Platform pembelajaran dalam talian iaitu DELIMa turut menawarkan 16 tools dan courses AI Dalam DELIMa yang boleh digunakan oleh pengguna secara percuma.
Tools dan courses ini adalah sebahagian daripada kandungan platform ini untuk kegunaan pelajar dan guru.
Oleh itu, guru dan murid adalah digalakkan untuk menggunakan tools dan courses ini untuk kegunaan pelajaran mereka.
Mengenai DELIMa
DELIMa atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru.
Sejarah platform ini bermula pada 1 Julai 2019 apabila KPM telah mula menggunakan pelantar Google for Education (GFE) dan Google Classroom (GC) sebagai aplikasi PdP dalam talian yang menggantikan FrogVLE.
Pada masa itu, KPM telah membuat penyelidikan dan mengambil kira maklum balas guru yang sebelum ini menggunakan GC sebagai aplikasi PdP dalam talian.
KPM telah menggunakan jenama GC dan meggunakannya untuk pembelajaran digital.
Seterusnya, pada 26 Ogos 2019, Microsoft memohon untuk menyertai pelantar KPM dan telah bermula 1 Jan 2020. Selepas itu, Apple juga berminat untuk menjadi rakan kongsi dan telah menawarkan kandungan digital mereka bermula Mac 2020.
Dengan itu, KPM telah mengintegrasikan ketiga-tiga gergasi teknologi ke dalam pelantar pembelajaran digital KPM.
Susulan mesyuarat KPM (BSTP dan UKK) bersama Google, Microsoft dan Apple pada 31 Jan 2020, mencerminkan perkongsian tersebut dan menunjukkan peningkatan berterusan dari segi aplikasi dan kandungan digital yang telah di tambah baik yang menghasilkan DELIMa.
Menariknya, platform ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet.
Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah.
Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.
Kelebihan Menggunakan DELIMa
Antara kelebihan menggunakan platform ini adalah seperti berikut:
- Memberi akses kepada pelbagai sumber bahan, contohnya Buku Teks Digital dan aplikasi pembelajaran.
- ID boleh digunakan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.
- Dapat berkongsi dan memuat turun pelbagai jenis bahan PdP.
- Akses yang sangat mudah, di mana-mana dan bila-bila masa.
Courses & Tools AI Dalam DELIMa
Terdapat 16 courses dan tools AI dalam DELIMa iaitu:
1) GEMINI Al
Aplikasi Al untuk analisis data, automasi tugas, atau penciptaan kandungan berasaskan Al.
2) CHAT GPT
Model Al yang dibangunkan oleh OpenAl untuk menjawab soalan, menghasilkan teks, dan membantu dalam pelbagai tugas berasaskan teks.
3) Conker Al
Aplikasi Al yang fokus pada pembelajaran adaptif atau membantu pelajar dan guru dengan bahan pengajaran yang disesuaikan.
4) The Text Project
Inisiatif yang berkaitan dengan penggunaan Al dalam menganalisis teks dan bahan bacaan untuk pendidikan.
5) Perplexity
Sebuah platform atau aplikasi Al yang digunakan untuk menjawab soalan dengan maklumat yang tepat dan relevan, berasaskan model bahasa yang maju.
6) MS Copilot
Pembantu Al yang dibangunkan oleh Microsoft untuk membantu dalam pelbagai tugas, seperti automasi proses kerja, pengurusan data, dan sebagainya.
7) Bing Image Creator
Alat yang membolehkan pengguna mencipta imej menggunakan Al, mungkin berasaskan deskripsi teks atau arahan tertentu.
8) Pixlr – Al Image Generator
Aplikasi yang menggunakan Al untuk mencipta atau mengedit imej dengan mudah dan cepat, sesuai untuk kegunaan kreatif dan reka bentuk.
9) Claude Al
Sebuah aplikasi Al yang digunakan untuk pelbagai tujuan seperti analisis teks, pemprosesan bahasa semula jadi, atau automasi.
10) SUNO Al
Aplikasi Al yang digunakan untuk penciptaan kandungan audio berasaskan Al.
11) Tanya Buku
Aplikasi atau inisiatif Al yang direka untuk membantu pengguna mendapatkan maklumat mengenai buku, mungkin melalui cadangan, ulasan, atau ringkasan kandungan.
12) ISTE : Artificial Intelligent In Education
Sebuah program oleh International Society for Technology in Education (ISTE) yang menumpukan kepada penggunaan Al dalam bidang pendidikan untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
13) MS Learn
Platform pembelajaran oleh Microsoft yang menawarkan kursus-kursus mengenai pelbagai teknologi, termasuk Al, untuk pengembangan kemahiran dalam bidang teknologi.
14) Khan Academy : Al for Education
Inisiatif oleh Khan Academy yang menggunakan teknologi Al untuk membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan dan disesuaikan mengikut keperluan individu.
15) AI 101 For Teacher
Sumber atau kursus yang direka khusus untuk guru, memberikan mereka pengetahuan asas tentang Al dan cara penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
16) Intro to Generative Al
Program atau kursus yang memperkenalkan konsep asas Al generatif, yang digunakan untuk mencipta kandungan baru seperti teks, imej, atau muzik.
Cara Akses DELIMa
Untuk mengakses platform ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Pastikan peranti mempunyai capaian Internet.
- Pergi ke https://d2.delima.edu.my.
- Log masuk menggunakan ID yang diberikan oleh pihak sekolah.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai DELIMa, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/jom-kenal-delima.