Harga Tiket Masuk ke Wonderfood Museum Penang & Tarikan Utama

Wonderfood Museum adalah salah satu tarikan di Penang yang menarik untuk dikunjungi.

Muzium ini menampilkan replika makanan yang besar dan realistik, memberikan gambaran menarik tentang kepelbagaian hidangan tempatan.

Ia bukan sekadar destinasi biasa, tetapi juga cerminan kaya budaya makanan Malaysia, menjadikannya salah satu penang attractions terbaik yang menggabungkan seni dan gastronomi.

Sumber: Google Review

Jadi, jika anda merancang perjalanan ke Pulau Pinang, pastikan untuk memasukkan Wonderfood Museum dalam senarai things to do in Penang anda!

Berikut dikongsikan panduan lengkap untuk membantu anda merancang lawatan ke sini.

Bercadang nak jalan-jalang Penang, artikel ini boleh membantu anda: 20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga!

Wonderfood Museum 

Wonderfood Museum di Pulau Pinang telah dibuka sejak tahun 2015 oleh Sean Lao, seorang pengusaha yang mempunyai minat mendalam terhadap makanan dan budaya Malaysia.

Dengan menggunakan teknik replikasi makanan yang berasal dari Jepun, beliau mencipta lebih daripada 100 model makanan hiper-realistik bersaiz gergasi yang menggambarkan hidangan tradisional dan makanan jalanan Malaysia.

Harga Tiket Masuk ke Wonderfood Museum Penang & Tarikan Utama
Sumber: WonderfoodMuseumPenang

Muzium ini telah menjadi salah satu tarikan utama di Penang bagi pelancong tempatan dan antarabangsa yang berkunjung ke Pulau Pinang. 

Sean Lao, Pengasas muzium ini ingin menonjolkan kepelbagaian gastronomi Malaysia, sekaligus mendidik pelawat tentang sejarah dan nilai budaya di sebalik setiap hidangan tempatan. 

Pameran di muzium ini merangkumi makanan dari pelbagai kaum dan etnik di Malaysia, menjadikan ia simbol perpaduan budaya melalui makanan.

Lokasi – Strategik dan Mudah Diakses

Wonderfood Museum terletak di 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, dalam bangunan kolonial yang bersejarah. 

Lokasinya yang strategik memudahkan pengunjung untuk mengaksesnya dari pelbagai tempat di sekitar George Town. 

Muzium ini juga berdekatan dengan beberapa tarikan lain seperti Penang Street Art, menjadikannya tempat yang ideal untuk dikunjungi.

BACA JUGA: Pulau Jerejak, Penang: Tarikan Utama & Cara Ke Sana

Tarikan Utama di Wonderfood Museum

Wonderfood Museum menawarkan pelbagai tarikan menarik yang membuatkan pengunjung terpesona dengan keunikan makanan Malaysia.

Berikut adalah beberapa tarikan utama di muzium ini:

1. Replika Makanan Bersaiz Gergasi

Muzium ini menampilkan lebih daripada 100 replika makanan Malaysia hiper-realistik yang bersaiz gergasi. 

Harga Tiket Masuk ke Wonderfood Museum Penang & Tarikan Utama
Sumber: WonderfoodMuseumPenang

Pengunjung dapat melihat hidangan seperti nasi lemak, laksa, satay, char kway teow dan pelbagai lagi dalam bentuk yang menakjubkan. Setiap replika dibuat dengan teliti, memberikan pengalaman visual yang memukau dan menyelerakan. 

2. Tiga Galeri Utama

Terdapat tiga galeri utama di muzium ini iaitu Info Zone, Wow Zone, dan Educational Zone. Setiap galeri menawarkan maklumat mendalam tentang sejarah dan teknik memasak makanan Malaysia.

  • Info Zone: Di zon ini, pengunjung dapat mempelajari tentang sejarah dan asal usul pelbagai hidangan Malaysia. Terdapat pameran yang menunjukkan bagaimana makanan disajikan dan dinikmati oleh masyarakat tempatan. Maklumat yang disediakan dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. 
  • Wow Zone: Ini adalah kawasan yang paling menarik di muzium ini, di mana pengunjung dapat melihat replika makanan dalam saiz gergasi. Pengunjung berpeluang mengambil gambar dengan hidangan-hidangan besar dan unik untuk dimuat naik di media sosial masing-masing. 
  • Educational Zone: Galeri ini menekankan isu-isu berkaitan makanan yang mungkin membahayakan alam sekitar. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemeliharaan makanan dan kepentingan menghargai sumber makanan kita.

3. Pengalaman Interaktif

Muzium ini menawarkan pengalaman interaktif di mana pengunjung dapat mencuba membuat hidangan tertentu. 

Aktiviti ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman memasak dan memahami proses penyediaan makanan dengan lebih mendalam.

4. Sudut Menarik

Harga Tiket Masuk ke Wonderfood Museum Penang & Tarikan Utama
Sumber: WonderfoodMuseumPenang

Terdapat banyak sudut dengan latar belakang atau hiasan menarik untuk sesuai dijadikan ‘spot’ untuk mengambil gambar dan dikongsikan di media sosial.

Pengunjung boleh membuat macam-macam gaya menarik semasa mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan semasa berkunjung di sini. 

5. Pameran Berkala dan Acara Khusus

Muzium ini juga sering menganjurkan pameran berkala dan acara khusus yang berkaitan dengan makanan dan budaya. 

Ini termasuk demonstrasi memasak, ceramah mengenai pemeliharaan makanan dan pelbagai aktiviti lain yang menarik.

Pengunjung disarankan untuk memeriksa laman web rasmi muzium untuk maklumat terkini mengenai acara yang akan datang.

Kemudahan dan Perkhidmatan di Wonderfood Museum

Harga Tiket Masuk ke Wonderfood Museum Penang & Tarikan Utama
Sumber: WonderfoodMuseumPenang

Muzium ini juga menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan pengunjung. Berikut adalah beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia di muzium ini:

1. Kedai Cenderahati

Muzium ini menyediakan kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan menarik bertemakan makanan. 

Pengunjung boleh membeli cenderahati seperti magnet peti sejuk, buku masakan dan pelbagai aksesori lain yang berkaitan dengan makanan Malaysia. 

2. Ruang Istirahat

Muzium ini menyediakan ruang istirahat di mana pengunjung boleh berehat seketika sebelum meneruskan lawatan mereka. 

Ruang ini dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa dan suasana yang tenang, membolehkan pengunjung menikmati makanan ringan sambil merancang langkah seterusnya dalam lawatan mereka.

3. Kemudahan Akses Untuk OKU

Walaupun tidak semua kawasan mesra OKU, pihak muzium sentiasa berusaha untuk meningkatkan aksesibiliti bagi mereka yang memerlukan. Ini termasuk laluan yang lebih luas dan kemudahan untuk kerusi roda di beberapa kawasan muzium.

4. Kemudahan Sanitasi

Dalam usaha memastikan keselamatan pengunjung, muzium menyediakan kemudahan sanitasi seperti stesen pembersihan tangan dan pemeriksaan suhu sebelum memasuki kawasan muzium. 

Pengunjung juga digalakkan untuk menggunakan hand sanitizer yang disediakan di seluruh kawasan muzium.

Harga Tiket Masuk ke Wonderfood Museum Penang & Tarikan Utama
Sumber: WonderfoodMuseumPenang

5. Tandas

Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan tandas yang bersih dan terjaga. Pengunjung boleh membuang air dengan tenang dan teruskan pengembaraan di muzium ini dengan selesa.

6. Ruang Menyusu

Wonderfood Museum juga menyediakan ruang menyusu yang selesa dan privasi bagi ibu-ibu yang membawa bayi. Ruang ini direka untuk memberikan keselesaan kepada ibu-ibu semasa menyusukan anak mereka. 

7. Kafe

Walaupun tidak ada kafe yang besar di dalam muzium, terdapat kawasan rehat di mana pengunjung boleh menikmati makanan ringan dan minuman. 

Pengunjung boleh membawa makanan ringan sendiri atau membeli makanan dari kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan bertemakan makanan.

8. Pemandu Pelancong

Untuk pengunjung yang ingin merasai pengalaman lebih bermakna, terdapat pilihan untuk menyewa pemandu pelancong.

Pemandu pelancong berpengalaman akan memberikan maklumat tambahan tentang setiap pameran dan menjelaskan sejarah serta budaya di sebalik hidangan yang dipamerkan. 

Ini adalah pilihan yang baik untuk mereka yang ingin memahami lebih lanjut tentang makanan Malaysia.

Waktu Operasi

Harga Tiket Masuk ke Muzium Wonderfood
Sumber: WonderfoodMuseumPenang

Wonderfood Museum dibuka setiap hari dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang, termasuk cuti umum. Waktu masuk terakhir adalah pada pukul 5 petang. 

Jadi, pastikan anda untuk merancang lawatan anda dalam waktu operasi yang ditetapkan dan jangan lupa semak waktu operasi terkini sebelum berkunjung kerana ia mungkin berubah dari masa ke semasa. 

Harga Tiket Masuk Wonderfood Museum

Secara umumnya, berikut ialah purata harga tiket masuk ke Wonderfood Museum:

KategoriHarga Tiket (RM)
Dewasa (Warganegara Malaysia)20
Kanak-kanak (Warganegara Malaysia)12
Dewasa (Bukan Warganegara)30
Kanak-kanak (Bukan Warganegara)20

Tiket kanak-kanak adalah untuk mereka berusia 3-12 tahun. Kanak-kanak di bawah 3 tahun dibenarkan masuk secara percuma.

Harga tiket mungkin berubah bergantung pada promosi atau peristiwa tertentu. Anda disarankan untuk menyemak harga terkini sebelum membeli tiket.

Tiket boleh dibeli secara walk-in di kaunter muzium atau melalui platform dalam talian seperti KLOOK dengan harga yang lebih murah.

Cara Membeli Tiket Melalui KLOOK

Anda boleh membeli tiket untuk Wonderfood Museum secara dalam talian melalui platform seperti KLOOK untuk mendapatkan harga yang istimewa. 

Layari laman web KLOOK, taip Wonderfood Museum, dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk membuat tempahan. Mudah sahaja!

Klook.com

Penutup

Wonderfood Museum adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi di Penang bagi sesiapa yang ingin memahami lebih lanjut tentang kekayaan budaya makanan Malaysia.

Dengan pelbagai tarikan dan pengalaman interaktif, muzium ini pasti akan memberikan kenangan yang menarik untuk setiap pengunjungnya.

Jangan lepaskan peluang untuk melawat Wonderfood Museum dan jadikan ia sebagai salah satu lokasi pilihan percutian anda di Penang!

Baca semua artikel berkaitan Pulau Pinang:

  1. Pulau Pinang – 10 Destinasi Percutian Wajib Jika Anda ke Sini!
  2. Escape Penang, Senarai Tarikan Utama yang Anda Wajib Cuba!
  3. Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk
  4. LRT Penang: Senarai Stesen, Jajaran & Tarikh Siap
  5. 20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga!

Selamat bercuti di Pulau Pinang!

Bantu kami share artikel ini: