Jadual Acara Basikal Olimpik 2024 [LIVE] – Sprint & Keirin Atlet Malaysia

Jadual Acara Basikal Olimpik 2024 [LIVE] – Acara Sprint & Keirin

Buat penggemar sukan badminton tanah air, kini kami sajikan kepada anda perkembangan terkini acara basikal olimpik Malaysia dalam Kejohanan Sukan Olimpik 2024 kepada anda semua.

Baca juga:

Acara Berbasikal Di Sukan Olimpik

Sukan berbasikal trek merupakan salah satu dari acara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia selepas badminton.

Acara trek berbasikal dikatakan telah wujud sejak sekurang-kurangnya tahun 1870. Pada tahun 1912, disiplin acara ini telah ditampilkan di setiap Sukan Olimpik sejak Sukan moden pertama.

Terdapat enam acara berbasikal yang dipertandingan dalam sukan Olimpik Paris 2024. Namun, kontinjen Malaysia akan menyertai 2 acara iaitu sprint dan keirin untuk lelaki dan wanita.

Format Acara Keirin

Jadual Acara Basikal Olimpik 2024

Acara keirin terdiri daripada lima peringkat iaitu pusingan pertama (5 saringan), pusingan pertama repechages (4 saringan), suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Keirin adalah perlumbaan di mana pelumba melengkapkan pecutan pada pusingan terakhir setelah berada di belakang sebuah motosikal (pacer) pada kelajuan bermula 30km/j ke 50km/j dan memecut ke garisan penamat setelah pacer meninggalkan trek.

Format Acara Sprint

Jadual Acara Basikal Olimpik 2024

Acara sprint adalah pertarungan yang sangat taktikal di mana pelumba mula berdampingan dan berlumba di atas tiga pusingan trek.

Sebilangan besar perlumbaan adalah untuk cuba menggerakkan pelumba lain ke posisi sukar diatas trek, sebelum pecutan yang luar biasa dibuat untuk 200m yang terakhir.

Ia dimulakan dengan peringkat kelayakan. Ia akan bermula dengan kelajuan tinggi dengan dua setengah pusingan dan masa pecutan diambil pada 200m yang terakhir, yang akan ditentukan menerusi satu garisan putih di atas trek.

Hanya 24 atlet teratas dari peringkat kelayakan akan bertanding dalam acara sprint. 12 pemenang pusingan pertama (1/32 Finals) terus ke pusingan dua, dan 12 yang tewas akan ke repechages, iaitu empat perlawanan (Heat), dengan setiap heat tiga pelumba, dan 4 pemenang untuk setiap heat juga akan ke pusingan kedua (1/16 Finals).

Pusingan kedua (1/16 Finals) melibatkan 16 penunggang basikal dalam lapan pusingan, dengan lapan pemenang mara ke pusingan seterusnya dan yang kalah masuk ke pusingan kedua iaitu 1/16 Repechages (empat pemenang mara ke pusingan seterusnya).

Sebanyak 12 pelumba yang tinggal akan bertanding dalam enam pusingan pada pusingan ketiga (1/8 Finals), dengan enam pelumba yang kalah akan berlawan dalam dua saingan repechage sebelum pemenang setiap repechage mara ke pusingan berikutnya.

Seterusnya bermulalah dua-dari-tiga-pertandingan terbaik untuk setiap pertandingan, dan acara itu kini menjadi pusingan kalah mati hinggalah kepada penentuan pingat.

Senarai Atlet & Pencapaian Terbaik

  1. Datuk Azizulhasni Awang – Berbasikal (Sprint and Keirin)
  2. Muhammad Shah Firdaus Sahrom – Berbasikal (Sprint and Keirin)
  3. Nurul Izzah Izzati Mohd Asri  – Berbasikal (Sprint and Keirin)
  4. Nur Aisyah Mohamad Zubir – Berbasikal (Road) – Debut
Jadual Acara Basikal Olimpik 2024

Jadual Acara Basikal Olimpik 2024 [7 Ogos – Rabu]

Berikut adalah Jadual Acara Basikal Olimpik 2024 untuk acara sprint dan keirin – lelaki dan wanita.

Sprint Lelaki – Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom

AcaraTarikh – HariWaktu Malaysia
Pusingan Kelayakan7 Ogos – Rabu6.45 petang
Pusingan 1/327 Ogos – Rabu8.30 malam
Pusingan Repechage 1/327 Ogos – Rabu9.30 malam
Pusingan 1/16 7 Ogos – Rabu11.30 malam
Pusingan Repechage 1/16 8 Ogos – Khamis12.42 tengah malam
Pusingan 1/88 Ogos – Khamis1.38 pagi
Pusingan Repechage 1/88 Ogos – Khamis2.14 pagi

Keirin Lelaki – Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom

AcaraTarikh – HariWaktu Malaysia
Pusingan Pertama10 Ogos – Sabtu22.19 malam
Kredit: FB Azizulhasni Awang

Keirin Wanita – Nurul Izzah Izzati Mohd Asri

AcaraTarikh – HariWaktu Malaysia
Pusingan Pertama7 Ogos – Rabu7.26 malam
Pusingan Repechage7 Ogos – Rabu9.10 malam

Sprint Wanita – Nurul Izzah Izzati Mohd Asri

AcaraTarikh – HariWaktu Malaysia
Pusingan Kelayakan9 Ogos – Jumaat8.00 malam

Keputusan & Catatan Masa [7 Julai 2024]

Sprint Lelaki – Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Pusingan Kelayakan

  • Azizulhasni Awang mencatat 9.402 saat (rekod baru kebangsaan), menduduki tempat ke-10. Manakala Shah Firdaus catat 9.635 saat untuk kedudukan ke-22.
  • Layak ke pusingan 1/32.

Pusingan 1/32

  • Shah Firdaus gagal untuk ke pusingan seterusnya.

Pusingan Repechage 1/8

  • Azizulhasni Awang tamatkan perlumbaan di tempat ke-3.
  • Gagal untuk ke pusingan seterusnya.

Keirin Wanita – Nurul Izzah Izzati Mohd Asri

Pusingan Pertama

  • Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menduduki tempat ke-4.
  • Melangkah ke pusingan repechage.

Pusingan Repechage

  • Gagal ke peringkat suku akhir

Tonton Sukan Olimpik LIVE

Berita baik! RTM merupakan Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 27 Julai – 12 Ogos 2024.

Anda boleh menonton siaran RTM secara percuma melalui televisyen atau pautan live streaming di RTMKlik :

Semua maklumat jadual siaran langsung mahupun live streaming sukan Olimpik Paris 2024 membabitkan kontinjen atlet Malaysia yang bakal disiarkan melalui stesen penyiaran di Malaysia antaranya Sukan RTM, RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena / SuperSports.

Anda juga boleh dapatkan informasi dan keputusan acara basikal Olimpik Malaysia 2024 menerusi pautan berikut:

Bantu kami share artikel ini: