Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2023 (BYDPA)

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2023 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D).

Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BYDPA 2023 untuk makluman bersama.

Apakah Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)?

Biasiswa Yang diPertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian.

BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian di peringkat Sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat PhD di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

bydpa 2023 biasiswa yang dipertuan agong
biasiswa yang dipertuan agong bydpa

Baca juga:

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 30 Januari sehingga 3 Mac 2023.

Permohonan adalah secara online di portal https://esilav2.jpa.gov.my.

Cara Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2023

Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.

Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 10 Mac 2023 sama ada secara serahan tangan atau pos.

Sila rujuk lampiran di bawah untuk permohonan:

Notis Iklan

Lampiran A – Panduan

Lampiran 1 – Senarai IPT Tempatan

Lampiran 2 – Senarai IPT Terkemuka Dunia

Lampiran 3 – Senarai Bidang dan Sub-Bidang 

Lampiran 4 – Panduan Menulis Kertas Cadangan

Borang PPSM

Sila Klik di Sini Untuk Mohon

Maklumat Lanjut

Layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau

  • Hubungi talian 03 – 8885 3053 / 3571 (pada setiap hari bekerja, 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau
  • e-mel: [email protected]
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!