Semakan Permohonan Kolej Profesional MARA / Kolej MARA

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN DALAM TALIAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) & KOLEJ MARA

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang senarai cara semakan keputusan bagi Kolej Profesional MARA, Kolej MARA dan program pengajian yang ditawarkan.

Pengenalan

Kolej Profesional Mara (KPM) menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran. Program ini terdiri daripada tiga belas (13) kluster program.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2023 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2024/2024 pengambilan Julai.

Program diploma KPM merupakan peluang pengajian yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.

5 Kluster Yang Ditawarkan

Terdapat lima jenis kluster yang ditawarkan iaitu seperti:

  • Kluster Perniagaan & Keusahawanan
  • Kluster Teknologi Maklumat dan Media Kreatif
  • Kluster Kewangan & Perakaunan
  • Kluster Landskap & Pertanian
  • Kluster Bahasa

Tarikh Semakan Permohonan Kolej Profesional MARA / Kolej MARA Sesi 2024/2025

Semakan permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA (KM) boleh dibuat mulai 1 Julai 2024.

PAUTAN KE LAMAN SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE PROGRAM ASASI & DIPLOMA KE KPM & KM BAGI SESI 2 2024

Sila layari laman sesawang https://hi-edu.my/ untuk membuat semakan.

SEMAKAN BERMULA 1 JULAI HINGGA 7 JULAI 2024 (BERMULA JAM 3 PETANG) : KLIK SINI

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Program Asasi & Diploma ke KPM & KM bagi Sesi 2 2024

Semakan ini dibuka kepada pemohonan yang dibuat melalui saluran UPU dan SPUPIM

semakan kemasukan permohonan kolej profesional mara kpm km

Tarikh Semakan : Bermula 1 Julai hingga 7 Julai 2024 (bermula jam 3 Petang)

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Intensif Bahasa Inggeris (Intensive English Program (IEP)?

Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) adalah program jangka pendek (2 bulan) untuk pelajar yang mendapat sekurang- kurangnya 3 KEPUJIAN dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tetapi TIDAK MENDAPAT KEPUJIAN dalam subjek Bahasa Inggeris.

Info lanjut Program IEP di sini: https://drive.google.com/file/d/1niyg_A2fo3nf2zwF6cqVaN7XYMwDQYOg/view

Program Yang Sedang Dibuka

Berikut adalah program-program yang kini sedang dibuka untuk anda mohon untuk kemasukan Sesi 2 bagi tahun 2024/2025:

  • Program Diploma – Kolej Profesional MARA.
  • Program Intensif Bahasa Inggeris – Kolej Profesional MARA.
  • Program Asasi – Kolej MARA.

Senarai Program Diploma Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA (KPM)

Program ini terdiri  lima  belas (15) program diploma dan satu program persediaan seperti berikut:

  1. Diploma in Accounting (DIA).
  2. Diploma in Accounting + Certified Accounting Technician (DCAT).
  3. Diploma in Accounting + SAP s/4HANA Financial Accounting Associates Certification.
  4. Diploma in Business Information Technology (DBIT).
  5. Diploma in Business Studies (DBS).
  6. Diploma in Computer Science (DCS).
  7. Diploma in Computer Science + SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification.
  8. Diploma in Marketing + Certified Profesional Marketer (Asia) Certification.
  9. Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC).
  10. Diploma in Entrepreneurship (DEN).
  11. Diploma in Halal Industry + Halal Executive Certification (DHI).
  12. Diploma in Integrated Logistics Management + Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM).
  13. Diploma in International Business (DIB).
  14. Diploma in Islamic Finance + Associate Qualification In Islamic Finance (DIF).
  15. Diploma in Landscape & Horticulture (DLH).
  16. Intensive English Programme (IEP).

Rujuk senarai kursus dan penerangan lanjut melalui infografik di bawah:

kolej profesional mara 2023
kolej profesional mara
kolej profesional mara kpm
kolej profesional mara kpm
kolej profesional mara kpm

Program Asasi Kolej MARA

Bagi lepasan calon SPM 2023 pertama kali, anda juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Kolej MARA dan seterusnya melayakkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran MARA ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di:

  • Universiti Awam (IPTA),
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), atau
  • Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terpilih

Program Asasi Kolej MARA ini merupakan program kepada pelajar Bumiputera bagi mengikuti pengajian di peringkat Asasi di Kolej MARA dalam kluster Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains.

Program pengajian ini terdiri daripada senarai seperti berikut:

  1. Asasi Perniagaan.
  2. Kejuruteraan dan Teknologi.
  3. Asasi Sains.

*Sila rujuk Permohonan Kemasukan ke Program Asasi KolejMARA untuk butiran lanjut

Syarat AM Kemasukan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat Kemasukan SPM

Memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek:

  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Satu (1) subjek lain
  4. Lulus Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya Gred D

*Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Inggeris.

*Calon yang mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Inggeris perlu lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) dengan minimum Gred C.

Kenapa Perlu Belajar Di Sini?

  • Yuran pengajian ditaja
  • Ada Elaun Sara Hidup RM300 (tak perlu bayar balik)
  • Kemudahan penginapan asrama disediakan
  • Jaminan pekerjaan keboleh pasaran melebihi 80%
  • Peluang melanjutkan pengajian di “dalam & luar negara* dengan tajaan MARA
  • Peluang menjadi Usahawan
  • Kemudahan pembelajaran yang kondusif
  • Dwi – Pensijilan di mana Kerjasama strategik Bersama badan professional.
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan pergi & balik bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Pengiktirafan Kualiti Program MQA
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
  • Pembelajaran Berasaskan Pengeluaran Produk (Production Based Education – PBE) / Teaching Factory
kolej profesional mara

KEISTIMEWAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.

Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di Kolej Profesional MARA.

Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.

Cara Permohonan Kolej Profesional MARA

Sila layari dan mohon melalui https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

Rujuk MANUAL PERMOHONAN melalui lampiran di bawah:

NOTA:

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan

Tarikh-tarikh penting untuk permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA ini adalah seperti ketetapan berikut:

  • Permohonan Dibuka : 27 Mei 2024
  • Permohonan Ditutup : 30 Jun 2024
  • Semakan Permohonan : 8 Julai 2024
  • Semakan Rayuan Fasa 1 : 16 Julai 2024
  • Semakan Rayuan Fasa 2 : 21 Julai 2024
  • Tarikh Lapor Diri di Kolej Profesional MARA : 25 Julai 2024
  • Tarikh Lapor Diri di Kolej MARA : 29 Julai 2024

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan :

Keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM bermula pada 8 Julai 2024.

Pautan semakan : https://hi-edu.my/

Tarikh Permohonan Rayuan :

Bagi calon yang tidak Berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang bermula 16 Julai 2024 selepas jam 3.00 petang.

Maklumat Lanjut

Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut

*Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-26134074 / 75 / 76 /77 /83 /84 /85

Sila layari pautan untuk MEMOHON & MAKLUMAT LANJUT: https://hi-edu.my/

Bantu kami share artikel ini: