulasi ini terhasil dari kelenjar Sken’s. Ia merupakan sejenis kelenjar yang sama dengan kelenjar Prostat pada lelaki.
Kelenjar Sken’s terletak di sebelah kawasan faraj, berdekatan dengan G-spot.
Beza ejakulasi dan squirting
Ramai mungkin menyangka yang ejakulais dan squirting adalah perkara yang sama. Namun hakikatnya, kedua-dua fenomena ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara.
Squirting adalah pancutan air yang terkumpul di dalam pundi kencing dan keluar melalui uretra sama seperti mana ketika kencing. Ianya lebih kerap keluar berbanding air mani.
Manakala air mani pula adalah air keruh dan pekat yang keluar ketika klimaks syahwat atau sebab bermimpi.
Beza air mani, air mazi dan keputihan
Mazi adalah air jernih (licin) yang keluar ketika datang syahwat (ada rangsangan syahwat). Perlu diingatkan, jika benar air mazi disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok (tengok gambar atau filem lucah), maka tidak syak lagi ia adalah satu dosa.
Mani pula ialah air keruh dan pekat yang keluar ketika klimaks syahwat atau sebab bermimpi.
Wadi ialah air keruh yang kadang-kadang keluar ketika kencing atau mengangkat beban berat.
Keputihan pula adalah cecair yang keluar tetapi tidak disebabkakn oleh syahwat dan berlaku kepada kaum wanita.
Cara banyakkan air mani perempuan
Pentingnya air mani ketika “bersama” adalah kerana ia akan membuatkan anda mendapat hubungan seks yang luar biasa!
Setiap pasangan suami isteri pastikan mendambakan hubungan intim yang menyeronokkan antara satu sama lain.
“Sesuatu” yang menjadi penghalang kepada perhubungan ini akan menyebabkan kehidupan anda bersama pasangan juga akan terganggu.
Contoh yang paling dekat adalah kesan apabila dalam hubungan bersama itu tidak mempunyai “pelincir” iaitu air yang mencukupi.
Ia akan menyebabkan pasangan anda sakit semasa melakukan aktiviti di ranjang sekaligus menghilangkan minat dengan seks lagi.
Justeru, berikut kami senaraikan beberap tips berguna untuk mengatasi masalah kekurangan air mani pada perempuan.
1. Elak dari beronani
Onani adalah sejenis kaedah untuk mencapai kepuasan seksual dengan meraba alat sulit sehingga mencapai klimaks.
Terlalu kerap beronani meningkatkan risiko untuk mempunyai ejakulasi sekaligus menjejaskan prestasi seksual.
Justeru itu, mulai hari ini anda perlu elak dari beronani agar kehidupan bersama pasangan anda akan lebih memuaskan!
2. Amalkan diet pemakanan yang sihat
Kesihatan seksual boleh dipengaruhi oleh apa yang yag kita makan. Bahkan ada makanan-makanan tertentu yang berupaya untuk meningkatkan libido seseorang.
Libido adalah keinginan seksual semula jadi yang ada pada diri setiap orang. Dan setiap orang mempunyai tahap libido yang berbeza-beza serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pemakanan.
Antara makanan yang dikaitkan untuk meningkatkan air mani adalah seperti:
- Buah Kranberi – Tinggi kandungan sebatian asid, antioksidan, vitamin E dan vitamin C.
- Buah Avokado – Tinggi lemak sihat. Mengandungi potasium serta vitamin B6 yang berupaya meningkatkan libido, estrogen dan lubrikasi terhadap faraj.
- Buah Epal – Mengandungi phytoestrogen phloridzin bagi merangsang fungsi seksual dan orgasm seseorang.
- Kacang soya – Mengandungi phytoestrogens untuk menambah estrogen dan membantu mengatasi masalah faraj kering.
- Ubi kentang – Mengandungi beta karoten dan vitamin A yang tinggi.
- Sayur-sayuran – Kaya dengan vitamin E, magnesium dan kalsium adalah baik untuk otot dalam tubuh khususnya otot faraj.
3. Lakukan senaman pinggul
Terdapat lima jenis senaman untuk meningkatkan keinginan seks seperti:
- Kegel (untuk menguatkan otot pelvis)
- Posisi plank (untuk menguatkan otot di sekeliling abdomen dan paha)
- Tekan tubi (meningkatkan kekuatan bahagian atas badan)
- Squat (membuatkan punggung anda kelihatan lebih baik dan menambah keinginan seks)
4. Elak dari stress berpanjangan
Tekanan hidup akan menjadikan kehidupan intim anda sengsara jika tidak dikawal dengan betul.
5. Buat rawatan di hospital
Dari segi kaedah perubatan, anda boleh dapatkan rawatan masalah kesihatan seksual yang sesuai.
Doktor akan mengesyorkan pelbagai jenis rawatan dari segi terapi, ubat-ubatan atau sesi kaunseling bagi membantu anda mendapatkan hubungan intim yang terbaik!
Kesimpulannya bukan sahaja lelaki tetapi air mani wanita juga wujud menandakan tahap kepuasaan seseorang.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan air mani perempuan dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- What is Female Ejaculation? Medical News Today
- Female Ejaculation and Squirting: What’s The dDfference? Hello Clue
- Al-Kafi #357: Perbezaan Air Mani, Mazi dan Wadi. Mufti Wilayah Persekutuan