Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk

Salah satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan apabila berkunjung ke Pulau Pinang ialah Butterfly Farm Penang, atau juga dikenali sebagai Entopia by Penang Butterfly Farm.

Terletak di kawasan Teluk Bahang, taman rama-rama ini merupakan antara yang pertama di Malaysia dan seringkali menjadi destinasi pilihan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya termasuk cara-cara untuk mendapatkan tiket masuk dengan harga yang istimewa melalui pembelian di KLOOK.

BACA JUGA: Pulau Jerejak, Penang: Tarikan Utama & Cara Ke Sana

Butterfly Farm Penang

Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk
Sumber: Entopia

Butterfly Farm Penang atau Entopia adalah salah satu tarikan utama pelancong di Pulau Pinang yang telah dibuka sejak tahun 1986 lagi. 

Ia merupakan destinasi yang wajib bagi mereka yang ingin melihat pelbagai spesies rama-rama yang cantik dan unik secara dekat. 

Taman rama-rama ini telah menjadi rumah kepada lebih 15,000 ekor rama-rama daripada 60 spesies yang berbeza. 

Selain menawarkan pengalaman ‘berinteraksi’ bersama rama-rama secara dekat, taman ini juga berfungsi sebagai pusat pendidikan yang mendedahkan pengunjung kepada dunia serangga dan tumbuhan dengan cara yang interaktif dan menghiburkan. 

Lawatan ke Butterfly Farm Penang bukan sahaja akan memberikan pengalaman visual yang memukau, tetapi juga menambah ilmu pengetahuan tentang ekosistem alam ini.

Lokasi

Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk
Sumber: Entopia

Butterfly Farm Penang terletak di Teluk Bahang, iaitu di hujung barat laut Pulau Pinang. Lokasinya yang berdekatan dengan beberapa tarikan utama seperti Taman Negara Pulau Pinang, Escape Adventureplay dan sebagainya. 

Ini menjadikannya destinasi yang strategik bagi pelancong yang ingin meneroka banyak tempat dalam satu perjalanan. 

Untuk ke sini, anda boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas Rapid Penang. Selain itu, bagi mereka yang memandu, terdapat kemudahan tempat letak kereta yang luas. 

Tarikan Utama Di Butterfly Farm Penang

1. Natureland

Sumber: Entopia by Penang Butterfly Farm 

Natureland adalah taman terbuka yang luas di mana ribuan rama-rama terbang bebas dalam persekitaran yang semula jadi. 

Pengunjung boleh melihat pelbagai spesis rama-rama dari jarak dekat, menikmati keindahan warna-warninya, dan mungkin mengalami saat istimewa apabila seekor rama-rama hinggap di tangan. 

Suasana di Natureland yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan air terjun mini menjadikannya tempat yang tenang dan menyegarkan. 

2. Cocoon

Cocoon pula adalah pusat pembelajaran dalaman di Butterfly Farm Penang yang menawarkan pameran interaktif dan pendidikan tentang serangga dan tumbuhan. 

Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk
Sumber: Entopia

Di sini, pengunjung boleh mempelajari proses metamorfosis rama-rama melalui pameran yang menarik dan informatif. 

Selain itu, Cocoon juga menampilkan pelbagai spesies serangga eksotik dan tumbuhan yang jarang ditemui, memberikan pengalaman pendidikan yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk
Sumber: Entopia

3. Pusat Pembiakan Rama-rama

Satu lagi tarikan utama di Butterfly Farm Penang ialah, pengunjung dapat menyaksikan bagaimana ulat beluncas berubah menjadi kepompong dan akhirnya bertukar menjadi rama-rama dewasa. 

Ini menjadikan lawatan ke taman rama-rama ini seronok terutamanya untuk kanak-kanak. Mereka dapat mempelajari pelbagai hal menarik mengenai kitaran hidup rama-rama secara realiti.

4. Taman Serangga

Sumber: Entopia by Penang Butterfly Farm 

Selain rama-rama, Butterfly Farm Penang juga menempatkan pelbagai jenis serangga lain seperti kumbang, pepatung, lipas hutan dan pelbagai lagi.

Ini bakal memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat kehidupan serangga yang pelbagai dan memahami peranan penting mereka dalam ekosistem.

Untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang dunia serangga yang menarik, inilah tempatnya.

5. Taman Tumbuhan Tropika

Selain rama-rama, serangga dan reptilia, taman ini juga dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan tropika yang indah dan eksotik.

Tumbuhan ini bukan sahaja memberikan keindahan visual tetapi juga berfungsi sebagai habitat semulajadi untuk rama-rama dan serangga lain. 

Sumber: Entopia by Penang Butterfly Farm 

Pengunjung dapat belajar tentang pelbagai spesis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia dan bagaimana tumbuhan ini berinteraksi dengan serangga untuk kelangsungan hidup mereka. Menarikkan?

Kemudahan dan Perkhidmatan

Butterfly Farm Penang menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung sepanjang berada di taman ini. 

Antaranya ialah kemudahan tandas yang bersih, ruang rehat yang selesa dan kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan unik untuk dijadikan sebagai kenangan. 

Di samping itu, taman ini juga mesra OKU. Terdapat laluan untuk kerusi roda, menjadikannya mudah diakses oleh pengunjung yang menggunakan kerusi roda.

Sekiranya anda lapar, usah risau. Terdapat kafe disediakan di taman ini yang menyajikan minuman dan makanan ringan untuk pengunjung yang ingin berehat seketika selepas menjelajah taman. 

Bukan itu sahaja, staf-staf di sini juga sangat mesra dan berpengetahuan serta bersedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan atau keperluan semasa lawatan. 

Dengan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap ini, Butterfly Farm Penang menawarkan pengalaman lawatan yang selesa dan menyenangkan.

Waktu Operasi

Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk
Sumber: Entopia

Butterfly Farm Penang dibuka setiap hari kecuali Rabu, dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Walaubagaimanapun, adalah disarankan untuk datang awal pada waktu pagi untuk mengelakkan kesesakan, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum. 

Berikut adalah butiran lengkap waktu operasi Entopia:

  • Isnin – Ahad (kecuali Rabu): 9 pagi – 6 petang
  • Panggilan masuk terakhir: 5 petang
  • Ditutup pada hari Rabu

Pengunjung biasanya memerlukan masa 2 hingga 3 jam untuk menjelajahi keseluruhan taman secara kendiri.

Harga Tiket

Harga tiket masuk adalah berbeza mengikut kategori pengunjung. 

Untuk tiket kemasukan umum, harga tiket bagi dewasa (warganegara Malaysia) bermula RM45, manakala untuk yang bukan warganegara Malaysia ialah RM55.

Harga tiket ini adalah termasuk akses ke semua pameran dan aktiviti yang ada di taman ini. 

Terdapat diskaun khas untuk warga emas, kanak-kanak dan pelajar dengan kad pengenalan yang sah.

Bagi pengunjung yang ingin membeli tiket dengan pakej-pakej tertentu, anda boleh semak harga di laman web rasmi Entopia (Butterfly Farm Penang). 

NOTA: Harga tiket adalah tertakluk pada perubahan semasa. 

Cara Membeli Tiket Butterfly Farm Penang Melalui KLOOK

Bagi mereka yang ingin merancang lawatan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, pembelian tiket ke Butterfly Farm Penang melalui KLOOK adalah pilihan yang terbaik.

KLOOK menawarkan harga yang lebih murah berbanding pembelian terus di kaunter. Anda hanya perlu taip Butterfly Farm Penang di dalam kotak carian di bawah, pilih tarikh lawatan, dan buat pembayaran. 

Klook.com

E-tiket akan dihantar melalui emel yang anda daftarkan. Sila tunjukkan e-tiket tersebut di pintu masuk tanpa perlu beratur panjang. Mudahkan?

Penutup

Butterfly Farm Penang adalah destinasi wajib bagi sesiapa yang berkunjung ke Pulau Pinang.

Dengan keindahan alam semulajadinya, tarikan menarik, serta kemudahan yang lengkap, lawatan ke taman ini pasti akan menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. 

Rancang lawatan anda dengan teliti dan manfaatkan pembelian tiket melalui platform seperti KLOOK untuk pengalaman yang lebih mudah dan menyenangkan. 

Selamat menikmati keindahan rama-rama di Butterfly Farm Penang!

Bantu kami share artikel ini: