Program Madani Rakyat 2024 – Zon Selatan [15-17 Ogos]

Program Madani Rakyat 2024 – Zon Selatan [15 Ogos]

Program MADANI Rakyat 2024 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI. 

Program ini diteruskan lagi ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya Program MADANI Rakyat 2024 bagi Zon Selatan.

Baca juga:

Program MADANI Rakyat 2024

Program MADANI Rakyat 2024 ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan peringkat Kerajaan Negeri. 

Di samping itu, memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan Kerajaan. 

Program ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan Kerajaan, sekaligus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Program MADANI Rakyat 2024 telah dimulai dengan pelaksanaan di Zon Tengah dari 23 hingga 25 Februari 2024 di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor melalui kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri Selangor.

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara pula telah berlangsung dari 3 hingga 5 Mei 2024 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang dengan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama-sama Kerajaan Negeri Pahang telah menjayakan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang dari 5 hingga 7 Julai 2024.

Tarikh & Tempat Program MADANI Rakyat Zon Selatan

Program Madani Rakyat 2024

Program MADANI Rakyat Zon Selatan merangkumi Negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

  • Tarikh: 15 hingga 17 Ogos 2024 (Khamis hingga Sabtu)
  • Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 malam dan 17 Ogos 2024 (Sabtu), bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Lokasi: Dataran UTM, Johor Bahru

Program ini dianjurkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Ekonomi (KE) dan Kerajaan Negeri Johor.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan dan Setahun Ekonomi MADANI bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 17 Ogos 2024 (Sabtu) dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Objektif

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar Ekonomi MADANI serta komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasa rakyat, usahawan dan industri sejak setahun dilancarkan.

Platform ini merupakan ruang untuk Kerajaan memaklumkan pencapaian dan manfaat Ekonomi MADANI kepada rakyat melalui inisiatif seperti sumbangan asas rahmah, bantuan awal persekolahan, perkhidmatan pembiayaan mikro, skim jaminan perumahan dan pencapaian Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP 2030) serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Turut diketengahkan pada program kali ini adalah aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, TVET dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan, kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI) serta pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk pameran aset-aset Kerajaan.

Selain itu, Jualan MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa bagi barangan keperluan harian turut disediakan untuk pengunjung. Program ini melibatkan kolaborasi strategik bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pihak swasta.

Tarikan & Program Diadakan

PROGRAM YANG DIJALANKAN

Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024

PERKHIDMATAN DITAWARKAN – KEMENTERIAN KEWANGAN

Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024

PROGRAM DI PAVILION JOHOR

Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024
Program Madani Rakyat 2024

PERKHIDMATAN BERGERAK – KEMENTERIAN / AGENSI

Agensi Anti-Dadah Kebangsaan

  1. Mobile Recovery Treatment (MRT)
  2. Konsultasi / Kaunter aduan

SWCorp Malaysia

  1. Lori 3R (Trash to Cash)
  2. Guna semula barang kitar semula
  3. Khidmat nasihat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam

Bank Rakyat

  1. Bas Pondok Panas on Wheels

Majlis Perbandaran Kulai

  1. Kaunter bayaran cukai bergerak

Kementerian Kewangan Malaysia

  1. Perkhidmatan Bergerak KWSP
  2. Perkhidmatan Bergerak BSN

METMalaysia

  1. Perkongsian info mengenai meteorologi dan ramalan cuaca
  2. Pameran peralatan Portable Automatic Weather Station (PAWS)

LPPKN – Bas Bergerak (Klinik Nur Sejahtera)

  1. Saringan kesihatan
  2. Pendaftaran saringan mamogram
  3. Promosi perancangan keluarga dan klinik subfertiliti
  4. Perkhidmatan saringan kanser serviks HPV DNA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

  1. Pendaftaran syarikat (baru / pembaharuan)
  2. Bayaran kompaun
  3. Perkhidmatan MyDATA
  4. Pendaftaran EBIZ
  5. Perkhidmatan semakan paten
  6. Permohonan baru / pembaharuan paten

Kementerian Kesihatan Malaysia

  1. Klinik pergigian bergerak (van)
  2. Klinik pergigian bergerak (bas)
  3. Wellness on Wheel Truck

Jabatan Pendaftaran Negara

  1. Permohonan kad pengenalan 12 tahun
  2. Gantian Kad Pengenalan rosak / hilang / tukar alamat (sertakan bil utiliti)
  3. Urusan pendaftaran kelahiran dan cabutan daftar kelahiran
  4. Urusan pendaftaran kematian dan cabutan daftar kematian

Jabatan Pengangkutan Jalan

  1. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  2. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian / Perdagangan
  3. Pembayaran Saman (kecuali kes senarai hitam)
  4. Pemeriksaan Motosikal (LKM) tamat tempoh melebihi 3 tahun
  5. Program pertukaran topi keledar

Dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan Program Madani Rakyat 2024 bagi Zon Selatan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Program Madani Rakyat 2024 bagi Zon Selatan, sila layari laman web rasmi MADANI Malaysia. Atau, ikuti FACEBOOK rasmi Malaysia MADANI.

Bantu kami share artikel ini: